Tuesday, July 21, 2009

Semua orang sila sebut, AMIIINNN~

Salam.

Hai. Saya ada satu khabar gembira. Khabar yang mungkin ditunggu-tunggu oleh mak mak yang mempunyai anak yang kerap terkinja-kinja seperti saya. Dan khabar yang dinanti-nanti oleh para ayah-ayah yang memiliki anak gadis yang suka memintak beliau supaya memasukkan duet semata-mata untuk merasai nikmat kelazatan seketul pizza.

Khabar ini sememangnya saya sendiri pun ternanti-nanti. Saya sendiri pun tak sangka-sangka akan terjadi. Adakah aku sedang bermimpi? Adakah aku sedang berfantasi? Kau, cubet saya peliss.. Ye ye, saya tau bunyiknya seperti menariklah kan kan? Wekk, tak sakit pun~

Sila amek perhatian bahawa hal ini berlaku dengan tidak sengaja. Saya tak pernah mintak jadi begini sobbss sobsss. Ianya berlaku secara tiba-tiba omaigod. Secara kali pertama ehemm ehemm. Dan menyebabkan saya jadi sawan untuk beberapa minit malam tadi.

Ok, beberapa jam ekceli. He he he.

Sebenarnya, saya taknak hal tersebut berlaku. Ianya akan membuatkan saya kelihatan lemah! Menyebabkan saya tidak lagi kelihatan tough! Keperkasaan saya bakal hilang! Musnah ditelan dan berlalu pergi menderu-deru seperti air longkang busuk rumah sebelah KMS ni. (saya harap dia akan panggey kami untuk membuat CAS mencuci longkang. Oleh sebab saya dan rakan-rakan telah memiliki sifat-sifat IB students yg jati setelah 2semester lebih mengambek kos yang hebat ni, kami tidak kesah menjadi pemurah bermandi lumpur dan memerah keringat membasoh longkang secara tidak berkira. Bayarannya simple saja : saya nak pijak anjing beliau sampai mati dan mengganti dengan ikan emas yang tidak mengeluarkan sebarang bunyik pada waktu malam. Sekian terima kasih.)

Ok, sebenarnya saya nak cakap saya suka seorang jejaka yang kurang perkasa. Jangan tanya di mana saya menjumpak beliau. Saya tamau jawab. Ho ho ho.

Sila beri sokongan moral. Dan doakan kebahagiaan kami sehingga ke habis IB. HA HA HA.

No comments:

Post a Comment

hai!~