Kejadian berlaku pada hari Jumaat, limaharibulandua bertempat di depan koop. Tak, saya tak pasti sebab time tu terjumpak Farhan masa beliau tengah belek-belek World Literature limited edition beliau. Selepas itu kami berjalan seiring dan sejalan seindah bunga di taman bak gurun yang megah kanda ku puj...
ok takde kaitan.
Pastu kami masuk ke bilik 203. Pastu ialah masa matematik; Cikgu Arfa cun laaa isk isk iskk tak berkelip mata saya sangat berkenan dengan baju beliau isk isk isk lagi sekali. Pastu saya berasa dahaga menyebabkan saya berasa seperti mahu menelan beberapa titik air. Tapi bila saya meraba Tifa, eh tidak meraba di bawah meja, saya berperasaan yang incek botoi sudah hilang!
Awak, awak kat mana? Sobss sobsss.
Naluri keibuan saya kuat mengatakan yang Hantu Botol berkepala Tangan yang curik Incek Botoi saya. Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana saya ada bukti!
2 minggu lepas botol air Pah telah hilang.
Minggu lepas botol air Tifa pulak telah hilang.
Dan minggu ini botol air saya aka si manja pulak telah terhilang.
Mengapa mesti berkepala tangan? Ye la, kalau takde tangan macam mana dia nak curik takkan nak main golek golek je kot KAHKAHKAHBEDEKAHBEDEKAHHH. Ok, tak lawak.
Kepada sesiapa yang menjumpai Incek Botoi saya, saya akan membelanja beliau Kotiaw Lahuma. Anda boley pilih dari apa juga jenis variasi; kotiaw mamak, kotiaw char kuey, kotiaw basah dan jugak kopiko. Erk!
Ciri-ciri Incek Botoi :
. berwajah kachak
. berbadan lutsinar dan mempunya flat packs
. berambut blonde keorenan
. body agak tough
. air di dalamnya adakah 3/4 full kecuali telah diteguk beberapa titik oleh hantu berkepala tangan.
. berat badan mencecah 700ml
Pencarian bermula sekarang!
Kepada Incek Botoi, walau di mana juga awak berada, jangan nanges ok? Saya takkan carik lain :D
Update baru : satu beban IB dah submit - World Literature Malay! Alhamdulillahhh...
No comments:
Post a Comment
hai!~