Tapi apapun terima kasih Mak sebab pinjamkan saya broadband nih. Laptop Mak cun betoi. Kaler putih seksi lagi menggoda menyebabkan saya berat nak angkat ponggong balek bilik sendiri. Mak, mak, balek nanti jangan lupa belikan makanan ye Mak?
HA HA HA. (tahniah syasya sebab dilantik menjadi mak angkat Miyn. Betuah betul dpt anak angkat comel mcm ni kaann? Tapayah jadi penduduk Kg Bayai pun. KAH KAH KAH lagi skali)
Tengoklah betapa bahagianya hidup budak2 IB KMS. Sapa kata IB ni tabesss ha haa? Gi gantung diri sendiri cepat!
* * *
Result exam tidak bagus ye, sila ambil perhatian. Miyn semester ni tolong jangan menggedik sakan seperti sem lepas. Miyn semester ni jugak tolong jangan bermain mata dengan pakcik PSP dengan alasan takde duit nak bayar buku pinjam yang telah terpinjam selama dua minggu. Miyn semester ni jugak lagilah jangan mengada-ngada tido tebongkang lepas Isyak pastu esok Subuh baru nak bangun. Paling penting, jangan terlalu obses dengan Facebook.
Tadi telah diperli oleh Teacher Ju comel di dalam kelas. Kitorang berkedai kopi pasal hari akademik yang akan datang nanti (entah mcm mana buley terkeluar topik ni pun aku taktau laa). Pastu saya cakap saya tanak bawak mak bapak, nak bawak kakak buley tak? Pastu dia cakap, "bawak suami pun takpe, Miyn. Miyn kan suka jawab kuiz kawengg-kawengg kat Facebook~" (terus terbayang David Archuleta pakai kemeja semat2. Mesti comel dia datang KMS semata-mata nk tgk result wife dia kan kan? Auwwww!
Bercakap pasal result. Saya makin tak bijak lah sem lepas. Tapii tapii tapii, saya masih bersyukur. Itu rezeki Tuhan nak bagi jadi tak boley komplen. Terima ja dan usaha lagi. Dengar takkk? Usaha lagi. Usaha belajar rajen-rajen di samping itu mungkin boleh ada chann berjumpak shah Rukh Khan di India nanti. *tiba-tiba jantung berdegup kencang. Adakah ini cinta?*
Dem lah kenapa beliau perlu menjadi terlalu hensem?
Bercakap pasal bilek. Nampak gaya macam saya terpaksa bercerai talak tiga dengan bilik sekarang. Seorang manusia telah mengarahkan bahawa satu floor satu batch. Saya baru berangan nak membulik junior habes-habesan tapi nampaknya tidak kesampaian lah. Manusia tersebut nampaknya tidak menggunakan konsep empati. Beliau tidak faham apa rasanya pindah sana sini.Dan saya sendiri tak faham apa signifikan turun satu floor ke bawah padahal jarak cumalah sketoi tangga. Ada beza ke?
Tadi saya telah berjaya turun berat sebanyak setengah gantang lemak. Peluh pulak telah mencurah-curah sebanyak satu baldi. Penat tawu tak angkat barang turun naek tangga. Dahla banyak. Tu tak termasuk barang suami dan anak-anak lagi. HA HA HA. Ok, tu cubaan nak membuat lawak je. Jangan amek siries. Nanti Pakcik Amin marah.
Bilek bawah tu scary amat. Masa saya meletak kaki kat dalam, saya ternampak pekataan kat dinding. "Beware, Eda is watching you!"
Seram. Terus saya mencarik-carik manakah makcik Eda tu semunyik. Saya tengok bawah katil, takde. Celah kipas, takde. Bawah loker, takde. Gila. Mungkin dia telah mengalami mutasi lalu berubah menjadi sebuah penyangkut yang saya jumpak di belakang bilek tu, mungkin?
Sorila makcik Eda (mungkin jugak makcik penyangkut). Lainkali nak conteng bilek pun tolongla realistik sikit. Ni kolej ok, bukan zaman skolah. Nak conteng buatlah CAS, pegi buat mural kat sekolah mana-mana. Ni taaakkk, haishh. Terus membeli kertas lalu membalut bilek agar makcik Eda (mungkin makcik penyangkut) tidak lagi kelihatan.
Selamat tinggal sayangku bilek atas. Semoga kita akan berjumpak lagi. Selamat tinggal segala jenis menatang sial yang perut buncit kaki kecik tapi sengat sakit nak mampoy. Dan selamat tinggal juga toilet kesayanganku.
Hidup akan jadi disaster lepas ni kerana mendapat Myra Gemok sebagai jiran. HA HA HA. Oh myra i laff yu n your foood!
No comments:
Post a Comment
hai!~