Adek-adek dia cungg cungg + lawa lawa kot. Suka! Suka!
Sekarang ni dorang tengah buat preparation untuk wedding seseorang. Dan aku secara jujurnya berasa yang aku sangat menyebok masa mula-mula datang. Lagi-lagi pulak bila semua benda Tifa yang bayarkan dengan alasan aku ni tetamu terpaling best pernah datang rumah dia.
Ok, ayat last macam tipu.
Tapi betul, duduk sini rasa macam duduk rumah sendiri. Meriah! Banyak beradik-beradik. Happening je.
So, sesi berkenal-kenalan bermula pagi tadi. Awal-awal pagi lagi Tifa dah usung Widad suruh datang kejut.
"Cakap, Kakkkk Miyn, bangun Kak Miynnn..."
Memang tak bangun le ai ok. Widad mana tau cakap lagi...
Pastu, bila dah lama sikit, adik-adik dia yang lain datang. Tifa ada adik kembar ooyeah dua-dua cun tapi muka agak lain sikit. Sorang rambut lurus gemalai, sorang lagi wavy sikit.
Aku tanya kat sorang tu, "Ni Nabilah ke Nabihah?"
Dia jawab, "Ni yang satu H! Yang dua H tu kat sana!"
KAH KAH KAH. Siries lawak.
So, apa aktiviti hari ini?
Satu. Menolong pakcik Ismail merasa semua jenis masakan dan minuman beliau.
Dua. Membuat persiapan kaweng.
Tiga. Mentalipon bakal suami memberitahu perkembangan persiapan kaweng kami KAHKAHKAH toek!
Empat. Mengajar Nabihah mengguna laptop hebat ni.
Lima. Bermain game Luxor untuk Itqan sebab dia takmau kalah.
Enam. Menggoda Widad untuk bersifat kurang malu dengan Kakak Miyn.
Tujuh. Membelanja Widad bermain kuda gedik-gedik bubuh syiling dua ketoi pastu kuar lagu teneneneyy teneneyyy.
Lapan. Membuat rumah ni macam rumah sendiri.
Ya Allah, berada bersama Widad membuat aku berasa seperti hendak ada budak kecik di rumah. Ye la, mana penah ada pengalaman jaga budak kecik plus adik sendiri dah besaq gajah seumur hidup aku tapenah dukung dia. Bila main dengan Widad si kecik ni, rasa macam nak satisfy kan dia je. Apa dia nak semua nak bagi. Patutla Tifa sendiri tak penah berkira belikan basikal la, mainan la, makanan la, sebab siriesly, bila tengok dia seronot, benda lain macam tak penting.
*Miyn macam dah bersifat keibuan nampak?* (jelan lidah secara bajet comel)
KAHKAHKAH. Tapi orang cakap betul ni! Sampai hati tak percaya??? :((
Oh ya, duduk sini jugak aku telah mendapat nama baru.
"Tifa, ajak Ain makan tu."
"Ain, dah makan ke belum ni?"
Sekarang saya bukan Miyn ok. Sila panggil saya Ain. Tadi petang Ain bagi Widad naik kuda!
No comments:
Post a Comment
hai!~