Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Salam.

HAI !

Alhamdulillah, minggu ni habis dengan sangat sukaria sekali. Sebab apa? Sebab saya suka!

Sebab pertama saya suka : Block 1 sudah habis. Bermakna sudah 2 bulan saya kat sini. Wow! Kejap je kan? Dan boleh berehat dari practical kejap. Ohhh, baru teringat practical Preclinical Prosthodontics belum habis, impression compound asyik buat hal dan asyik perlu bermain merendam-rendam dengan air panas. Juga boleh berehat dari menonton kepala orang yang sudah lunyai dan basah dan sejuk. Haritu saya perlu mengangkat tangan seorang cadaver pastu saya rasa macam mahu menangis sebab... saya takut.

Mungkin sebab tu Allah takdirkan saya ambil Dentistry saja.

Sebab kedua saya suka : Kelas minggu ni cuma 2 hari. Dan lecturers tiba-tiba cakap babai, farewell apa semua membuatkan saya rasa macam dah habis first year pulak la kan. Ye la, nanti saya tidak akan berjumpa dah dengan segelintir mereka. Saya sangat suka lecturer Biochem yang bernama Dr Chandrika. Serius saya tak pernah enjoy Biochem macam dalam kelas dia. Ada sekali kami perlu mendengar lecture selama 4 jam berterusan sebab mengganti kelas tapi amazingly Supermiyn yang suka mengantok, tiba-tiba fresh and awake!

Dan paling menarik ialah beliau seorang lecturer wanita :) kalau awak tau maksud tersirat. hahahahahaha miyn dah baiklaaaa okay, tak nakal dah *kenyit*

Sebab ketiga saya suka : Minggu ni minggu berpuasa. Rasa nyaman. Kurang cakap. Kurang gosip. Kurang gelak ketawa. Perlu behave. Dan harapnya bila tak puasa juga akan boleh behave seperti itu.

Sebab keempat saya suka : Saya tumpang gembira untuk Nabilah sebab cast di kaki beliau sudah dibuka. Thank God. Dia dah boleh berjalan sendiri. Walaupun sakit, tapi saya tau dia seronok sebab tak perlu bergantung dekat orang, dan boleh ke sana ke mari bebas berlari oh cantiknya pelangi. Ok mengarut. Harap-harap kaki beliau cepat sembuh boleh main lompat-lompat pulak, haha.

Sebab kelima saya suka : Harini kami sekelas berpuasa 9 Zulhijjah. Dan kami membuka puasa sekali. Untuk pertama kali, semua 20 orang BDS Muslim girls ada. Farah teringin makan kat Manipal Canteen jadi kita pergila sebab nanti dia teringin sampai termimpi-mimpi pulak kan. Pastu ada sorang kawan India kitorang datang. Dia cakap "ehh Umno people, how can you make everyone comes?" (yeah dia suka refer melayu as umno, india as MIC, hehe). Seronok sebenarnya, sebab susahhhh sangat nak gather ramai-ramai sebab semua duduk block lain-lain.


Ada satu sebab saya tak suka pasal minggu ni. Sejak semalam, saya call restoran mana-mana pun, semua tak angkat. Semalam teringin burger Prax, jadi saya call la. Dah dekat 50 kali rasanya, last-last saya givap. Saya call Ping (tengok, dia dpt je call aku), mintak tolong orderkan padahal Ping jauh di Greenwood sana. Pastu tadi masa call Manipal Canteen nak book tempat jugak tiada boleh. Call dari pukul 12 tgh hari sampai 2 petang juga tiada dapat la lalu saya mengambil phone Myra dan mendail. ANGKAT PULAK KAU! Pada pukul petang, saya call lagi nak tolong orderkan makanan budak-budak ni. Saya call sambil berus gigi, sambil cuci muka, sambil lipat selimut tiada juga berjawab maka saya memborrow talipon rumet saya. Dan poooooof! Terus dengar "hello, manipal canteen.."

Terus rasa nak nangis.


Sebab keenam saya suka : Esok Hari Raya Korban. Selamat Hari Raya semua! Hati tenang dengar takbir raya dan tak sabar nak dengar secara live esok, InsyaAllah. Tak sabar nak gather ramai-ramai sebab saya suka gatherings hoyeah!

Sebab ketujuh saya suka : Block exam Anatomy ialah Sabtu ni. Hoh! Takla suka tapi buat-buat la suka kan. Kita kena positive, tak gitu?

Oleh itu, maafkan saya kalau ada terkasar bahasa. Doakan saya sempena block exam ni, semoga Allah permudahkan, amiiinn.

No comments:

Post a Comment

hai!~