Titik Satu. Saya suka menonton video perkahwinan. Baju yang lawa dan muka pengantin yang superbahagia semacam membagi saya suatu perasaan yang kononnya tumpang gembira sekali ceywah!
Titik Dua. Maknusia berbakat besar seperti Tyler Ward dan Samuel Tsui serta Paul Schawel tolonglah takpayah jadi femes. Saya ada tabiat taksuka orang femes-femes. Nanti bila dia dah femes akan rasa macam "aaaaaaaa kena berebut dgn orang lain" :((
Titik Tiga. Saya jahat. Saya suka sikit-sikit suara Rachel dalam Glee tapi takboleh betul la tengok expression dia.
Titik Empat. Selain itu, saya jugak suka menonton So You Think You Can Dance. Rasa menarik kan bila semua emosi diluahkan melalui kegolekkan badan?
Titik Lima. Menahan diri dari shopping ialah antara benda terpaling susah dalam dunia. Tapi kalau berjaya, rasa macam baru lepas makan Dominos baqheanggg!!
Titik Enam. Saya rasa kalau ditakdirkan Tuhan saya berjaya jadi seorang doktor gigi nanti, jari-jari saya takkan jadi cantik dah :(
Titik Tujuh. Kebolehan memasak semacam menjadi sesuatu yang dibanggakan pulak. Banyak kali dah saya pesan, kalau nak cerita tapi taknak bagi sikit JANGAN CERITA TERUS! Tapi memang pun. Siapa tak bangga bila berjaya melelehkan air liur orang lain? WA KA KAW! Saya nak melelehkan air liur awak satu hari nanti. *ok geli*
Titik Lapan. Taksuka la SamuelTsui ni pergi buat videoclip letak perempuan yang bukan co-singer pastu pegang-pegang tangan. Cemburuuuuunyaaaaaaaa. HE HE HE menyampah tak?
Titik Sembilan. Hairan tak, kenapa perempuan selalu berlagak hebat dan kuat tapi bila mai tang nak bukak pintu contohnya, buat-buat tak reti nak suruh lelaki jugak bukakkan?
Titik Sepuluh . Hairan tak, kenapa saya rasa adalah nature lelaki untuk berkelakuan gentleman dan menolong membukakkan pintu untuk perempuan? Sebab tu bila lelaki lain boleh buat dan awak tak boleh, saya rasa awak abnormal.
Titik Sebelas. Mak mak tolonglah jangan menanamkan pemikiran "alaaaa, dia lelaki biarlah dia tak basuh pinggan. biarlah dia tak sidai baju. biarlah dia semakkan bilik dia. dia lelakiiiii." PLEASE LA. Dia pun maknusia perlu belajar cara hidup dan menguruskan diri sebagai seorang maknusia.
Titik Dua Belas. Saya sedar dan percaya bahawa ciri-ciri fizikal seorang lelaki yang penting bagi saya hanyalah berambut hitam, bermata hitam bercahaya, bertinggi lebih dari saya dan bermuka Asia. Maka kita dapat simpulkan bahawa saya tidak high taste seperti yg digembargemburkan Alya Ijlaili.
Titik Tiga Belas. Tiba-tiba rasa menyesal pergi mendedahkan SamuelTsui di sini. Mesti ada pembaca wanita yang baca ni pastu terus pergi YouTube. Alaaa jangan minat dia please.
Titik Empat Belas. Saya rasa Cikgu Snigdha boleh membuatkan saya tak tumpukan perhatian dalam kelas. Haaaaa, siapa kata saya hanya tahu menghargai kekacakan lelaki? Saya juga reti menilai kecantikan wanita tahu!
Titik Lima Belas. Ada seorang kawan yang baik yang membagitahu saya bahawa perempuan jangan terlalu kelihatan lemah. Jangan semua benda pun "alaaaa taktau laaa, alaaaaa takreti laaa, alaaaa takut laaaaa." Kita kena kuat seperti Incredible Hulk!
Titik Enam Belas. ....Tapi saya selalu buat-buat taktau apa-apa bila saya dengan Fatin. Sebab nanti Fatin buat-buat caring. Perempuan memang suka bila di'caring'kan. Saya doakan Fatin berjodoh dengan orang baik-baik, aminnn.
Titik Tujuh Belas. Terjumpa satu lagi penyanyi berbakat Asia. Nama beliau David Choi. Muka cina mata sepet tapi nyanyi lagu Ingelis.
Titik Lapan Belas. Sungha Jung juga saya suka. Dia main lagu Titanic buat saya seperti mahu melelehkan ayaq mata.
Titik Sembilan Belas. Saya nak mengaku. Saya ada minat beberapa orang lelaki. Tapi bila saya terbaca gelagat perbualan mereka dengan girlfriend mereka seperti "abang rindu dekat b ala bucuk bucuk" .. "eii sayang ni mengada tau, bwekkk!" dan apatah lagi itu berlaku di laman web sosial pula tu, terus rasa macam, ???? &&&& ***** $$$$ ????
Titik Dua Puluh. Sori saya teramek sibuk kisah hal orang pula. Tapi terimakasih terus hilang perasaan minat tu.
Titik Dua Puluh Satu. EH DAH DUA PULUH SATU???
Titik Dua Puluh Dua. Hipotesis baru. Kita akan menjadi seperti mak-mak kita as we grow up. Macam saya ; garang, takmau ikut apa lelaki cakap, perasan superior, berlagak kuat dan suka bercekak pinggang. Tapi saya heran kenapa saya tak reti masak.
Titik Dua Puluh Tiga. Saya rasa saya patut tido sekarang.
BYE. Terimakasih sebab membaca blog takda motif ni lagi2 sebab byk sgt ckp pasal muzik :)
No comments:
Post a Comment
hai!~