Tuesday, June 17, 2008

Lessons to Learn

Di sini saya ada beberapa bijik cerita nak kongsi...

Cerita Satu.

Seorang makcik yang bekerja sebagai cleaner di sebuah pejabat kerajaan bersama suaminya iaitu seorang..err, tidak diketahui pekerjaannya, pergi ke pejabat zakat untuk memohon bantuan bagi tujuan membiayai pelajaran anak sulungnya.

Isteri: "tuan, kami nak mohon bantuan zakat"
Pegawai zakat: *merenung seketika* "aiiii, badan sihat lagi pun nak mohon zakat jugak ka? Boleh kerja lagi kan..."

*suami isteri usha muka satu sama lain*

"jomla kita balik bang, macam minta sedekah ja.."

* * *

Cerita Dua

Pak Hasan bukan nama sebenar telah berumur 60 tahun. Beliau bekerja sebagai post guard di sebuah kolej swasta sementara isterinya bekerja sebagai tukang sapu sampah. Beliau mempunyai 9 orang anak=6 lelaki, 3 perempuan. Yang bongsu akan menduduki SPM pada tahun ini.

"Pak Hasan untung la, anak 9. Besaq2 dah semua..."

"Kalau sorang bagi Pak Hasan RM100, sebulan dah RM900. Murah rezeki noh."

*Pak Hasan diam*

"Yala, semua orang cakap mcm tu. Hampa taktau, depa tak hulur duit pun. Yang laki sorang pun tak penah bagi. Yang dok bagi yang perempuan tu la. Dia pun baru ker ja. Bagi jugak RM50...."

"....tak pa la, aku tak kesah. Bini aku kerja RM350, aku RM350. Cukupla. Aku kuat lagi, aku boleh kerja. Aku tak kacau hidup sapa2 pun."
* * *

Ok. Sekarang aku nak bagi komen sikit. Kedua-dua cerita ni semua kisah benar yang aku sendiri lalui, ataupun berdasarkan cerita orang lain.

Kisah pertama berkenaan seorang makcik yang anak sulungnya dapat melanjutkan pelajaran ke UIA dalam bidang law. Umur sebaya kakak aku. Cantek akak ni, putih melepak. Macam yang kita sedia maklum, walaupun dia menerima bantuan (dia dapat asasi UIA), tapi duit bukan masuk on the spot. Jadi, semput jugakla mak ayah dia mula2 tu.

Berbalik pada kejadian dekat pejabat zakat. Ini bukan tujuan nak memburukkan mana2 pihak. Dan kejadian ni bukan berlaku dekat semua pejabat zakat ok? Cuma mungkin pegawai zakat tadi kurang prihatin. Sepatutnya, dia tanya dulu apa tujuan makcik ni nak mohon bantuan. Bukan main terjah ja. Makcik ni pulak yang berasal dari kampung, tak cukup kekuatan nak jelaskan tujuan utama dia. Yala, baru tanya sikit, dah kena ayat pedas seketoi. Hamekk ko, sapa tak terasa. Tebal muka makcik dan pakcik tu.

Sesetengah staf kerajaan tempat makcik bekerja yang tau kisah makcik ni, sama2 kumpul sumbangan lalu bagi dekat makcik ni untuk jelaskan yuran pendaftaran anak dia. Alhamdulillah, anak dia berpeluang masuk asasi UIA. Tapi, semester pertama ja. Semester kedua anak dia terpaksa berhenti disebabkan kekurangan wang dan sekarang sambung dalam bidang perguruan.

Jadi, sapa yang mak ayah mampu nak sekolahkan tu, bersyukur la dan gunakan peluang tu sebaik mungkin. Memangla senang untuk kita cakap 'malasnya nak stadi!'..'bencinya subjek ni!'..tapi kita tak sedar, dekat luar sana ada orang yang sanggup berlapar untuk pastikan anak2 dia dapat pendidikan.


