Sunday, June 22, 2008
Aku Jadi Pelajar Semula!
Masanya sudah tiba, untuk aku meninggalkan keluarga tersayang di desa yang, errr..tak berapa tercinta.
Finally, it's time for me to answer the call.
Cukup-cukupla dengan kursus memasak, kursus menjahit, kursus membasuh baju serta kejadian aneh seorang gadis bangun tidur pada pukul 3 petang. Esok, tiada lagi itu semua. Yang ada hanyalah kerahan tenaga berjaga dari pukul 6 pagi sehingga sehingga tidur selewat yang mungkin.
Apa yang aku dapat cuti lama2? Selain kepuasan tidur yang tidak berkesudahan, benda paling best pun, lesen P yang sampai sekarang belum diaplikasikan dengan sepenuhnya. Tapi, alhamdulillah.
Selit sikit boleh? Semalam aku diganggu mat bangla pervert yang sedikit pun tidak boleh dilabel sebagai hensem, comel apatah lagi perkasa serta mempunyai ciri-ciri perogol bersiri yang menjijiikkan. Melampau! Ya Allah, sabar ja la. Secara tidak sedar, aku mendoakan dia mati digilis bas ataupun lori. Boleh pegi mampusss manusia seperti itu.
Berbalik topik tadi, esok aku akan mendaftar di Kolej Mara Seremban dengan memakai sepasang baju kurung dan kasut coklat gelap. Kembali ke sekolah! Tapi okla, sekurang-kurangnya, mana ada pemandangan yang membolehkan kaum wanita dan lelaki mencuci mata secara percuma. Hahahahha, tak terasa ok?
Semoga semuanya berjalan lancar, uhuh!
Tuesday, June 17, 2008
Lessons to Learn
Cerita Satu.
Seorang makcik yang bekerja sebagai cleaner di sebuah pejabat kerajaan bersama suaminya iaitu seorang..err, tidak diketahui pekerjaannya, pergi ke pejabat zakat untuk memohon bantuan bagi tujuan membiayai pelajaran anak sulungnya.
Isteri: "tuan, kami nak mohon bantuan zakat"
Pegawai zakat: *merenung seketika* "aiiii, badan sihat lagi pun nak mohon zakat jugak ka? Boleh kerja lagi kan..."
*suami isteri usha muka satu sama lain*
"jomla kita balik bang, macam minta sedekah ja.."
Cerita Dua
"Pak Hasan untung la, anak 9. Besaq2 dah semua..."
"Kalau sorang bagi Pak Hasan RM100, sebulan dah RM900. Murah rezeki noh."
*Pak Hasan diam*
"Yala, semua orang cakap mcm tu. Hampa taktau, depa tak hulur duit pun. Yang laki sorang pun tak penah bagi. Yang dok bagi yang perempuan tu la. Dia pun baru ker ja. Bagi jugak RM50...."
"....tak pa la, aku tak kesah. Bini aku kerja RM350, aku RM350. Cukupla. Aku kuat lagi, aku boleh kerja. Aku tak kacau hidup sapa2 pun."
Ok. Sekarang aku nak bagi komen sikit. Kedua-dua cerita ni semua kisah benar yang aku sendiri lalui, ataupun berdasarkan cerita orang lain.
Kisah pertama berkenaan seorang makcik yang anak sulungnya dapat melanjutkan pelajaran ke UIA dalam bidang law. Umur sebaya kakak aku. Cantek akak ni, putih melepak. Macam yang kita sedia maklum, walaupun dia menerima bantuan (dia dapat asasi UIA), tapi duit bukan masuk on the spot. Jadi, semput jugakla mak ayah dia mula2 tu.
Berbalik pada kejadian dekat pejabat zakat. Ini bukan tujuan nak memburukkan mana2 pihak. Dan kejadian ni bukan berlaku dekat semua pejabat zakat ok? Cuma mungkin pegawai zakat tadi kurang prihatin. Sepatutnya, dia tanya dulu apa tujuan makcik ni nak mohon bantuan. Bukan main terjah ja. Makcik ni pulak yang berasal dari kampung, tak cukup kekuatan nak jelaskan tujuan utama dia. Yala, baru tanya sikit, dah kena ayat pedas seketoi. Hamekk ko, sapa tak terasa. Tebal muka makcik dan pakcik tu.
Sesetengah staf kerajaan tempat makcik bekerja yang tau kisah makcik ni, sama2 kumpul sumbangan lalu bagi dekat makcik ni untuk jelaskan yuran pendaftaran anak dia. Alhamdulillah, anak dia berpeluang masuk asasi UIA. Tapi, semester pertama ja. Semester kedua anak dia terpaksa berhenti disebabkan kekurangan wang dan sekarang sambung dalam bidang perguruan.
Jadi, sapa yang mak ayah mampu nak sekolahkan tu, bersyukur la dan gunakan peluang tu sebaik mungkin. Memangla senang untuk kita cakap 'malasnya nak stadi!'..'bencinya subjek ni!'..tapi kita tak sedar, dekat luar sana ada orang yang sanggup berlapar untuk pastikan anak2 dia dapat pendidikan.
