Tuesday, August 7, 2012

Manipal. I hope this is the end.


Harini aku bukak puasa dengan Marina dan Dhati. Dekat Cafe Scirocco. Sebenarnya ni kali keempat berturut-turut aku berbukak kat sini, setiap kali dengan orang yang berbeza. Mungkin sebab suasana dia agak romantik dan tak terlalu 'ketempe-an', aku rasa tenang nak habiskan hari-hari terakhir aku kat situ.

Aku terharu dengan budak comel 2 orang ni. Sebab sanggup reply tweet aku masa aku buat muka tak malu ajak siapa-siapa nak berbukak dengan aku 7hb Ogos ni, sebab aku sorang :( Laju je diorang reply offer diri. Oh tak lupa lagi sorang, Amirah Ali. Ya Allah, tak terajak aku dia tadi..sorry :(

Lepas je Marina hantar aku kat Swarnagiri, aku naik lif. Tingkat 6. Aku bukak pintu rumah aku. Penuh dengan plastik sampah. Tempat lain semua kosong. Aku masuk bilik Fana. Kosong. Aku tutup pintu. Aku tengok bilik Myra. Kosong. Aku tutup pintu. Aku duduk atas katil. Blur. Ada satu masa aku sampai terlupa aku sorang dalam rumah tu. Terbayang-bayang pulak Fana keluar dari bilik dia dengan cara jalan yang aku dah hafal, pergi dapur curi makanan dari peti ais ataupun bancuh kopi.

Aku text F. "k taktau nak buat apa ni. tido boleh tak?" 

"I know how u feel. Selalu pun saya yang balik paling lambat. I'll go to each place, dan ingat balik apa yang berlaku kat situ. Tapi takpayahla buat, nanti nangis pulak."

Pukul 9.30. Jiran aku mesti dah balik. So, aku keluar, tepat-tepat dengan bunyi lif tingkat 6. Syafiq rupanya. Aku panggil dia, kasitau aku nak bagi something. Aku hulur duit untuk junior rumah aku nanti. Then aku masuk balik ambil extra food nak bagi kat rumah sebelah.

Muka budak ni baguih la. Senyum dia, macam excited gilaaa jumpak kita padahal memang tak kenal pun. Dia kata, kalau jadi apa-apa maila ketuk. Pastu dia suruh aku gi rumah batchmates perempuan dia kat bawah kalau takut. Aku cakap, takpela, aku nak bersentimental dengan rumah aku. Dia gelak. Aku terus masuk rumah.

Aku text sorang manusia yang banyak membantu aku dalam mendevelop pemikiran aku.

"Sorryla min. Kalau aku tak exam boleh aku sembang2 dengan ko."

Lepas tu aku keluar koridor. Aku tengok Medan Selera, lampu-lampu setiap apartment yang aku boleh nampak. Ya Allah sebaknya. Aku dah nak balik rupanya. Lepas tu baru aku perasan ada sebungkus pasir Serrafin. Seekor makhluk , hadiah Allah untuk aku selama sebulan aku kat Manipal. Serrafin ni macam anak pertama aku. Regardless of how cute other cat is, takde kucing lain boleh ganti tempat dia dalam hati aku.

Aku keluar bilik nak buang pasir tu kat dalam plastik sampah. Roses atas kotak. Hadiah orang dari Terengganu petang semalam. Terharunya Allah je yang tahu. Tengah-tengah aku syok tido, tiba-tiba loceng bunyi. Dia tanya siapa Nur Aminah, terus dia hulur sejambak bunga. Aaaah, I'm one typical girl yang suka bunga :) Cuma beza dia aku tak pegi bauuu bunga tu. Dan sekarang aku taktau nak bawak balik bunga tu ataupun tinggal sini..



Lepas tu, phone bunyi. Ada orang text..

"MAPS :("

Terus air mata aku mengalir laju je. It's from a friend yang aku selalu kacau kat library, dan selalu kacau aku balik. Orang yang tak sweet langsung, yang bila aku conteng wish ke apa ke kat kertas dia nak bajet comey, dia terus amek pemadam dan padam depan mata aku. Still, dia antara salah satu sebab aku kuat kat Manipal ni..

It's weird anyway y I'm crying. Logiknya, kadang-kadang kita memang tak jumpa orang tu selalu. So, kalau diikutkan takde beza pun kat mana kita ada. Sebab kalau kita dekat pun kita tak jumpa dia.

Maybe the feeling of being under the same sky, breathing the same air, gossiping about the same person, that makes us feel 'close' despite not seeing each other. And now, rasa jauh macam dah takkan jumpak dahhhh.

 Manipal mungkinla tak best macam tempat lain. Kalau aku tersadai sorang-sorang takdak kawan, mungkin tempat ni jadi tak best. Tapi sebab kawan-kawan, Manipal is really something. Aku dah belajar sabar dengan perangai tempe yang memang mintak penampar. Dalam masa sama aku belajar empati dengan tempe yang miskin, serba serbi kurang, tapi penuh dengan rasa 'sedar diri' dan hormat pelanggan contohnya. Something yang aku rasa susah nak dapat kat Malaysia.

Apapun, pengakhiran aku kat Manipal ni, aku happy . Aku dah buat apa aku nak. Dah berusaha sedaya mampu. Dah berkawan selama boleh. InsyaAllah aku akan bawak semua benda ni ke mana je aku pergi :)

Aku balik Malaysia, teruskan hidup fasa lain. Dalam masa sama, ada tempe yang masih jalani hidup yang sama dengan tidur di bawah langit berselimutkan hujan.



Ingat tu Miyn. Syukur la selalu. Alhamdulillah :)





Bye Manipal. Thanks for developing me into a person I am now. Thanks semua orang (!) *wink* *lap ayaq mata* *lap hinguih*










Sunday, July 8, 2012

Microbiology dan Hanzalah.