Pasal Pak Hasan ni, mak aku bagi ceramah tentang hati dan perasaan ibu bapa kat aku selama, errr, sehari? Hahahaha, lawak la ek? Kesian la. Kepada sapa2 yang kurang sensitif perasaan mak ayah tu, bila dah kerja nanti, tak kirala dorang tu ada rumah banglo ka, kereta BMW ka, adalah tanggungjawab anak2 untuk menunjukkan sedikit tanda bahawa kita 'concern' pasal kebajikan mereka.

Anak Pak Hasan tu pulak, bukan kerja noreh getah ka, jual goreng pisang ka. Ada yang jadi Pengetua MRSM lagi. Ada yang selalu pergi kursus luar negara. Tapi ayah kerja guard, mak keja sapu sampah? Tolongla. Waktu tua adalah waktu mak ayah kita rehat dan lapangkan fikiran. Sebab tu la penat2 dia bagi ko sekolah. Supaya ko boleh tolong ringankan beban dia. Ni tak, dah tua ko baling cucu suruh dia jaga sampai 3-4 orang. ko senang2 ja goyang kaki. Dah penat dia cuci kencing ko kecik2 dulu, tua2 camni pun nak suruh buat benda yang sama lagi? Nursery ada, bayar la!

Minta mahap, sedikit emosional. Aku sangat tak boleh terima anak2 yang lupa mak ayah ataupun kurang sensitif. Jangan tanya mak ayah ko dengan soalan bodoh seperti "mak cukup duit tak? Tak cukup saya nak bagi". Sapa la yang bijak sangat nak cakap dia takdak duit kat anak dia. Itu tanggungjawab, bukannya derma. Masa ko kecik2 dulu ada mak ko tanya "Leman lapar ka? kalau tak lapar mak tak payah bagi makan la."

Mak aku cakap, ibu bapa sememangnya tak kisah anak2 dia hulur duit ka tak. Kalau dorang kerja bagus2 pun dah cukup. Tapi 'cara' tu yang penting. Beliau cakap lagi, anak2 umpama 'investment', kalau untung, alhamdulillah. Kalau tak, yang penting ibu bapa dah lakukan yang terbaik untuk jadikan anak2 dia seorang manusia. Fenomena sekarang, anak2 lelaki selalu utamakan isteri berbanding ibu sendiri. Agaknya berapa orang yang namakan aset dia atas nama ibu dia? Nama isteri banyak lah. *grin*

Layan orang macam mana anda nak orang layan anda. Kalau terasa nak pelempang anak ko yang melawan cakap, jangan buat perkara yang sama.

May Allah bless us and our family and give us the happiness we need.

We humans have mind to think. Use it wisely. World definitely needs more thinkers.

20 comments:

  1. erm...dlm yg tersurat..dlm jugak yg tersirat.. selamat kite berlajar cari duit sendiri

    ReplyDelete
  2. "Layan orang macam mana anda nak orang layan anda. Kalau terasa nak pelempang anak ko yang melawan cakap, jangan buat perkara yang sama."

    I like it. Thanks for giving me such sentence that is "really there."

    ReplyDelete
  3. FRAMESTONE : yah, slamat belajar =D

    POK DENG : dat's what my mom always said since i was a kid..baru sekarang terasa nak praktikkan..hihi..

    ReplyDelete
  4. Hah memang ader betulnya apa yang kau tulis ni...sokong juge.

    Kalau nak insaf lagi, pandai2 lar tgk tv3 setiap hari sabtu tu, banyak cerita pasal perihal manusia..insap thoo

    ReplyDelete
  5. "dat's what my mom always says" <-- mcm dialog iklan mcD euro sja..

    p/s: yg dlm iklan tu kezen aku!! hahaha!!

    ReplyDelete
  6. x sangka org hebat mcm anak pak hasan tuh kedekut ngan mak pak dia...sabaq jer la...huhu

    ReplyDelete
  7. MYRA : yg fomfuan tu ka? amoihhh, nak enterframe gak!