Pasal Pak Hasan ni, mak aku bagi ceramah tentang hati dan perasaan ibu bapa kat aku selama, errr, sehari? Hahahaha, lawak la ek? Kesian la. Kepada sapa2 yang kurang sensitif perasaan mak ayah tu, bila dah kerja nanti, tak kirala dorang tu ada rumah banglo ka, kereta BMW ka, adalah tanggungjawab anak2 untuk menunjukkan sedikit tanda bahawa kita 'concern' pasal kebajikan mereka.
Anak Pak Hasan tu pulak, bukan kerja noreh getah ka, jual goreng pisang ka. Ada yang jadi Pengetua MRSM lagi. Ada yang selalu pergi kursus luar negara. Tapi ayah kerja guard, mak keja sapu sampah? Tolongla. Waktu tua adalah waktu mak ayah kita rehat dan lapangkan fikiran. Sebab tu la penat2 dia bagi ko sekolah. Supaya ko boleh tolong ringankan beban dia. Ni tak, dah tua ko baling cucu suruh dia jaga sampai 3-4 orang. ko senang2 ja goyang kaki. Dah penat dia cuci kencing ko kecik2 dulu, tua2 camni pun nak suruh buat benda yang sama lagi? Nursery ada, bayar la!
Minta mahap, sedikit emosional. Aku sangat tak boleh terima anak2 yang lupa mak ayah ataupun kurang sensitif. Jangan tanya mak ayah ko dengan soalan bodoh seperti "mak cukup duit tak? Tak cukup saya nak bagi". Sapa la yang bijak sangat nak cakap dia takdak duit kat anak dia. Itu tanggungjawab, bukannya derma. Masa ko kecik2 dulu ada mak ko tanya "Leman lapar ka? kalau tak lapar mak tak payah bagi makan la."
Mak aku cakap, ibu bapa sememangnya tak kisah anak2 dia hulur duit ka tak. Kalau dorang kerja bagus2 pun dah cukup. Tapi 'cara' tu yang penting. Beliau cakap lagi, anak2 umpama 'investment', kalau untung, alhamdulillah. Kalau tak, yang penting ibu bapa dah lakukan yang terbaik untuk jadikan anak2 dia seorang manusia. Fenomena sekarang, anak2 lelaki selalu utamakan isteri berbanding ibu sendiri. Agaknya berapa orang yang namakan aset dia atas nama ibu dia? Nama isteri banyak lah. *grin*
Layan orang macam mana anda nak orang layan anda. Kalau terasa nak pelempang anak ko yang melawan cakap, jangan buat perkara yang sama.
May Allah bless us and our family and give us the happiness we need.
We humans have mind to think. Use it wisely. World definitely needs more thinkers.
Sunday, June 15, 2008
Selamat Hari Bapa!
Happy Father's Day.
I cannot write any further due to the fact that we're not so close. In fact, I guess a simple thanks for making my life as comfortable as now, if not prefect would do.
May Allah bless you..
and also all fathers in the world.
Oh, and by the way, I heard that the best thing a daddy can do for his children is to love their mother...100% sure, hihi.
Thursday, June 12, 2008
Home Alone
Kereta mak aku rosak dalam perjalanan dia nak balik dari keja. Disebabkan dia memang selalu balik lambat, sama ada g beli barang2 dapur ka, atau jarak dari tempat keja ke rumah yang sememangnya jauh tu, aku memang jarang risau.
Masa dia call cakap kereta rosak tu, aku rasa biasa2 ja. Tapi pukul 11, dia kata tengah2 jalan rosak lagi. So, dia tak boleh balik malam tu. Terpaksa tido rumah kawan.
Takut? Yessssh, aku sangat takut duduk sorang2 malam2.
Tapi macam manapun, aku buat2 berani la. Kunci pintu dakg? Daaaah. Bukak lampu belakang dan depan tak? Daaaaahh. Itu dah buat? Daaaaaah. Ini dah buat? Daaaaah...
Beraninya anak dara ni. Tapi aku tau mak aku jarang risau pasal anak2 dia, dan sebab tu aku jadi makin berani nak p mana2. Ye la, kalau mak tak risau dan rilek ja, kiranya tu petanda baik la kan? Hopefully..
Tapi still aku sangat takut. Walaupun masa Form 2 dulu aku lagi kerap duduk kat rumah sorang2, tapi kali ni beza sikit la. Maybe sebab dah lama tak merasa duduk sorang2 malam2. Kalau siang2 aku suka!
Bila nak landing ja, terbayang ada lelaki pecah pintu rumah pastu terjah masuk bilek aku, herkkk! Sebab tu, aku sangat takut untuk tido. Takut takut..
Nak elak tido punya pasal, aku tengok match Austria lawan dgn Poland kot, eh? Not my feveret, tapi gagah la jugak..
Pukul 5 pagi baru aku tido, itu pun tertido.
Ummi, jangan la buat prangai camtu lagi...hukhukkk!