Assalamualaikum :)

Mintak ampun dan maaf la sebab lama tak menulis. Aku sendiri pun hampir lupa rasa kepuasan menulis. Life is too busy. Dan sekarang aku tengah dalam 'study break' untuk final exam. InsyaAllah lagi 2 minggu aku akan exam. Lepas tu balik Malaysia. Yeahuuuu!

Aku ada something nak cerita. Sebab tu semangat sangat on laptop pukul 2.43 pagi dan menulis ni.

Harini aku study Microbiology Block 2. Sambil-sambil aku sakit hati tengok nota aku yang berterabur sana-sini dan memeningkan kepala, aku pun belek timeline Twitter. Selalu kalau hening-hening malam gini, orang-orang yang tweet benda merapu kat Malaysia selalu dah tidur. Yang tinggal cuma sorang akak berniqab dari AlorStar yang memang selalu berjaga pagi sambil bagi kuliyyah kat timeline, sorang akak hot mama dari Australia yang baru kematian ayah dan dah mula kongsi benda-benda agama, MuftiMenk dan JihadiJew (depa ni tweet benda-benda baikla). Tak ketinggalan kawan-kawan sayeee yang gigih study sambil tweet he he he macam aku jugak la kan.

Aku ni tak le baik nak tweet benda-benda baik. Banyak jugak merapunya. Cuma lately followers yang aku tak kenal makin bertambah jadi aku kena be more careful. Jaga tutur kata lebih sikit. Dan disebabkan banyak benda-benda baik kat timeline, aku teringat kisah Hanzalah sahabat Nabi yang Atikah cerita dalam usrah haritu pasal turun naik iman. Jadi aku pun google the whole story dan share kat Twitter.



Before tu aku ada tweet, aku kata aku takkan reply kat followers lelaki yang aku tak kenal dan rasa mcm tak perlu melainkan dia nak tanya apa2 atau share something. Contohnya petang tadi aku kata aku ngantok pastu aku tido macam tenuk. Then ada lelaki ni reply dia tanyala tido macam tenuk tu macam mana? Memang tobat la aku tak replyyyyyy. Kalau Hero Tzinga kita tanya aku reply la tido mcm tenuk tu ialah macam dia dok tidoq hari-hari tu HA HA HA (macam tak lawak pulak).

Ok, lepas tu tiba-tiba ada seorang lelaki ni reply mintak BB pin. Aku tanya nak buat apa? Dia kata untuk pertanyaan dan kuliyyah. Okla, kita sangka baik. Jadi aku bagi la BB pin aku dan aku tukar gambar bbm aku sebab gambar sedia ada tu bajet cun sangat blerh wek wek! Aku letak gambar selain muka sendiri. Lepas tu dia tegur dan perkenalkan diri. Mula-mula macam malas pulak nak layan lelaki tak kenai ni lagi-lagi hat guna saya-awak ni tapi takpe, husnuzon sat.

Dia kata hebat aku bercerita pasai kisah tu. Belajar dari mana? Aku kata manada hebat pun aku dengar dalam usrah pastu aku balik baca lagi baru aku berani nak share. Lepas tu dia start cerita pasal diri dia...

Dia kata banyak benda dia taktau. Sekarang baru dia mula start baca. Dia kata dia baca Quran tapi taktau hukum tajwid semua tu. Oh man baru semalam aku mengadu aku dah lupa tajwid harini ada orang kongsi dia tak reti tajwid aku *nanges*

Dia tanya, Allah terima ke bacaan dia?

Astaghfirullah. Aku rasa macam nak luruh bahu secara tiba-tiba. Siapala aku nak jawab soalan ni.

Someone told me, takpela kalau taktau istilah tajwid apa semua selagi boleh baca dengan lancar. Aku bagitau benda yang sama dekat dia. Tapi dia kata dia taktahu baca betul. Dia baca tafsir.

Aku kata la , carila guru. Belajar bab agama kena berguru kalau tak nanti ibarat berguru dengan syaitan. Cari kawan-kawan yang tahu. Dia kata kawan-kawan dia semua mcm dia. Sejak dia mula nak jadi baik dia kena tinggal. Dia kata sejak dia baca tweet Kak Dira (akak pakai niqab tu) la dia start berubah. Dia kata aku la kawan dia.

Aku kata, carila orang yang lebih afdhal. Lelaki. Yang dekat. Kalau takde pergi pusat Qiraati panggil ustaz mana-mana ajar kat rumah kalau malu nak belajar kat situ. Dia kata since aku cakap nak baca Quran kena berguru, Allah terima tak bacaan dia dulu-dulu? Sayanglah kalau Allah tak terima..dia banyak dosa sebelum ni.

Pastu aku pun cerita la kisah lelaki yang dah bunuh 99 orang dan nak bertaubat tu.

Dia tanya kalau solat bersendirian 5 waktu je cukup tak? Aku jawab, kenapa tak jemaah kat masjid? Dia kata, dia malas. Pastu aku kata nanti Subuh pergila masjid. Dia kata ngantok. Buat kat rumah ja boleh tak?

Bagi taknak berbunyi terlalu 'harsh', aku kata takpela, slow-slow. Nanti satu hari cubala berjemaah kat masjid. Tempat baik-baik ni banyak orang baik-baik. Dia komen jugak dia kata banyak orang tua ja kat situ. Orang muda mana ada. Aku kata takpela, jadila orang yang lain dari kebiasaan yang salah.

Lepas tu dia cerita pasal dia asyik berhenti kerja etc. sebab keadaan dia yang agak menyedihkan. Pasal keadaan keluarga. Ayah mak dia pun tak solat. Sebak jap. Aku kata rajin-rajinla buat solat sunat Dhuha untuk mintak dimurahkan rezeki. Pastu dia kata everytime aku cakap pasal solat ja dia rasa malasssss nak buat. Aku kata tak bolehla sebab solat tu tiang agama. Macam mana pun paksa diri. Lama-lama boleh la..aku sendiri pun nak cukupkan solat 5 waktu bukannya sejak aku 10 tahun.

