Salam.
HAI !
Ok semua sihat? Harapnya sihat lah. Hari ini merupakan hari yang sangat sejuk bagi saya, entah kenapa aku pun taktau. Menggigil je sepanjang hari.
Harini saya ada viva Anatomy dan test Dental Materials, maka malam semalam lepas Maghrib terus saya tido pastu bangun pukul 11.30 malam, pastu study sampaila sekarang tak tido-tido lagi. Hebat kan? Dan saya mendapati cara itu ialah effective bagi saya sebab lepas Maghrib saya berasa sangat menantok dan tidak boleh study jadi baik saya tido. Saya kurang percaya kepada konsep study teruk-teruk tido lambat pastu menantok dalam kelas.
Dulu saya percaya. Sebab tu dari saya Tingkatan 1 sampai saya khatam IB, semua tau kegemaran saya ialah tidur dalam kelas. Tapi sekarang kelas sangat besar, kalau tido nanti kantoi pastu cikgu marah pastu malu. Jadi saya insaf.
Sila ucap tahniah kepada Miyn.
Semalam saya pergi ke Anatomy Museum buat terpertama kali. Dengar kata museum ini ialah museum terhebat di dunia? Ke kat Asia? Entahla saya tidak pasti tapi bagi saya biasa je. Bangunan tak cantik, sempit dan bosan.
Tapi tapi tapiiiii, haaaaaa pernah mendengar tak "dont judge a book by its cover?" Idiom itu sesuai digunakan untuk museum ini. Sebab apa yang saya lihat ialah amazing! Saya pergi dengan tujuan nak belajar Head&Neck pastu terjumpa pelbagai macam jenis kepala!
Kegemaran saya ialah satu kepala yang dibelah dua. Sebelah dalam satu balang. Boleh nampak betapa sharp-nya dorang belah kepala tu, betul-betul terbelah dekat Cental Incisor (gigi tengah). Ada rambut kaler brown. Sekali tengok macam budak lelaki yang agak kachak. Fuhhhh~
Tapi perasaan kesian lagi banyak. Sebab banyak baby2 pun termasuk dalam balang. Entah. Rasa kesian.
Tadi masa tengah tunggu turn nak viva, saya nampak Prof tua yang sangat cool tu tengah gergaji kepala. Ya Allah, serius takut. Pastu dia amek tukul dia ketuk tengkorak tu nak bagi keluar. Ngee!
Ok cukup pasal proses membelah mayat.
Minggu ni penuh dengan viva dan class test, hari-hari pun ada. Takpernah tau akan ada banyak test macam ni. Fikri-fikir balik, saya taktau saya lebih suka buat kerja banyak-banyak macam zaman IB ke, ataupun study banyak-banyak macam sekarang ni.
Dulu masa orang cakap budak BDS lagi bizi dari budak Medic, saya tak percaya. Sekarang, hmmmphhh! Hari-hari berjaga malam. Hari-hari telan nescafe walaupun takda effect. Hari-hari bangun sejam awal sebab nak baca buku. Sapa sangka saya akan buat semua ni?
Tapi, saya sangat suka dengan course ni, serius! So no regret at all. Since mak pun dah berada dalam keadaan baik, homesick pun sudah hilang lalu boleh belajar dengan tenang. Alhamdulillah~
Ada lagi 4 hari yang penuh dengan tests. Tolong doa okay :)
No comments:
Post a Comment
hai!~