#viva la vida Portugal! haha, tiba2 ja..
Tuesday, June 10, 2008
Jejak Kekasih Lama...
Buat2 cumel, tapi tak cumel pun..cacat ada!
Sakit hati u noeee, mesin tu pelik. Dahla bahasa Jepanggg, kena snirik buat paham. Last2, kluar 4 gamba ja. Sedesss! Sedess! Dekat Penang lagi stai rasanya. Dah aaaa, tu LAST aku guna mesin pelik tu. Sapa nak aku masuk skali dlm gmba dia, sila la bayar okes?
Hangat hati sebab gamba yg sikit serta tak cantek, aku dan beliau terus berjalan kaki ke City Plaza-tempat muda mudi melepak serta dating. Pusing kanan pusing kiri, jumpak org yg sama ja. Buleh jumpak sampai berkali-kali punyala. Pulak tu asek2 muka pekan yg sama ja.
Muka pekan=muka yg asek melepak di town stiap kali ada masa pree.
Lepas tangkap gamba paspot yg tidak kurang anggunnya, aku terus p Popular. Tu antara kedai wajib aku p everytime kluar la. Yala, dekat sini mana ada Borders, Kinokuniya apa suma tu. Alhamdulillah, berjaya jugak beli buku si hensem, Dr SMS! Murah ja, 20 hengget. Tak puas ati lagi, aku borong lg buku2 laen yang aku rasa best.

Fest thing, shampu. Mula2 best aaa, lepas tu aku ternampak cecair merah yg sgt seksi dekat dahi merangkap kulet kepala. Makkk oiii, berdarah! Jahat la u, u bagi kepala i berdarah dengan kuku panjang serupa naga! Asid hidroklorik dah mendidih dah, tapi takpa. Sabauu dulu. Satg dia halau aku dengan shampu tak basuh kan ke naya. Har3...
Naseb baekla yg kerat rambut tu org laen. Kalau tak, siapla aku bawak parang pusaka pakcik tokwan ayah aku tu p kedai dia la la tu jugak. Ngengg!! Secara otomatiknya rasa sakit kepala dengan sakit hati habes cmtu ja, sbb cina ni baek la. Pulak tu dia siap sapu apa menatang krim tah bagi cantek. Tapi by the time aku sarung aku punya anak tudung....
"La, penat ja i blow. Laen kali tanak buat dh la..adoiii!"
Pulak? Hahah, lantak anda la puan.
Abes sesi tu, dh stat sesi shoping la pulak. Oleh sebab tmpat baru aku yg terchentaa tu mewajibkan semua pelajar perempuan pakai baju kurung, aku pun p butik First Lady dengan Fair Lady dekat2 dgn cp tu. Yaaah, kami jalan kaki. Sep minyak punya pasal.
Komen pasai baju kurung...mula2 tu sakit jiwa jugak mengenangkan aku kena pakai balek baju kurung yg dh 2 taun aku pakai kat maktab dulu. Tapi takpa la kan, sopannn lagi maneez gitu. Tapi tak tahan bila kena pakai kasut hitam. Eeeeiii, mencii la menciii. Pakai slipar ja tak buleh? Kurang bergaya ka?
Abes ja beli baju kurung yg mak aku cakap macam baju tido (adakah dia jeles?), aku dan Puan Sri Palyah meneruskan pengembaraan berjalan kaki balek ke Pacific. Fuhhh, penuh dgn manusia manusia yg teruja dengan sale yg sangat hebat. Yala, sampai 70% tu. Sekarang Mega sale eh? Entahla, tp minyak naek pun org maseh gila shoping. Aku pun sama la..haha..
Belek2, try. Belek2, try. Rasanya dekat puluh2 baju aku try. Suka la suka! Naseb la aku tak bawak mana2 lelaki. Semestinya takdak sapa buleh tahan dengan nafsu shoping aku yg sangat kuat ni. Hahahaha, tp belinya sikit ja. Teruja yang lebih...perempuan, biasala tu. *wink*
Sedar tak sedar, dh dekat pukul 6. Terlupa pulak ada kawan tgh tunggu kt bawah. Naseb la, bila shoping, yg laen buleh tunggu yeee. Har har har!! *gelak jahat*
Bila dah separuh mati dan terasa puas, aku turun bawah teman si Palyah ni nak beli sabun2 nk bawak p msu nnt. Tengah gumbira suka suki kat situ, tiba2 kekasih lama muncul di belakang. Hahaha, ayat tah papa ja. Siriesly, aku nak lari! Tapi tak buleh elak la, sebab nak beli barang kat situ. Fine la, ckp sikit2, sebab dia pun dh ada rambut. Dulu lepas balek PLKN botak lagi, tak hensem. Dah hensem ni bulehla sembang. Hihi, kiddin' la...boooo~
Sesi membeli lampin untuk anak
Bye Palyah, see u in Shah Alam la afta dis okes?
Thursday, June 5, 2008
Bila Kenduri Merata-rata...
Setelah sekian lamanya beta kembali lagi. Har har har, poyo jerkkk.
