Saya tapaham kenapakah orang suka membuat watak utama mati di akhir cerita. Sikit sikit mati. Sikit sikit mati. Adakah mati itu membuatkan beliau kelihatan lebih hensem? Takpun nak buat orang cakap "alamaaaak, hero da mati laa. Kesian la diaa." Takpun, something like this "HAA TU LA DEGIL LAGI KAN DAH MATI SAPA SURUH JAHAT SANGAT MASA MUDA TAK RETI NAK TOBAT NI DA MATI NAK BUAT APA LAGI PADAN MUKA." Pastu seluruh warga penonton cerita tu akan bertepuk tangan sebab orang jahat dah takde. Takpun nanges leleh leleh keluar hingus hijau sebab si baek dah takde nak menyelamatkan dunia dari kejahatan. Camtu ke?
Sama jugak macam novel Okonkwo yang aku belajar kat kolej nu. Eyy, tau tak Okonkwo tu apakah? Owhhh, dia bukan sejeneh kopi 'O' maupun teh 'O' yang aku sangat suka tu sampaikan hari-hari minum pun boley pastu amek peket tu letak atas mata malam2 dengan alasan nak buang eye-bag tapi hampess tak bekesan pun. (sapa dah taklarat nak jadi manusia terasa macam nak jadi kungfu panda bermata kacak dengan marilah sama2 saya mengambil IB diploma gerenti mendapat serupa itu he he he). Ok tak lawak pun.
Ekceli aku cuma nak cakap Okonkwo tu seorang hero Afrika zaman dulu-dulu. Masa belaja aku sangat merasa dia tu mesti tough mempunyai muscle berketul-ketul macam Mr. Malaysia tapi takla geli berbonjol-bonjol pastu satu minyak sapi satu badan. Pastu Okonkwo tu mesti kacak tak bekedut walaupun anak dah 9 sebab dalam novel tu cakap macam beliau itu sangatlah hebat ramai orang bekenan nak buat asben. Sekali aku tengok muviee dia kat youtube. Makkkkkkkkk oiiiii. Badan dia BEROYOT-BOYOT pastu BESAR MACAM BURGER SPECIAL dan jalan ke sana ke mari macam orang tak cukup zat makanan. Korang ni, nak amek pelakon pun carikla yang berjenih sikit. Takpun amek ja aku yang gagah perkasa ni he he he. Tapi tenkiu ja la sebab aku taknaklah anak sampai semilannn nanti bising sangat pastu habes mati kena makan penamporr dengan aku.
Okonkwo tu pun mati jugak last skali. Sheeeeee, suka buat dramatik nak bagi orang nanges. Naseb baek novel tu bahasa pelik sikit so aku baca serupa macam baca katalog jual perabot Courts Mammoth yang asyik sampai kat rumah aku macam bajet ja ada orang nak beli kan..last-last masuk tongsampah jugak. Apala naseb ko kertas.
Oh ya tadi melihat drama Melayu di TV3. Motif : sebab aku tertengok bahawa hero dia ialah merupakan lelaki yang dalam cerita Ghost kat 8tv tu. Owwww ai very laikk the ghost u know. Dahla hantu dia gothic habes. Tak hensem pun takpelah kan. Yang penting mesti sapot kaum sendiri! (erk?) Perhatian : hantu tu seorang female ok.
Tapi tu bukan sebab utama. Mari menggunakan 'saya' kembali agar kelihatan sopan! *sambil pegi tuka pakai baju kurung pastu sengih tutup mulut beserta tangan sekali sebab tanak bagi nampak cabai di celah gigi*
Haaaa, saya ternampak si kacak Talentime dalam cerita tu. Perghhhhh, hensem la auwww teruja ai. Beliau ialah Ka Hoe lah. Si hensem kedua jugak ada iaitu Indian kedua hensem lepas Sak Ruk Khan; Mahesh Jugal Kishore. Terus saya melihat walaupun saya siries takpaham cerita tu pasal apa. Sebabnya saya mau tengok Ka Hoe tu ja. Walaupun ya ya ya saya tau dia tu budak Form 4 ke Form 5 entah lantaklah tapi saya nak suka dia jugak. Ko bagi aku sejuta suruh suka Jay Chou ke Jackie Changg ke Chow Yun Fatt ke instead of Ka Hoe pun aku tanak. Dengan muka innocent beliau ditambah dengan cakap Melayu beterabur bunyik comel pulak tu sapala tak sukaaa mak oi. HI HI HI. *apa yu tak paham ke ai mmg minat chinese-look haaa? tolonglah Ummi carik laki bermuka Cina seketoi sebagai menantu pelisss~*
Beliau jugak ialah faktor utama saya sanggup mencurik suratkabar dari PSP. Sapa suruh posing kat front page dengan sangat kacak sekali? Kan dah tergugat kepercayaan dan keamanahan aku lalu terus mengkoyak paper itu lalu sembunyik dalam buku nota Fizik. Haaa, tu lagi satu. Cikgu suruh buat research tapi saya pergi mencarik paper yang mengandungi gosip artis murahan terkini. Bukankah itu tujuan gosip dibuat? Untuk menggembirakan hati pembaca sekalian. Soal muka tak malu membuka pekung hal rumahtangga tolak tepi dulu yang penting ai buley cerita apa jadi kat dapur umah ai bagi yu oll tau okayyyy. Semalam ai masak kari. Hari ni ai masak kuah kicap. Esok pulak bakal memasak sambal tempoyak wow mesti asben ai suka!!. Bukankah begitu? Heeee, saya yang baca pun malu tatau nak letak bulu kening kat mana. Tapi naseb baek ada Ka Hoe yang tidak bercerita tentang gosip murahan. Malah mencomelkan hati saya pulak pada hari yang sangat penat stadi itu. *sengih sengih kiyut*
Sekian, terima kasih kerana membaca.