Then dia tanya aku macam mana cara mandi wajib. Macam mana cara niat puasa. Alhamdulillah dalam usrah dengan kanak-kanak BDS haritu ada sorang ni cerita cara mandi wajib Rasulullah. Syukur la aku boleh share dengan orang lain pulak.


* * *

Besar kan dugaan dia. Hidup dalam keluarga susah. Mak ayah tak solat. Nak berubah pun takdak siapa boleh bagi tunjuk ajar secara personal. Aku dahla tak kenal siapa-siapa lelaki kat Malaysia yang dekat area dia yang boleh pergi buat kawan dan ajar dia. Rasa helpless. Dia lelaki pulak tu. Taktau nak serah kat siapa. Aku perempuan pastu ilmu pun mana la nak ada sangat. Takat kasi kaunseling dan jawab soalan-soalan basic tu boleh la.

Barula aku sedar PERLUNYA sentiasa belajar agama. Cuba kalau aku sendiri pun tak boleh jawab cara mandi junub tu dengan pasti dan yakin? Main ikut hentam keromo ja ikut apa yang aku ingat? Tak pasal-pasal aku terbagi ajaran tah apa-apa ...

Sebenarnya hidup aku terlalu selesa. Cuma bangun pagi dan belajar. Belajar belajar belajar. Usrah ada. Duit ada. Kelas akademik ada. Orang offer dengan mudahnya. Dan aku cuma kena pergi ja. Kawan-kawan sekeliling pun semua yang baik-baik. MUDAH SANGAT. Tu pun nak complain lagi.

Takpe, better late than never kan? Semoga makin hari kita semua jadi manusia yang makin baik. Tak baik takpe janji niat dan usaha nak jadi baik sentiasa ada. InsyaAllah.


Wednesday, June 13, 2012

A very frank post I would like to share after long time of being idle


Assalamualaikum :)

Hello. Nampak gaya blog aku ni dah macam nak kena tutup tak lama lagi je. Sunyi. Kawan-kawan terdekat pun makin busy. Sunyi aku ulang lagi. Dah takde updates. Walaupun sesetengah tu hari-hari aku jumpak kat sini, tapi rindu la jugak nak baca apa yg dok p dok mai dalam kepala dorang tu kan, yg finally akan ditaip dalam blog masing-masing. Tapi apakan daya, semua busy.

So I have something to share, something that has been on my mind since, urm, the past few days.

Satu hari, ada seorang ayah datang merisik.

"Salam Nur Amina, uncle nak tanya, kalau keluarga uncle nak kenal dengan keluarga Amina dgn lebih mendalam lagi boleh? Kami berhajat kan Amina untuk anak lelaki kami..."

*pengsan*

Jadi aku tanya dia , serius ke? kenapa aku? Aku tak kenal anak dia. Aku jugak tak kenal dia. Aku cuma tahu, dia ialah seorang uncle yang sangat cool dan aku selalu reply tweet dia yang lawak tu. Dia. Bukan anak dia. Dan dia tak follow aku pun. Dia follow pun supaya dia boleh DM aku.

"I chose u just because of the tweets we exchanged earlier.."

Perasaan bercampur baur. Dulu masa tengok Ketika Cinta Bertasbih time ada scene gadis-gadis duduk study dalam bilik lepas tu ayah depa call bagitau ada ostat datang meminang, aku terbayang...

"Best jugak ni kalau aku dok study tiba-tiba Ummi call ada orang mai meminang..ba ha ha!"

Bila situasi tu berlaku, aku taktahu lah nak cakap apa. Best? Benda ni bukan benda main-main nak cakap best ke tak. Bila ada seseorang percaya kan kau untuk anak dia, it's an honour. Seriously. But who am I to be trusted like that?

So I went through my tweets. I judged myself. What is he seeing in me? O Allah, I'm far from my own expectation of myself. Yet, someone trusted me that much.

Until a few days ago, I received a DM on one fine morning.

"Salam Amina. I've been reading all your tweets so far. And I've decided that my son has no chance because _____ is far better than him .."

Terkejut. Dan dalam masa yang sama aku tergelak kecil. Sebab lelaki yang dimaksudkan tu batchmate aku sendiri. Again, aku tengok replies aku dekat ____ tu dekat Twitter. Penuh dengan ayat carik gaduh je?

"I love my son very much and I dont wanna see him getting hurt.."

Ya Allah. Terharu sangat. Ini kali kedua aku jumpak seorang ayah yang sangat sangat sangat kisahkan jodoh anak dia, dan berasa sangat dekat dengan perasaan anak dia sendiri. The first time was when I was in MRSM. Ada sorang penceramah ni datang, dan cerita yang anak dia sangat suka dekat sorang perempuan ni. Pastu dia dengan isteri dia pergi pinangkan. Dan parents perempuan tu tolak. Dia dengan isteri dia nangis dalam perjalanan balik, sebab tahu yang hati anak dia akan hancur bila dibagitau nanti.. :')

So I reflect myself.

1) Aku syukur sebab ada orang nampak 'kebaikan' aku yang aku sendiri pun tak nampak.
2) People do judge u based on what u write on the social sites. Accept the fact and bear the consequences. Kalau ditegur, terima. Jangan la dengan angkuhnya cakap, "unfollow je la kalau tak suka. unfriend je la kalau taknak baca.."
3) Kawan baik sayeee cakap, kenapa perlu fikirkan kemungkinan yang tak pasti kalau kau dah ada sesuatu yang ko pasti ko nak?
4) Mungkin cara aku berkawan dengan lelaki membuatkan orang fikir yang bukan-bukan. Salah aku jugak la kan kalau tiba-tiba aku ada 'boyfriend' la pulakkk..
5) Nak tak nak kita kena paksa diri untuk berubah jadi lebih baik. Bukan untuk nak kahwin. Tapi untuk diri sendiri. Nak yang terbaik diri sendiri kenala jadi baik dulu. Bukan pasal jodoh je ni. Contohnya kalau nak mudah lalui ujian dengan baik, kena selalu baik dengan Tuhan :)
4) Sayee mahu jadi seperti ayah itu, yang happy bila anak dia happy, sedih bila anak dia sedih. Dan aku doakan anak dia diberikan jodoh yang solehah. Amin.