Aku yg baru balek dr KL petang tadi ni, terus belek2 blog manusia2 yg wujud di muka bumi bergelar bloggers ni. Tup2, hampir 77% cotcetcotcet pasai isu minyak naik. Fuhhh, hebat betoi penangan minyak naik ni. Macam biasa la, aku yg xdak kreta ni langut ja tengok orang lain ketaq lutut ketaq dagu pikir macam manala nak Cuti-Cuti Malaysia kalau minyak naek eh?
Amek ko sapa suruh naikkan harga minyak. Aku tadi singgah Petronas kebanggaanku pun hampir ter
Okes okes, buat apa sebok2 pasai minyak. Semua orang tahu minyak sekarang RM2.70. Aku pun baru tau tadi, ngeh3...
Ekceli aku nak cerita pengembaraan aku yang berlangsung pada hari Sabtu lepas, bersamaan 31 Mei 2008.
Motif : Mengambil peperiksaan Monbukagakusho pada keesokan harinya.
Jadi, tepat pukul 11, mak aku hantar aku dgn adek aku pegi Shahab. Bas aku yang tidak lain tidak bukan, Maraliner dijangka tiba pukul 12. Macam biasa la, aku kan bangun lambat, tanya la lagi...so kesimpulannya, tak sempat makan apa2 la, takut tertinggal bas punya pasal. Sampai2 ja Shahab terus masuk Marrybrown untuk beli burger. Woaaa sadapp!
Pukul 12, bas yg santek bernama Maraliner pun mai la..
Aku dgn adek aku yg buat2 hensem ala2 bodyguard pun masukla cari seat. Tiket tu pakcik aku yg beli, sekali dia p beli seat belakang skali daaaa...tapi sampai2 ja, aku tengok ada sorang laki dan sorang fomfuan mcm budak hingusan skolah menengah meng'geges'kan diri kat seat aku dgn adek aku dgn suka sukinya. Banyak santek ampa!
Formula : Berdiri statik sambil renung ala2 gaya Catwoman.
Lepas ja kena terjah dgn panahan mata aku, dorang pun blah. Ek eley, mcm best ja budak kecik ni. Aku ingat dorang nak balek seat masing2, tengok2 si feremfuan hingusan tu dengan selumbernya duduk atas laki tu dekat single seat depan aku sambey manja2. Perghhh, tembak la kang budak ni. Sangatla tidak sopan especially baru budak kecik. Aku yg layak kawen ni pun tak penah buat geges camtu. Booooooo sama depa...bu!
Last2, pakcik mana ntah datang sound budak fomfuan tu. Ayat dia simple ja..
"Seat mana?? Apa duduk2 atas laki ni. Tak maneeez. Kita ni orang Islam.."
Hamekkk!! Hamek!! Hamekkk ko budak kicik...mak ayah nampak kang baling kayu api baru tau. Aku dari tepi geleng2 ja. Sedey ja, baru blaja bercinta rasanya. Piraaah...
Lepas fomfuan tu turun, si laki pon ikut. Ala2 bas nak jalan, si laki naek pastu terus nangeh sambil amek sapu tangan lap2 air mata. Alahai adekkk, apakah?? Merengss!
On the way, ayah aku call cakap dia nak p makan kenduri dekat Penang. Yo, alamak! Wuaaa, apa ni..org p KL, dia nak datang Penang pulak. Dalam kalut2 tu, dia cakap, turun dekat Bukit Gantang.
Sampai2 ja Bukit Gantang, aku p pondok rumentik tu makan burger dgn adek aku dulu.
Tunggu punya tunggu dekat sejam baru ayah aku sampai. Dengan hujan renyai2 membuatkan aku rasa tak selesa, aku hampir nak parang ayah aku sebab sampai lambat sangat. Hehehehe..muka time tu serupa tahikss dh.
Dengan suka suki nya, aku tau ayah aku tak ingat pun aku ada exam esok hari. Aku diam ja. Dia usung aku pegi Kulim, rumah adek tok aku yang aku tak penah tau pun kewujudan dia. Lepas tu p Penang umah tok aku, buley pulak suka suki makan Char Koay Teow pukul 11 malam dekat Bukit Mertajam tu sebab adek aku request. Fine, aku diam ja. Purak2 enjoy.
Kesimpulan, sampai KL pukul 6 pagi. Ayah aku pulak ada kelas pukul 8 kot. Sudaaaaaah la, sia2 ja aku datang. Ayah aku buleh pulak ingat aku datang ni saja2. Padahal dah bjuta kali aku ckp, make sure 1 Jun dia free. Sedeyyy la sedey! Aku dah bawak beg skola siap penuh dengan buku rujukan lagi. Tapala, rezeki aku tiada di Jepun, hanya ada bersama Sak Ruk Khan sahaja...
Seken day of frustration..
Macam biasa, kalau p KL wajib lepak ofis ayah aku. Or else, aku kena duduk umah kat Putra yg xdk sebarang kemudahan internet tu. Duduk2 sana layan Jdrama ja la. Habiskan Gokusen 2, waah!