    WAWA : nak jadi tradisi benda tu, manusia bila besar suka lupa daratan..dorang ni bukan kedekut, cuma kurang sensitif..

    ReplyDelete
  8. ABAH : oh, hari sabtu? pukul 10 malam tv3 ka?

    ..ban sbb ada fasha sandha last week, haha..

    ReplyDelete
  9. kes 1 : ish3 ... sapa la pegawai pusat zakat tu ... rasa2nya dah lama telinga dia xkena tokak

    kes 2 : aku pon cukup xsuka dgn orang2 yg mudah lupakan mak pak depa ... at least ingatla yg depa tu still berhutang nyawa dgn mak pak depa ... hutang WAJIB dibayar walau dgn apa skalipon ... jadi ingat la adik2 skalian ... gosok gigi sebelom tidor * apa kes plak ni?

    ReplyDelete
  10. sungguh harsh kate2 org pusat zakat tu...cube kne kt die balik...tak terkate...

    ReplyDelete
  11. cop3x!! kak esah pon x minat fasha sandha gaks!! ahakss!!

    ReplyDelete
  12. aku xsuka gk fasha sndha!!!
    hahahaa...

    aku sedey laa bc kisah2 msyrkt skrg neh..
    hrp2 im not and will not be one of them

    ReplyDelete
  13. thx kerana kongsikan 2 cerita yg sgt berfaedah ni =).

    ReplyDelete
  14. mari ban fasha sandha ramai2!!

    haha, takdak keja..aikk irfan, aku ingat semua laki suka beliau..

    ReplyDelete
  15. "Layan orang macam mana anda nak orang layan anda"

    aku suka ayat ko kat atas ni...
    aku sangat jarang nampak orang aplikasikan ayat kat atas...

    ReplyDelete
  16. kalau tak bagi mak ayah duit pon bulan ni, bulan depan kasi double owh...hehehe

    teruk tol pejabat zakat tuh,
    kbykkan pejabat zakat camtu lah..teruk tol..

    ReplyDelete
  17. salam.

    maaf. sy bukan nak bangkang niat baik anda tapi terdapat sedikit kepincangan dalam syarahan anda ya.


    Hujah: "anak2 umpama 'investment', kalau untung, alhamdulillah. Kalau tak, yang penting ibu bapa dah lakukan yang terbaik untuk jadikan anak2 dia seorang manusia"

    Huraian: Point yang telah anda keluarkan adalah tepat, adil dan saksama. Tetapi suka saya ingatkan kepada anda dan juga kpd diri sndiri bahawa NIAT memainkan peranan penting dalam apa saja yg kita lakukan seharian. Apakah 'NIAT' sebenar kita apabila menghasilkan zuriat? sudah tentulah untuk meneruskan perjuangan serta memartabatkan Islam. Kata "tanggungjawab anak untuk memberikan kesenangan kpd ibu bapa setelah anak2 bekerja" adalah BONUS semata2.
    Tapi saya x kata kamu salah ok?

    manakala isu "anak2 lelaki selalu utamakan isteri berbanding ibu sendiri. Agaknya berapa orang yang namakan aset dia atas nama ibu dia?"

    haa. ini memang hasil dari kurang didikan agama. Disini saya ada hujah untuk menyokong premis anda dan suka saya ingatkn juga kpd diri saya serta pembaca LELAKI lain akan
    'keutamaan seorg lelaki setelah bergelar SUAMI'
    1) Allah swt
    2) Rasulullah saw
    3) IBU
    4) AYAH
    5) Ibu Mertua
    6) Ayah Mertua
    7) ISTERI


    *peace*
    selamat study di tempat baru. hohoho

    ReplyDelete
  18. fenomena bodoh, anak-anak lupa jasa mak bapak.
    neraka jahanam lah tempat mereka ni.
    mari kita sama-sama berdoa agar kita tak jadi macam tu, tak terlibat dgn org mcm tue.

    btw, hujah en. azeem sungguh tepat!

    ReplyDelete

hai!~