* * *

Ummi talipon. Dia cakap, "Bagitau la, saya ni takde boyfriend tapi ada la tengah berkawan dengan someone.."

It's a sign of approval :) I trust my mom. So I'm gonna go for her instinct and mine. InsyaAllah.






 




Saturday, May 26, 2012

Usrah jugak untuk Ukhwah


"Salam adik usrah yang akak sayangi. Akak nak kenal adik-adik usrah baru akak ni. Kita jumpa esok kat Dollops boleh? Akak belanja korang lunch ok?"

Adnin telan air liur bila baca mesej kat phone. "Oh, dah dapat kakak usrah ke.." Hatinya berbelah bagi. Nak pi ke takmau? Tak pi kang apa pulak dia cakap.

Esoknya Adnin pun melangkah perlahan ke restoran Dollops. Hatinya sedikit berdebar nak jumpa dengan kakak usrah. Tapi dia happy sikit sebab ada 3 orang kawan sama course dan 2 lagi budak course lain. Ok, ada geng. Order apa je semua kakak usrah bayar pulak tu. Fuhh!

"Ni kalau dah start p usrah ni, mesti takleh skip skip dah. Kakak usrah baik sangat. Mana sampai hati.."

Tiap-tiap minggu mesti Adnin dan kawan-kawan usrah yang lain akan dapat mesej jemputan ke usrah mingguan. Mula-mula berat hati tapi best sebab lepas usrah, kakak akan bawak keluar makanan; spaghetti bolognaise, banana pie, bubur jagung, oreo cheese cake. "Kakak usrah aku pandai masak. Bahagia la aku bila balik takpayah fikir nak makan dah. Huih. Aku ni pergi usrah nak makan ke apa?"

Alhamdulillah kakak usrah Adnin seorang yang sangat berhikmah. Penggunaan analogi yang menarik dan tak berkonsep menghentam dia sangat suka. Tapi dia mengaku, kadang-kadang dia takut nak pergi usrah sebab ada sesetengah perkara yang dicakapkan dalam usrah tu dia cepat terasa.

"Apa kita bincang dalam usrah ni bukan la kita nak fire sapa-sapa. Kalau ada yang kecil hati atau terasa, mintak maaf. Tapi sebenarnya baguslah kalau kita terasa. Itu tanda hati kita belum mati. Maksudnya kita pun sedar benda yang kita buat tu salah. Cuba kalau hati kita dah mati, kita buat apa pun kita tak rasa bersalah, tak rasa berdosa. Allah biar kita macam tu je..sedih kan?"

Kadang-kadang akan ada kombinasi dengan usrah-usrah lain. Time tu la baru nak kenal dengan budak-budak course lain pun. Kalau tak, nak jumpa pun susah, nak tegur apatah lagi kan. Yang tahu akan share ilmu, yang tak tahu akan tanya. Dulu ada sekali kakak usrah bagi sehelai kertas untuk tanda berapa kali puasa, berapa kali solat sunat, berapa kali qiamulail. Dan tiap-tiap minggu dia akan tanya, apa progress korang?

"Kosongnya kertas aku. Ya Allah, apa aku nak jawab ni."

Ye Adnin mengaku, mula-mula tu dia buat sebab nak jaga imej la depan ahli usrah yang lain. Malu la beb kertas lopong-lopong je kan. Tapi lama-lama dah boleh betulkan niat dan mula buat dengan ikhlas setakat mana yang mampu. Dah tak perlukan kertas. Kalau rasa nak buat, buat. Untuk kepuasan. Taknak, takpe. Takde sapa akan judge kecuali Allah. Nak jadi baik kena paksa diri.


* * *

Ok aku gantungkan cerita kat sini. Motif : Yes I do wanna ajak people to join usrah. You can see for yourself byk orang dah berubah sejak pergi usrah. Adik kawan aku yg dulu nakal dah join tabligh. Kawan dulu yang fee hair dah bertudung. Kawan yg dulu tudung pendek dah labuhkan tudung. Yang couple dah kahwin. Still waiting for myself to gain the strength untuk berubah secara pukal, tapi slow slow pun dah cukup syukur. walaupun still terumbang-ambing dan rebellious at times.

Pergi usrah bukan sekadar nak dapat ilmu agama. Memang ilmu boleh dapat kat mana-mana. Tapi aku suka perasaan 'selamat' dan 'tenang' bila kau spend masa sejam dua tu hanya bercakap/dengar pasal agama dgn orang-orang yg lebih kurang mcm kau (byk benda taktauuu), tapi masing-masing dah start tunjuk minat. Bila lagi kan?  Plus aku happy aku dah kenal saudara Muslim satu batch aku.

Kalau tempat awak ada buat usrah, cuba try pergi sekali. Okla , dua tiga kali ke? Kalau tak suka itsokay. At least kita dah cuba kan :) Aku pun ada pergi 1 program ni lepas tu lari balik , he he he. Kita semua masih dlm proses nak memahami :)



Wednesday, May 16, 2012

Yang Maha Pemurah


Kadang-kadang kita mintak something dekat Allah senyap-senyap. Dalam hati je. Something yang kita tak doa directly lepas semayang. Something macam, "Ya Allah, penatnyaaaa. Kan best kalau esok tak payah pergi kelas."

Pastu tengok-tengok esok tu cuti. MasyaAllah.