Bengkek serta kuciwa, aku membawa diri ke UIA untuk bersama kakak aku setelah menghabiskan masa poya2 ngan adek aku yg bosan bila aku asek gila dekat pemain2 bola yang hensem. Hello, saya feremfuan, tak minat bola sangat, suka tengok je, hehe. Wawa tobat sakit jiwa kalau tawu benda ni...

Motif ke UIA : Menonton persembahan Gamelan oleh kakak saye kepada manusia2 UK.
Masuk ja UIA, terasa sesak nafas sebentar. Kakak aku pulak asek p kelas sana sini pastu tinggal aku sorang2 dalam bilek maen dengan hamster dia yg gedik2 tu. Everytime si kecik tu maen lari2 atas roda, aku gelak cm dinoso ja. Abg Deen jgn terasee ye. Nguehhh, bosan lyn si kecik, aku tido. Bosan tido, tido lagi...
Finally, malam yang dinantikan pun tiba. Oleh sebab kakak aku pegi bilik gamelan dulu, malam tu boifren kakak aku merangkap tak-semestinya-ko-jadi-abg-ipar-aku pun datang amek. Sampai ja bilik gamelan, semua orang tgh gosip2. Konsert yang sepatutnya stat pukul 8.30, stat sejam lewat disebabkan traffic jam. Ni suma jadi masa malam minyak naik la ni, suma manusia gila p isi minyak mcm esok nak kiamat dah.
Ala, takdak la ramai sangat budak UK yang datang. Around 20 lebih ja. Baru ingat nak jumpak yang hensem2 ka, tapi rasanya lelaki Malaysia hensem lagi kot? Abesla hero2 Malaya kembang meletupss! Yang feremfuan nya pulak, buleyyyyyla. Hehehe..

Dari segi pemerhatian aku, di sini aku telah membuat keputusan bahawa segala angan2 untuk kawen dgn mat saleh terpaksa dilupakan selamanya..
Tu pun setelah aku tgk depan mata aku sendiri keadaan yang menyedeskan ini...
hamekkk mu! org maen sopan2, dia sesekehati ja landing lemah gemalai ala2 duyung~Keesokan hari nya merangkap hari ni, ayah aku hantar aku dengan adek aku straight ke Alor Star dengan kereta sebab tiket bas abess. Tu la, suruh tempah awal2 taknak. Lepas drop aku depan umah, beliau terus memecut kereta itam beliau dengan kelajuan 160km sejam kembali ke Putrajaya. Hopefully sampai selamat la kat sana...
btw, aku sempat curik spek 3D kt KLCC, nak tengok konsert Hannah Montana punya pasai, ngeeee! Aku amek 1, kakak aku amek segenggam, har3..
Saturday, May 24, 2008
:: Orang Kaya Malaysia ::
Pelik bila seorang Nur Aminah membaca paper pada hari Jumaat okes? especially paper English pulak tu..
Ekceli adek aku dekat hostel yang call suruh belikan. Dalam rumah ni selalunya takkan ada paper pada hari2 biasa selain paper hari Ahad. Kenapakah?
*Nak baca guzipan2 la adek manees..*
ahahaha, sebab lain pulak, mak aku dah TERlanggan TheStar yang terus send masuk inbox tu. Aku pulak, sendiri memang tak baca paper lagi2 nak nengok Buletin Utama.
Disebabkan penat keluar pukul 9malam carik paper, aku pun belek2 tengok apa benda la budak ni nak sangat dalam paper, siap request New Straits Times lagi...mana tahan~
Cesss, ManU punya crita ka. Tiba2 rasa teruja tengok Cristiano Ronaldo posing dengan begaya...
*sengeh peliz!* klik!
Gamba David Cook pun ada, piwitt...beseri seri nya dia..tapala, aku dah buleh terima hakikat Archie tak menang...
Tapi menareknya bila aku nampak article ni..
..'THE TOP 10 RICHEST IN MALAYSIA'..
1. Tan Sri Robert Kuok (US$10 billion) - ofkoz la nak banding dgn artis Hollywood dalam carta Forbes yg nomot #77 pun, jumlah 10billion ni sikit ja. Tapi still, kalau aku mati hidup balek pun, belum tentu aku dapat kumpul duet 10billion tu. Murah rezki Tan Sri ni, yang merupakan tokey perusahaan gula dan benda2 lain.
2. Ananda Krishnan (US$7.2 billion) - ehem ehem, aku menyumbang sikitla dkt kekayaan beliau ni, kan kan? [asal dia takdak datuk ka tan sri ka? ngeee!] oh yeh, beliau ni tokey Maxis yg stai tu.
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (US$5.5 billion) - Penah pegi IOI mall? Itu beliau punya la..dia ni tokey IOI Group, salah satu syarikat minyak kelapa sawit plg besar dlm dunia. Fuhhhh...
