Thursday, November 17, 2011

Praktikal Prostho Saya Petang Ini.

Salam :)

Macam mana semorang hari ni? Happy tak? Meowww *tibatiba* Bagi Supermiyn, hari ni bermula dengan baik-baik saja.

Petang tadi kitorang praktikal Prosthodontics. Harini kelas last untuk Block ni. Next week dah mula exam untuk Block 1. Nervous. Dan disebabkan last kelas, maka harini kena combine dengan Batch A, so dalam kelas tu ada 49 orang instead of 24. Kitorang sebenarnya tertinggal jauh dari jadual yang sepatutnya. Kalau diikutkan, kitorang patut dah siap susun gigi tapi ramai orang baru nak buat occlusal rim/articulation.

Sorry kalau aku terguna istilah yang korang tak faham. Aku try untuk terangkan yerp?

Occlusal rim : Daripada sehelai wax sheet empat segi warna merah, kita lipat dan cairkan dia mengikut bentuk U-shape (bentuk mulut kita). Total masa aku buat : 10 jam.



Articulation : Lepas kita dah 'seal' kan kedua-dua occlusal rim atas dan bawah , kita letak atas 'articulator' ni dan simenkan dia dekat posisi yang tepat. Untuk ni, kita guna Plaster of Paris yang dibancuh warna putih tu. Total masa aku buat : 4 jam.

So, kelas hari ni agak stressful bagi aku sebab aku aim nak siapkan articulation atas dan bawah. Last kelas, aku dah siapkan yang atas. Tapi tiba-tiba masa aku check balik tadi, rupanya aku articulate tak betul. Kena repeat :( Dan simen tu still lagi lembab sebab aku simpan dalam loker. Jadi aku tak boleh la nak pecahkan dengan sekali hempuk je. Dengan toeknya aku kikis pelan-pelan guna plaster knife macam orang yang sangat kasihan.

Kasihan satu : Plaster berterabur atas meja. Semak. Aku tak tahan semak-semak. Sakit jiwa. Dan aku pakai baju hitam.

Kasihan dua : Susah nyeeee mahu kikis sebab dia separuh keras separuh lembik. Dalam 15 minit, baru keluar sikit. Pressure dah naik, maka aku tambah force. Aku tukar posisi pisau ikut sukahati aku dan hampir tercocok dalam tapak tangan. Istighfar kejap. Ada lubang. Takde darah. Alhamdulillah. Tarik nafas Miynnnn.

Kasihan tiga : Batch A ramai sudah articulate!

Kasihan empat : Cikgu cuma ada seorang. Lagi seorang yang bertindak untuk mengawal suasana sudah beberapa kali tidak hadir. Yang seorang yang ada ini, sebolehnya aku taknak tunjuk kat beliau sebab dia agak, unpredictable. Tips untuk berjaya dalam praktikal : jangan tunjuk kat banyak2 cikgu, sebab pendapat dorang berbeza.

Ok fine, so aku bancuh plaster lagi sekali. Bila aku articulate, takboleh nak rapatkan la pulak! Plaster pulak dah set/keras. Grrrrrr, nak tunggu dia keras betul-betul? Pecahkan lagi sekali? Memang tak la. Lalu aku ulang kikis plaster yang lembab tu lagi sekali sambil menangis dalam hati.

Ya Allah, bantulah aku..

Oh lupa nak tambah kasihan lima. Sink dalam lab baru tu ada kat setiap meja. Tapi yang ada plaster trap cuma seketoi, iaitu di hujung dunia sana. Memang menambah kekejangan otot bila kena beratur dan share seketoi sink dengan 48 orang lain.

Tapi Alhamdulillah, bila kelas habis, aku berjaya jugak articulate :) Comot dan bergerigi di sana sini, takpela nanti lepas block aku cantik kan la balik :)


* * *

Prosthodontics tak pernah senang. Since dari 1st year lagi, Tuhan je tau betapa penatnya kami everytime habis kelas. Kalau salah, kena repeat. Kalau part lain dah betul, part lain cacat sikit : REPEAT! Dah siap semua, tiba-tiba jatuh dan pecah : REPEAT! Tengah-tengah cairkan wax, tiba-tiba dia meleleh dekat tangan. Nice, parut seketul. Habislah, kurang nilai sebanyak seribu. Oktipu.



Pernah rasa nak give up? MESTI. Tapi bila dah masuk 2nd year ni, nak tak nak kena belajar mana nak cari sumber kekuatan sendiri. Givap cuma sembunyik dalam hati.

Ada masa-masa rasa nak nangis. Balik tu rasa macam nak tido sampai esok. Penatnya nak positifkan diri sendiri. Tapi, takleh la nak komplen sangat. Jangan asyik cakap benci ke, taknak buat dah ke, malas ke, sebab nak taknak kena buat jugak kan?

Azam Block 2 : aku mahu carik keseronokkan menyusun gigi walau betapa susah sekalipun. Kena buat banyak lagi sayang oi, ni baru yang kedua. Jauh lagi perjalanan tuuuuu. Kena belajar buat laju-laju dan maintainkan nilai estetik, Fuhhhh. Mencabar. Dr Arun selalu pesan, you should make friends with these 2 things ; the plaster and the wax. InsyaAllah. Akan ku goda kamu berdua, nyet!

For now, aku tak nampak diri aku dalam bidang ni. Kepada makcik makcik dan pakcik pakcik yang nak gigi palsu secara free, sorry la saya mungkin tak mampu nak nolong :P Nasihat saya minumlah shushu banyak-banyak dan jagala gigi bagai menatang minyak yang penuh, HE HE HE.


Tadaaaa! Ini first set yang aku buat since last year. Buruk kan? Takpeeeee, nanti sayee buat yang shiny shiny saya tunjuk ke awak okay?

Doakan untuk next week :D

No comments:

Post a Comment

hai!~