 Ada jugak situasi di mana kita teringin nak makan pizza. "Ya Allah, tak sabaq aih nak balik Malaysia makan pizza."

Lepas membebel dalam hati sorang-sorang, kita pun p makan nasik. Lepas dah kenyang, tengok-tengok jiran sebelah hantaq pizza. Pastu kita macam, "Alaaaaa dah kenyanggg siapa nak makan nii?" Tapi nak buang sayang. Kalau tak makan, membazir.

Nak buat apa?

I'm currently in that position. I have 2 different prayers. Satu yang aku selalu doakan lepas solat. Satu lagi cuma aku bisik sorang-sorang dalam hati bila aku teringat ataupun bila situasi tu berlaku dan menyebabkan aku mintak pelan-pelan.

Alhamdulillah. Allah dah bagi aku benda yang aku selalu mintak tu. Aku dah bahagia dah dan aku dah lupa pun doa yang aku selalu mintak senyap-senyap dalam hati tu. Tiba-tiba, Allah makbulkan doa secara senyap-senyap tu dan meletakkan aku dalam satu situasi yang sangat rumit.

Sebab aku tak boleh dapat dua-dua. Aku kena pilih satu je walaupun aku nak dua-dua. Ok macam susah pulak nak faham kan. Bayangkan je la macam ni. Katakanla kau minat Leonardo Dicaprio. Dalam masa yang sama kau minat jugak dekat NigaHiga. Lepas tu ko kapel dengan Leonardo Dicaprio (piwitt), sebulan lepas tu NigaHiga hantar rombongan meminang tanpa kau expect. Lagu mana nak buat tu?

Haaaaa, faham dok? Itu je la contoh terbaik yang aku boleh fikir sekarang ni. Mesti semua orang faham kan.

Kadang-kadang Allah bagi nikmat dalam bentuk dugaan. Dan last last kita yang terpaksa buat pilihan. But selalunya susah sebab kita akan fikir, macam mana kalau aku pilih itu? Kenapa aku tak pilih ini dulu? Kalau aku pilih itu entah-entah tak jadi macam ni...etc.

Tapi satu kesimpulan yang aku dapat ; jangan sesekali ragu-ragu dengan kuasa Allah. I used to say to Kak Effa that this wont ever happen to me. And yet He put me in the same exact position. More than I could ever ask for.

Dan sekarang kena doa untuk diberi petunjuk pula. InsyaAllah.

p/s : nak apa-apa, mintak je kat Dia :)


Saturday, May 5, 2012

Perasaan untuk Yang Hilang


Assalamualaikum :)

Tau kan, setiap orang ada cara berbeza nak deal dengan emosi sendiri.

Pagi Serrafin mati tu, aku bangun lewat. 7.37pagi. Kelas aku pukul 8. Gelabah dan sedih dalam satu masa tak mampu buat aku fikir. Jadi aku terus gosok gigi sambil nangis-nangis. Pakai baju sambil nangis. Naik motor sambil nangis. Tapi bila masuk bangunan akademik, air mata terus berhenti.

Aku nak bagitau housemate aku. Tapi taktau macam mana. Lepas tu aku text kawan, "J, nak tanam serra kat rumah ko petang ni boleh?"

Then aku rasa dia bagitau hauzmet dia kot. Terus anak pakcik Sapini pulak tweet, "takziah min.." Dan dari situ semua orang tau. Semua start tanya-tanya. It's weird I could still smiling masa cerita. Nak kata berlakon, tak. Buat-buat kuat, tak. Tapi itu aku. I just dont know how (and possibly dont want)  to cry in front of other people.

Perasannya Ya Allah maha dasyat. Selalu kalau balik bilik, dia akan duduk atas katil dan meow bila aku bukak pintu. Bila solat, terbayang dia ada dekat sebelah. Sebab selalu aku akan tarik litter box dia tepi sejadah. Bila nak tido, akan rasa kotak tu still ada kat bawah.

And I distanced myself from some people I love. Sebab I need time to get rid of the 'feeling' that he's there and turn it into a sweet memory instead. Itu je cara untuk aku recover. Sambil-sambil tu teruskan jadual harian macam biasa to get myself distracted.

Dalam hati aku tak habis-habis fikir, Oh God I'm glad I talked to serra before he went away. It was a very nice feeling, to leave him properly. Dan automatik akan terbayang, kalau kucing aku mati pun aku dah rasa dasyat macam ni, how would it feel to lose someone dear to me?



Allah Maha Mengetahui. Malam semalam ayah kepada kawan aku meninggal. I wont say I understand how she feels, tapi aku pasti mesti sejuta kali ganda dasyat dari apa yang aku rasa. It's a father. The reason why you're here.

We were clueless. Should we go comfort her? Or should we give her the time and space? Each person varies. Some people need to be around people in order to be okay. People like me, prefer to be alone.

But one thing we sure can reach her well is doa. Isn't God amazing? You may not reach people physically. You might feel like you are of no help. But there's one way where we are all connected ; doa. It comes from you this time. Next time, you might be the one who needs it.


Lets pray semoga kawan aku + her family kekal kuat, dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.








p/s : Ada orang cakap, cari je kucing baru. Cats are like human. I look at them individually and there is no way one could replace another. 


Allah tak duga kita dengan dugaan yang tak mampu kita tanggung. Jangan doa taknak diduga, tapi doalah semoga kita kuat nak hadapi semua tu :)

Wednesday, May 2, 2012

Goodbye Serrafin


Other cats would've died the minute they fall from the 6th floor, or some time later because of internal bleeding. Urinary tract infection would result in fatality in less than a day.


But Serra managed to go through all that, and he lasted for a month.


He was indeed a strong cat. It's not easy to take care of a cat, whose bladder is not functioning anymore. He would pee and defecate involuntarily, wet his entire paralysed back legs, and I needed to take him to the toilet to wash him then got him hair-dried properly. Then he started to recover physically. Bulu dah tumbuh, dia dah boleh tegakkan badan though he was still paralysed. Until the last few days when he started to urinate blood...