4. Tan Sri Teh Hong Piow (S$3.5 billion)
5. Puan Sri Lee Kim Hua & family (US$3.4 billion) - mendiang Lim Goh Tong yg kiut tu, hihi. Aku penah baca buku Lim Goh Tong ni, mnarek jugak dgn susah payah dia zaman muda2 dulu. Lim Goh Tong ni jugak merupakan orang feveret pengetua aku kat Beseri dulu. Tiap2 ucapan sure ada nama manusia ni. Aku pun tau kewujudan dia dari beliau la, ngeh3. Tak payah tanya la bisnes apa. Sapa tatau sila tembak diri snirik. Kalau malas nak cari, sila buzz di YM.
6. Tan Sri Quek Leng Chan (US$2.4 billion)
7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay & family (US$2.1 billion)
8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$1.8 billion) - ALHAMDULILLAH, igtkan tak wujud dah manusia Melayu. Banggge oo bangeee! Beliau ni tokey Souq AlBukhary yg ada Giant kt AlorStar ni [tempat feveret mak aku]. Universiti dia pun dah hampir siap. Nanti bulehla hanta anak2 anda kat sana. Masjid dia pun cantek sgt2. Rumah mak dia? Entahlah, tembok tinggi la yang. Aku intai2 tak lepas jugak, hihi. Harap2 tahun depan dia naik duduk Top5 pulak. Amiiin.
9. Tan Sri Vincent Tan (US$1.3 billion) - Tau Bukit Tinggi? oh ya, nama tu dh tukar jadi Berjaya Hills. Pernah lepak Berjaya Times Square? Tu suma beliau punya la..
10. Tan Sri Tiong Hiew King (US$1.1 billion)
Prasan apa yang aku prasan? :D
Arap2 satu hari nanti akan ada 5 atau lebih 'Syed Mokhtar'...mungkin salah sorang tu kita ka? Who knows? *Ganbatte!*
Wednesday, May 21, 2008
Sambung Belajar Dekat...
Kawan2 aku dah siap orientasi apa suma. Budak bijak pandai maktab aku dulu, bulan 9 ni nak fly pegi Russia dah. Murah betul rezeki...aku ni buleh makan tido lagi.
Budak2 yang dapat asasi UM akan daftar 25 Mei ni. Kalau tak, aku pun daftar skali ngan mereka2 la. Tapi tak jugak, sebab aku nak pegi tempat lain. Tempat apakah? Sila klik di bawah untuk menyebok...
Alhamdulilllah, aku akan p Kolej Mara Seremban. [tima kaseh dkt Loque yg beria-ia suruh aku call Mara hari tu].....Hoorey??
Mula2 mmg hooreyy la sana sini, tapi skrg biasa2 ja..entahlah, tapi aku bersyukur ja sebab dari Form4 aku aim nak pegi oversea. [oversea la sgt~]
Dekat sana nanti, aku akan buat IB (International Bacaulaureatte) untuk pergigian. Apa itu IB? klik sini kalau nanak tau okess?
InsyaAllah kalau aku lepas...kalau aku berjaya lepas program ni, aku akan ke India. Sak Ruk Khan??
Hahahaa, terus terang cakap, aku tak letak harapan tinggi2 sangat. Tapi still aku akan usaha la sungguh2, kalau takdak godaan yg mendatang, ceywahhh...
Termasuk aku, ada 3 lagi kawan aku yang bakal menyemakkan KMS nanti. Taniah dkt Myra, Ika dan jugak Hakim, itupon kalau Hakim ni betul2 nak p.
Dari 8hb hari tu sampai sekarang, surat Mara still tak sampai2. Yang sampai semuanya surat mak aku. Nak jadi cerita, tiba2 satu hari, ada surat atas nama aku sampai. Yeyyy...
Tapi, surat tu dari Japanese Information Service aka JIS aka Monbukagakusho [ntah btoi ka tidakk]. Alahai, memain ja aku apply pun. Print borang, isi maklumat pastu bagi salinan slip SPM. Senang kan? Oh ya, dan syarat utama, kena skola selama 11 tahun. Hahaha, lawak betul. 11 tahun cukup2 maksudnya takdak cuti akhir tahun la kan?
*toink toink*
Surat tu ckp aku dpt tempat utk amek test 1 Jun ni-Kimia, English, Bio, AddMaths dgn Bahasa Jepun. Tapi kalau tatau Bahasa Jepun pun takpa katanya. Sapa yg tau tu spesel la sikit kan. Lepas tau result akhir bulan Jun, org yg pass tu kena interview pulak. Banyaknya proses...
Waaaa, Jepun tu...mana tau buleh jumpak lelaki muka kecinaan? Yang rambutnya mcm2 fesyen? Hihi..tapi aku dgn Myra [oh ya, dia dpt jugak] igt nak g amek exam tu memain ja. Memain2 pun, aku dah punggah semua buku rujukan aku, termasukla pegi blaja Japanese online. Tapi nak baca tu, tatau la...apakah tiba2 baca buku masa cuti? sasat?
Semangat ja, piraaaah!
Apa2 pun, semua peluang kita kena ambek dengan sungguh2 kan. Sekali seumur hidup ja dia nk datang, hidup pulak bukan 2-3 kali.
