Wuah! Macam agak lamalah kan aku tak buat entri baru. Entahla kenapakah, lately rasa macam sangat takde tenaga. Nak tido pun takde tenaga, bangun tido lagila takde tenaga. Malas malas malas! Nak pegi kelas pun malas. Lagi-lagi bila kena menyah-kedut baju kurung. Malas nak bawak keluar iron. Malas nak bukak iron board. Malas nak kemas buku. Malas malas malas!
Sekarang ni fenomena demam cumel-cumel maken menular kat kolej aku. Bila seseorang mendapat demam, dia akan membatuk ohokkk ohokkkk, pastu suara akan jadi penyet disebabkan kesakitan tekak yang lemah-lemah. Pastu akan bersin hachuuumm hachuumm membuatkan aku rasa demam tu sangat cumellah kan kan?
Bila dia pegi klinik, kadang-kadang doktor akan bagi arahan suruh beliau dipenjarakan di apartmen 101 ataupun cekgu Ikhwan cakap, APARTMENT IKHWAN, he he he. Bunyik gempaklah kan, apartment. Tapi sebab nama dia apartment lah banyak orang yang sakit semua tanak pegi klinik sebab tanak terkurung dalam apartment tu macam banduan. Kawan-kawan aku pun adala beberapa kerat yang demam cumel-cumel, penat kotttt pujuk, tolonggla pegi klinikkk nanti kau jangkitkan dekat orang lain macam mana? Tapi dia still cakap taknaaakkk taknaaakkk. Last-last pegi, terus kena kuarantin. Kan dah susah.
Alhamdulillah, walaupun imune sistem aku tak kuat dari kecik, tapi alhamdulillah lagi sekali, aku tak sakit walaupun sesema kiyut-kiyut. Sangat amazing bagi aku. Dan sebab tu aku sangat bersyukur.
Kat sini dah ada 4 orang positif H1N1, tapi kolej masih beroperasi macam takde apa-apa jadi. Cekgu masih masuk kelas. Student masih kena pegi kelas pukul 8 pagi. Dan makcik DS pun masih garang macam biasa. Tapi takpela, aku suka macam ni. Cool je, hidup macam biasa selagi mampu, kan kan?
Sekarang pun dah kena pakai mask tiap kali pegi kelas. Rimasssss kot, lagi-lagi bila pakai tudung kan. Kalau telupa bubuh sebelum bubuh tudung, nanti dah taktau nak pakai macam mana sebab telinga ialah berada di dalam tudung kan kan. Pulak tu susah nak bernafas. Susah nak bercakap. Susah nak bermain senyum-senyum sebab orang tak nampak kau senyum ke tak. Ho ho ho. Tapi bila pakai mask ni aku dah percaya bahawa dari mata memang boleh turun ke hati. Sebab sekarang ni kena belajar memahami bahasa mata dan mata sememangnya mempunyai bahasa yang sangat hebat ha ha ha omaigod apa yang aku cakap niiii...
Yeyyy! Esok dah boley keluar membeli barang. Finally, kuarantin sudah tidak ada.
Okla then, just berdoa semoga kitorang selamat dari malapetaka ni. To seniors yang dah nak fly, u've got my prayers. Jaga diri baek-baek jangan buas-buas. Some of u may be deeply missed.
No comments:
Post a Comment
hai!~