Malam semalam lepas ambil Serrafin dari rumah kawan, he was acting weird. Dia nak keluar and he put his hands on my lap. But he couldnt go far. I waited beside him, sampai dia calm sikit. Pukul 2 pagi macam tu, dia dah landing properly. I took some water, dan lapkan pipi dia.

Somehow I got the instinct that it wont be long. So I put my face beside him. Cuddle sikit and kiss his head like how I used to do (I stopped doing this sebab dah lama tak mandikan, takut infection). And I told him before I went to sleep..

"Sakit lagi? It's okay. U've stayed strong for a long time. Nanti kita jumpak balik. Jangan lupa k je nanti okay. I love u. Thanks sebab jadi kucing yang baik..."

And I woke up this morning with a message on my phone from my bestfriend, Zetty..

"You know, maybe u can try talk to serra. Kadang2, cats need reassurance too, when it's time to go away peacefully. Because they have the feeling of not wanting to leave us too..."

I looked at Serra. He's not breathing. I touched him. Keras. He's dead. Guess he really needed to know I'll be fine, then only he was able to leave.


 * * *


Terima kasih kat housemate yang sayang Serra + tolong jaga dia :) Thanks to those yang concern, tanya Serra macam mana. Ayah-ayah Zohan yang datang on the very first day masa dia jatuh tu, tolong call kan vet.  Yang datang melawat pastu bawakkan bubble tea untuk kitorang. Bawak Whiskas + susu untuk Serra. Thanks kat Akka cleaner yang bila datang je, masuk bilik gosok-gosok Serra dulu. Dan paling terharu sekali, last Friday masa the Muslim BDS girls usrah kat rumah, then ramai-ramai duduk dalam bilik tengok Serra macam mana. I know some of them tak suka kucing pun. But they showed sincere care and concern.

Thanks to Kak Naimah + Kak Rin  sebab bagi k jaga kucing ni. Sorry I couldn't do much. I've tried my best to give him proper love and care. Thanks yang wish takziah. I really do appreciate all these though I might not show it. Kucing pun makhluk Allah. Sehebat-hebat kita jaga maknusia, sehebat tu jugak kita kena jaga kucing kalau kita sayang dia. And I believe the animals are bonus from God, to those yang dianugerahkan perasaan untuk sayang dan suka kucing, this is one of the ways untuk dapat pahala lebih. You just have to give some love.

And thanks to Allah for the opportunity to have him. Walaupun sekejap je, itsokay, I'm satisfied. I'm sad but a part of me feels relieved. He doesnt have to bear the pain anymore.


 
  

Take care, Serra . We'll meet again later :)

Friday, March 30, 2012

Empati


Maknusia diciptakan berbeza-beza. Personaliti. Tahap pemikiran. Cara percakapan. Gaya pemakaian. Taste.

Kau mungkin suka Jang Dong Gun. Tapi aku still nak suka Justin Bieber. Walaupun dia muda dan jambu tapi kita takleh deny dia kaya dan banyak duit.

Ok takde kaitan.

Pernah tak korang encounter situasi macam ni..

Alissa Milanoq : "Alaaaaaaa, ayah aku bagi duit RM400 je? Mana cukupppp!"

Sri Devi : "Erk. Tak cukup?"

Alissa Milanoq : "Ya la, selalu ayah aku bagi RM1000, kali ni 400 je mana aku boleh hidup.."

Sri Devi : fgskjfhskghskfhskjfh



Aku ingat lagi malam masa result IB keluar tu. Ada makcik A dapat 37 tapi dia sedih, bila makcik B tau makcik A tu sedih, dia pun cakap la, "syukurla weyyy aku dapat 35 jeee.."

Mesti banyak jugak kita encounter masalah macam ni. Contohnya hari ni. Kawan kita pass semua exam, tapi tak lepas nak pergi viva for distinction. Dia sedih. Ada kawan kita pergi viva distinction, tapi tak distinct pun. Dia sedih.

Lalu datangla orang lain dan cakap, "Syukurla wey ko at least pass semua. Aku fail satu subjek kot!" or "Okla tu pergi viva distinct, aku tak lepas pun nak p..."


Merujuk kepada intro aku kat atas tadi. Maknusia berbeza. Kita ada aim masing-masing. Kita tau kemampuan masing-masing. Aim ko mungkin setakat nak pass. Aim aku pulak nak distinct. Aim aku cuma nak habiskan kos ni je lantak p la macam mana pun. Aim ko pulak nak pass dengan cemerlang gemilang terbilang.

Jadi kita kena faham kalau orang tu still tak puas hati bila dia tak capai matlamat dia. Itu gol hidup dia. Dia tau dia mampu buat. Kita mungkin tak setaraf dengan dia, tapi kita boleh tumpang happy dan support dia.

Tapi, janganla yang bawah je nak faham yang atas. Semua orang kena peka dengan keadaan sekeliling. Aku ambik contoh practical dentistry aku sendiri. Ada yang hebat dalam bab bertukang. Tuhan mudahkan je jalan dia. Senang je dia habiskan ikut time. Ada yang kurang mahir, yang kena prektis dengan banyak. Dia slow learner, dan dia lambat berbanding orang lain.

Kalau kita dah buat step 7, jangan pergi cakap dekat orang yang tengah buat step 1,, "O mai, lambat gila aku buat kerja orang lain dah laju dah aku ni slow betul la .."

Empati.

Situasi lain yang jauh sikit. Hmmm, okay contohnya kalau kita pergi shopping. Baju tu harga dia RM60. Kita rasa macam murahnya baju niiii padahal kawan kita tu shopping baju kat pasar malam je. Bagi dia RM60 tu mahal. Tak mampu.