Tapi, macam mana pun, aku still ada lebih kurang sebulan untuk berpoya-poya. Err, untuk rilek maksud saya, hihi. InsyaAllah, 24 Jun ni aku pegila N9.... *peace!*
Monday, May 19, 2008
Tag Dari Deen-na-Sour
1. 7 fakta tentang shaye
2. 7 perkara menakotkan saya
3. 7 lagu buat masa skarang
4. 7 pekataan yang saya suka sebut sebut
5. 7 perkara sangat bernilai
6. 7 'pertama kali' dalam hidup shaye
7. 7 blog kena tembak teng tenenggg!
7 FAKTA TENTANG SAYA
:: sng maapkan org, baek tak?
:: ada adek laki sorang ja, adek pompuan tarak, syukurrrr..
:: sgt senang kena flu, tp bukan bird flu okess?
:: suka no 7,17 dan 9
:: sgt senang sayang org, meluat/tak suka org jugak senang..
:: tak suka deal dgn org [kol operator, jmpak boss, meeting, benci benci]
:: cepat terasa tapi pandai2 la kaver, kang org ckp emo lak..
7 PERKARA MENAKOTKAN SAYA
:: God's wrath
:: org2 terchentaa mati
:: diri snirik mati dalam keadaan dasat
:: sexual harassment [laki2 gatai tobatlah anda]
:: hantu
:: labah2 rumah
:: gado dgn family or kwn2, seganla nk mntak maaf balek. *wink*
7 LAGU YANG MENAREK SKARANG
:: Coldpay-Viva la vida [coldplay suma lagu dia aman damai jaaa]
:: Usher ft Young Jeezy-Make love in this club [beat yg best, ala2 disko lentok2 tuhh]
:: Colby O Donis ft Akon-What You Got
:: Camera Obscura-Lloyd, Im ready to be heartbroken
:: semua lagu David Archuleta
:: Matt White-Love
:: Rihanna : Take A Bow
7 PEKATAAN SAYA SUKA SEBUT
:: Ya Allah..
:: blahh aaa, cam pa g
:: I mean..aaa
:: mangkok laaa, ish
:: Assalamualaikum, yayah ni sapa? [gaya2 angkat fon]
:: agak aa..
:: hahahahahaha
7 PERKARA SANGAT BERHARGA
:: setiap saat n still counting
:: org2 terchentaaa [u guys noe who u r]
:: program Mara
:: kesihatan yang brada pada tahap alhamdulillah..
:: duet [no money no talk aaaa]
:: academic achievements [utk elakkan ummi dari murka]
:: pengalaman idop especially tahun 2007
7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP SAYA
:: bela kucing masa 5taun, nama dia Ali, kaler orengg
:: kapel masa Form3, tahan 3bulan ja, hihi..
:: guna facial wash masa Form2, terus jerawat naik..
:: naik beskal roda 2 masa dajah 3 [gila lambat, hahaa]
:: puasa penuh dajah 2, ebat tuhhh...
:: tgk muvee dekat Bukit Jambul, Png, crita anak mami
:: merasa skolah dengan boys masa Form4
7 BLOG KENA TEMBAK
:: Ifanss [di mana jua anda brada, balek nnt wajib buat okess]
:: Myra my lalink yg merenk [in BM plizz my dear, in BM, haha]
:: My lalink too, Ariat tomato yg gedik
:: Abg Feroz [takdak alasan tak update dah]
:: Dr Sharifah
:: Mama Bell
:: Wawa
Tadaaa! Siap. Thankx to Abg Deen lagi skali. and to those whose names are mentioned above, NO EXCUSES!
*hugs and kisses*
Friday, May 16, 2008
SELAMAT HARI GURU, cikgu!
hee, walaupun saya ni bukan budak skolah lagi, saya ingat lagi tau cikgu2 yang ajar saya dulu. Betapa siokkkknya blaja kat sekolah, kecuali bila cikgu yang busan2 ajar. Hihihi, tapi tak kira sebusan manapun, semengantok manapon cikgu tu ajar, sebab cikgu2 datang dalam hidup sayala, saya jadi Nur Aminah yang baik sekarang , ceywaah~
Jadi cikgu, sempena 16 Mei 2008 ni, saya nak ucap tima kaseh sangat2 atas segala jasa baik cikgu2 yang ajar saya sejak tadika, sekolah rendah dan jugak sekolah menengah. Zaman sekolah dah habis, saya dah takdak uniform nak pakai. Takdak kasut sekolah+stokin nak basuh, takdak cikgu utk dingumpat kan, dan takdak homeworks. Best? Entahla, because school life is everything. Baik buruk orang tu begantung kat perangai dia kat skolah la.
Dear teachers, here is my gratitude towards u...