Cikgu A pernah cerita dalam kelas sastera. Pasal satu program tivi ke artikel surat khabar entah. Ada sorang budak miskin ni ditemu ramah. Wartawan tu tanya adik kalau ada duit lebih teringin nak apa? Budak tu jawab teringin nak makan roti canai. Dia tak pernah makan roti canai.

Roti canai singgit je kat tempat aku. Aku boleh beli 10 untuk budak tu. Tapi erti singgit untuk budak tu mungkin sama nilai dengan RM100 bagi aku.

Empati.

Kita kena belajar baca keadaan sekeliling. Cuba letak diri dalam posisi orang lain.Tak semua orang sama macam kita. Kalau dia mengeluh tentang sesuatu yang kita takde, kita cuba fahamkan. Kalau dia mengeluh tentang something yang kita ada, kita cubalah tolong. Yang penting bersyukur :)



Nak share sikitttt : Ada orang pernah pesan, dalam hal dunia tengok orang yang lebih bawah dari kita. Tapi dalam hal akhirat tengoklah orang yang lebih tinggi dari kita.

Salam :)








Friday, March 9, 2012

Zohan dan Serra


ZOHAN SI BOLA BERBULU BERGERAK


Di suatu petang yang hening, anak lelaki pakcik Abu Hurairah bbm sayaaa..

"Miyn, ko nak tolong tengokkan Zohan tak time kitorang cuti nanti?"

...dan 0.3 saat lepas tu terus aku terloncat jatuh katil sambil reply, "NAK NAK NAKKKKKKK!!"

Over.

Seminggu lepas tu tuan Zohan, R datang rumah aku untuk tinggalkan dia. Muka Zohan blur. Zohan jalan-jalan keliling rumah sambil membuat ekspressi muka yang mengatakan, "Eh, dimanakah daku? Sungguh asing sekali tempat ini. Oh apakah ini mimpi? Tapi, perempuan depan aku ni cute jugak eh"

Ok tipu.

5 minit lepas tu Zohan wee wee dalam box dia. Maka R pun terus ketawa dan mengatakan, "Ceyyy, Zohan tak maluuuuuu..."

HA HA HA, muka gengster R terus jadi budiman bila aku tengok betapa risaunya dia nak tinggalkan Zohan. Berbekalkan seketul cage, sekotak pasir berak, 15+ tin Whiskas, 8 susu Nandini, tuala mandi, shampu mandi, sikat rambut, R pun cakap babai dan tinggalkan Zohan untuk dijaga dengan penuh kasih sayang oleh saya dan hauzmet saya.

Ok, ini lah Zohan :)




Zohan ni kucing paling mandom pernah aku jumpak. Pijak ekor dia. Diam. Penyetkan kepala. Diam. Tutup muka dia dengan tapak tangan. Diam. Baling kat siling. Diam. HAIHS. Stresss gila!

Pagi tadi lepas Subuh, aku keluar bilik nak iron baju. Dari jauh aku dah nampak dah ketulan coklat atas lantai...

ZOHANNNNNNNNNN !!!!!! Geramnyaaa. Masuk ni dah 4 kali dah dia berak luar kotak. Sekali tu, atas katil aku. Patutla nyenyak semacam aku tido. Tido bertemankan tahi kucing rupanya. Dahla tahi dia berbulu. Aiya! Maka aku pun basuh tahi tu macam selalu, sambil menangis dalam hati.

"Zohannn, kenapa buat macam ni? Ya Allah , penatnya la haiii.."

Aku tengok dia. Muka penyet tu maintain je, seolah-olah mengatakan, "kau cakap dengan siapa? eh, kau basuh taik siapa tu? ish ish ish, siapala yang berak rata-rata tuuu, tak senunuh betul kan..."

MUKA TAK BERSALAH KAU TAHUUUU! Nasib baik comey. Nasib baik aku sayang.







SERRA SI KURUS NAKAL


Satu malam lepas Isyak, MatWan talipon aku..

"Miyn, Sharina tak dapat bawak balik kucing dia Serrafin. Awak amek kucing dia ye? Kucing saya tu, saya bagi dekat orang lain lah. Awak jaga la kucing Sharina..nanti saya bagi contact number dia, awak call dia ye?"

"Apasal dok guna saya-awak ni?"

"Err, saja la. Kita kan tengah berurusan ni.."

Hiburan.

3 hari lepas Zohan sampai, Serra pun join family besar kami :)




Serra ialah baka tempatan. Kaki dia panjang. Bulu nipis dan gugur dengan sangat extreme. Kalau pegang sikit je, satu tangan kau jadi putih. Ok aku tipu je janganla percaya. Kak Rin pesan, kurung dia dalam bilik dulu, sebab dia takut dengan tempat baru.

Malam tu aku biar je dia jalan-jalan dalam bilik aku. Masa tidur, aku tutup pintu bilik. Esoknya, bila aku bangun, aku tengok tong sampah dapur dah tertonggang. Makanan berterabur. Lampu meja aku dah selamat jatuh bawah meja. Wuuuu, Serra awat buat macam ni :(

Nak pergi kelas, aku kurung dia dalam bilik. Dan bila balik, aku tengok buku novel aku semua dah jatuh atas lantai. Wuuuu lagi dan lagi. Nakai sangat hang ni. Sejak dari hari tu sampai la harini, memang aku kunci pintu bilik time tido. Dan kalau ke kelas aku kurung dia dalam bilik. Aku suka tengok muka dia bila aku bukak pintu, dia akan ada atas katil, baru bangun tido, mata sepet-sepet. Hihi. Sronok kan balik ada orang sambut ..

Esok nya dia muntah darah. 2 hari lepas tu pun dia muntah lagi. Jadi dia duduk diam je. Dah tak melompat kat ampaian macam monkey dah. Tido je atas katil. Aku pulak risau. Makanan dia (jenama Topcat) Zohan yang habiskan.

Disebabkan dia taknak makan langsung makanan dia, aku try goda dia dengan Whiskas Zohan. Fuhh! Dia makan. Alhamdulillah. Dan everytime lepas makan , aku bagi dia digestion syrup. Lepas tu, dia dah jadi nakal balik. Dah start main aci ligan dengan Zohan. Now dia reject terus Topcat walaupun aku cuba campur-campur sikit. Tapi kalau bagi Whiskas dia makan licin. Dahla dia makan 2 kali ganda apa Zohan makan. Gemok sikit pelis pelis pelis!


Serra ni nakal. Kalau aku duduk atas kerusi, nanti dia naik atas meja dan duduk atas buku kau like a boss. Bila aku dah tutup lampu, tarik selimut, nanti dia lompat dari meja study terus ke katil. Ada sekali tu dia jatuh terhantuk, muahahaha padan muka. Pastu dia akan jalan atas badan, dan tido rapat-rapat, selalunya dia letak muka atas lengan aku. Time malam la dia jadi paling baik dan manja. Aku letak kepala atas dia pun dia layan je. Padahal kalau siang, angkat sikit terus ngamok.

Pukul 5.30 camtu, dia start bangun tido dan berperangai macam orang gila. Dia sondol-sondol badan, suruh sayeee bangun pergi solat Subuh kot? Then bila baca matsurat, dia duduk atas tempat sujud diam-diam. Dah habis nanti, dia jadi gila balik, sampai la aku kasi dia makan. Alahai, comel !





Sekarang si gemok dengan si kurus ni dah kawan dah. Dah share food. Dah share tempat berak (which is very unlikely but hmmmm bagusla). Pintu bilik aku dah boleh bukak but still kena tutup time aku gi kelas so that apa-apa jadi aku tau la siapa culprit dia (ada sekali tu aku balik, ikan bilis berterabur atas lantai. Zohan tiba-tiba jadi nakal grrrrr).

Fave place dorang is my balcony. Or maybe Serra suka duduk situ dan Zohan suka tengok dia. Banyak kali jugak Zohan hilang, bila aku nak tido tengok-tengok dia ada dalam bilik datang dari mana entah. Aiya.

2 minggu je tinggal dari hari ni untuk manja-manja dengan Zohan. Memang aku buli habis-habisan la si penyet ni. Dan Serra? Dont remind me what I have to do with her in another 5 months. Lets just cherish this moment together :)

If my juniors are reading this, and u want her later, bagitau sayeee ye? I would love to leave her with someone I can trust and who'll love her as much as I (and Kak Naimah + Kak Rin) do :)

Sunday, February 19, 2012

Maknusia. We forget.


Salam.

Masa usrah terakhir saya sebelum bercuti, kakak usrah saya tanya..

"Kita tahu kan Rasulullah SAW tu rasul terakhir. Jadi selepas Baginda wafat, siapa yang sebarkan agama Islam? Siapa yang pass the words, sampai la kita yang hidup zaman sekarang pun dapat ajaran Islam?"

Maka kami pun jawab..

"Sahabat Nabi. Mak. Ayah. Ustazah. Ustaz."

Dan kakak usrah saya membalas..

"Jadi nanti, siapa yang akan sampaikan ajaran Islam ni kat generasi seterusnya?"

Maka kami pun jawab lagi..

"Errr, kita semua?"



BAGUS! PANDAI! Kata akak usrah saya yang kiyut miyut. Jadi kita semua bertanggungjawab untuk menjadi khalifah kat Bumi ni. Akak nak tanya lagi...

Orang Islam zaman dulu-dulu kan, tiap-tiap malam bangun buat qiamullail, ada yang khatam Quran every week, mulut sentiasa berzikir, pendek kata dorang banyak beribadah dan ingat Allah la. Tapi kita zaman sekarang ni, kita cuma solat 5 waktu je, kalau rajin kita puasa la sunat Isnin Khamis, baca Quran sehari satu muka. Qiamullail tu maybe seminggu sekali..

Persoalannya ...

Adakah 'threshold' nak masuk syurga tu berbeza zaman dulu dengan sekarang?

Diam.

Cuba fikirla kan. Kita hidup kat dunia ni, purata lebih kurang 60-70 tahun la. Tapi hidup kita kat akhirat tu, kekal, selama-lamanya. Tapi dalam masa 24 sehari tu, kalau totalkan balik masa kita beribadah dekat Allah, mungkin tak sampai sejam pun. Kita lebih kejar kehidupan dunia yang sementara ni, daripada kejar kehidupan akhirat yang abadi tu.

Diam. Rasa macam kena tampar sekejap.

Akak bagi analogi. Kalau kita nak balik rumah, mak akan cakap, amek flight dari Bangalore ke KL, lepas tu naik bas, bila dah sampai, naik teksi, sampaila rumah. Sebab apa? Sebab mak nak kita sampai rumah cepat-cepat. Sebab tu dia ajarkan cara. Dia taknak kita pening-pening susah-susah je fikir.

Dalam Al-Quran pun Allah dah ajarkan cara nak ke syurga. Dia bagi kita panduan. Apa yang kita patut buat. Apa yang kita patut tinggal. Tapi kita tak ikut sangat kan?

Diam.

Bayangkan la. Kalau kita fail unis, kolej ni kasi chance untuk repeat lagi 6 bulan. Takpe, repeat la takde masalah. Tapi bayangkan nanti kat padang mahsyar, tiba-tiba kita dapat buku amalan dekat tangan kiri. TANGAN KIRI NI. Ya Allah, masa tu nak buat apa dah? Dah takboleh nak buat apa dahhhh.


* * *



Cuma sesuatu yang Miyn nak kongsi. Mungkin saya ni macam susah sikit nak terima teguran dan mungkin respond saya agak menjengkelkan. Tapi saya mintak, kalau saya salah tegurlah. Kalau tak berani depan-depan sila hantaq email ka surat layang ka he he he (serius). Kami nak masuk syurga jugak dengan awak :)

*wink*