Cikgu Nordin Ahmad : Saya tak penah pandang cikgu lain setinggi saya pandang cikgu. Tapi bukan bermaksud saya pandang rendah cikgu2 lain. Tak, semua cikgu sama ja. Tapi sejak cikgu jadi cikgu guru kelas saya dan ajar AddMaths kat MRSM, saya rasa cikgula salah satu sebab saya kuat. Cikgu tak penah givap bila saya lembab+tak paham. Saya tak buat homeworks pun cikgu tak marah. Cikgu selalu kata "takpa, buat pelan2". Cikgu puji semua students tak kira dia pandai atau tak. Paling saya ingat, cikgu cakap.."Yang lepas biar lepas. Yang penting gunakan masa sekarang dan seterusnya."
Cikgu Amin : Cikgu tak ajar saya. Mungkin cikgu tak kenai saya pun. Tapi saya respek cikgu. Walaupun masa saya Form4, banyak students suka cakap yang depa susah faham apa cikgu ajar. Tapi bila saya selalu jumpak cikgu waktu rehat, tanya belas2 soalan AddMaths, cikgu ajar dengan sangat sangat sangat sabar. Entah kenapala orang buleh cakap tak paham. Terima kasih cikgu, saya harap cikgu cepat sembuh dan menten cumey~
Cikgu Raihan : Aaaa, cikgu yang paling cantek bagi saya [maybe sbb ckgu ja mekap?] hahahaa. Sebab cikgu la saya chenta sama subjek Kimia. Walaupun tak pandai, tapi siries Kimia best gila bila saya blaja dengan cikgu. Cikgu mark semua kertas2 Percubaan dari negeri2 lain yang saya buat, lepas tu explain satu2. Manala saya nak jumpak cikgu macam ni lagi.
Cikgu K : BM jadi best sebab ada cikgu laaa. Cikgu ajar sungguh2, dan sangat menarek skali. Maybe bila cikgu cakap, dengar mcm lawak kot. Hahaaha..
Sir Jamil : Aaahhh, u r the most tolerant of all. You stood beside my desk yet never woke me up everytime I slept. Sometimes I did take advantage of your kindness to sleep, because I know you would ignore me sleeping. Sori Sir, I feel ashamed of myself. But thanks again for giving me the highest mark in English since Form 4 until Form 5 so that the girl I hate could never beat me, hahahahahahaha!!! *ooopsss!*
Teacher Ida : You should know that English department is the most sporting and fun. All the teachers are great. Plus as u became PRS advisor, we got closer and closer. You praises people easily and never judges a book by its cover. No matter how we tried to bad-mouth some students, u still look at her/him on the bright side. Thanks teacher, u give me the best lesson.
Cikgu Faridah Baharom : Fizik jadi best bila cikgu start amek alih kelas saya. Err, doesnt mean that I dont like the previous teacher. But, u know, hehe.
Sir Zolkofli : Saya tak penah tau Biologi ni susah nak mamposs format dia kalau cikgu tak ajar kelas saya. Fuhhhh, macam2 kena bubuh dalam jawapan. Tapi sebab cikgu, saya pandaila sikit even tak banyak.
Cikgu Rai : Terima kasih cikgu sebab ajar Biologi dengan sungguh2, walaupun saya amek masa yang agak lama untuk kenai cikgu. Tapi semua berbaloi~
Ustad Abu Hasan : Erkkk, kenapakah bila ustad marah org tido suma org tuduh saya? Tak kesahla, sebab ustad sangat baik. Terima kasih ustad sebab 2 markah yang ustad bagi tu. Tu markah yang sgt penting sepanjang saya dekat maktab. 2 markah tu sgala-galanya. Terima kasih lg skali.
Sir Nassli : Maths would have never been this fun if it wasnt for u, sir. U make it seemed so easy, or should I say damnnn easy. Thanks for never pressure us. Thanks for being such a cute teacher that I felt like I wanna press u like burger, haha.
Cikgu Sejarah : Alamak, macam mana saya buleh lupa nama cikgu? mintak mahap! Tapi tima kaseh sebab sangat bersemangat masa ajar kami.
Cikgu Noorzamri : Alhamdulillah, sepanjang cikgu jadi Ketua Warden, kami baik2 ja. Terima kasih sebab sabar dengan kami semua, yang mengada-ngada tak tentu pasal. Yang nakal tak pegi surau. Yang bising2 malam2. Yang liat bangun Subuh. Tima kaseh.
Warden-Cikgu Juna, Cikgu K, Cikgu Salam, Cikgu Umi, Cikgu Ainul : Terima kasih sebab jaga kami baik2. Sebab light off bila kami bising. Sebab roll call tengah2 malam. Oh ya saya suka itu semua. It gave more colour to my hostel life. Mintak maap sebab bagi cikgu pening kepala dengan prangai hudoh puteri2 mrsm beseri.
Also my special thanks to all MRSM Beseri's teachers whose names are not mentioned here. I'll never forget u, ok maybe your names, but everything will remain in my heart. It was the time of my life, my best 2 years. There's no way they can easily vanish from my normal brain. If only I could rewind the time....
Teachers of SK Sultanah Asma and SMK Sultanah Asma, thanks again. I'm me now because of u.
To my parents who are lecturers, Puan Hasni and Encik Amin, happy teacher's day to u too!

