Sunday, May 31, 2009

Rumah, Daku Datang~

Semalam balek sekali dengan Asiah dan jugak Mirah Wahab, pukul 11 pagi (11 pagi la sangat, tunggu pakcik tu bebel2 siap bagi warning jgn muntah dlm bas pastu pukul 12 baru kitorang blah). Apakehey la nak muntah dalam bas dengan alasan "perjalanan kita ni jauh, orang dewasa pun boley muntah ye, jangan tekejut." Phewww, mana sangka aku ni ekceli ternaek bas yang sama dengan dorank. Tengok2 memang sekali walaupun Mirah tu turun dekat SP. Dahla dia duduk sebelah Asiah. Aku pulak, duduk sebelah kakak mana tah. Ekceli seat aku sepatutnya tepi tingkap tapi sebab dia naek dulu, dia perasan tu seat dia.

Dalam perjalanan tu, Ya Allah, aku memang cuba dengan sangat sedaya upaya tahan sabar. Ada la satu pakcik dan satu makcik ni. Dorang ada anak. Anak beliau 4 orang. 2 lelaki, 2 feremfuan. Yang lelaki tu kecik jadi taktaula hensem ke tak tapi yang feremfuan besaq sikit tu macam nak jadi santekk ja bila besar nanti. Ok, berenti mempuji. Ni aku nak cerita pasai si terpaling kecik yang membuatkan aku hampir meroyan dalam bas.

SORA DIA MAK OIIII, MACAM HALILINTAR MEMBELAH LANGIT!

Mak dia tak kasi dia lompat sikit, dia jerit. Dia tak dapat makanan sikit, dia jerit. Dia nak jalan gedik2 gi depan bapak dia tak kasi sikit, dia jerit. Dahla dia tu budak lagi kan so suara dia tu memang kecik dan sangat menyakitkan kepala lutut ai. Pulak tu mak ayah dia jenis diam je. Oh takpela anakku sayank jeritla lagi jeritla mak ayah sangat suka mendengar suara kamu seperti siti nurhaliza pulak lagaknya.

Dia taktau otak aku dah macam nak meleleh-leleh kuar ikut telinga sebab sangat sakit. Dahla malam tu tido tak cukup pulak tu bangun tekejut tekejut sebab takut antu, ni pulak ada budak jerit2 sebelah seat aku. Sabar je laaaaa.

Kalau aku jadi driver tu rasanya aku berentikan bas tu pastu suruh dorang turun. Ngehahaha..bunyik bising tu lagi mengerikan daripada orang muntah tau takkkk.

Lepas habes 8 jam berhempas pulas memerah keringat dalam bas, finally aku sampai jugak dekat Shahab. Omaigod, Tuhan ja tau betapa bahagianya aku bila dah sampai. Macam baru keluar daripada penjara maut. Naseb baek Ummi dah sampai, dah tunggu. Aku pun terus menarek beg dengan kacak sekali so that tak nampak burok. Sebabnya aku bawak balek 2 ketoi beg besar, orang laen bawak 1 ja itupun yg kecik comel.

Pastu, Ummi ajak g beli ikanggg. Ho ho ho, membeli ikan di waktu malam adalah kegemaran ibu saya. Tapi Ummi memang betul lah memang ibu saya yang sejati. Beliau seakan-akan tau yang saya sangat teringin makan pisang goreng dan jugak sayur peria lalu terus membeli tanpa bertanya pun. Wahahahaha, bukankah menarek menjadi seorang mak? Macam ada superpower pulak kan boley membaca otak orang.

Cuti ni apa mau buat? Hooooo, apa lagi mestila melihat segala jenis cerita Korea dan Jepun yang saya copy dengan susah payah tu. Nak leleh leleh air mata mesti buat masa cuti kalau tak nanti kat kolej jadi moody 48 jam sebab asek teringat kat cerita tu. Lagi pulak, saya mempunyai tersangat banyak keja rumah di kala cuti jadi untuk mengelakkan tensen masa sem depan, marilah saya membuat keja2 itu seberapa daya yang boley.

Insafla tolong. Cuti 2 minggu takkan nak besuka ria je kan? Lagipun keja tu cuma suruh saya duduk depan Incek Budiman ja. Bukannya kena berpeluh menanam padi mahupun menternak kambing.

HA HA HA. omaigod. ni miynn ke yang cakap ni? Bunyik seperti hebat lah!

Ok, mari sambung tengok cerita!

Friday, May 29, 2009

Sem II habes sudahh~

Alhamdulillah, saya terasaaaa teramat gumbira bagaikan rama-rama tengah terbank atas kepala bila dah habes last paper tadi. SUKA! SUKA! SUKA! SUKAAAA!!!! SUKAAA SANGAAAAT SANGAAAAT TERAMATTT SANGATTT!~ *joget joget golek golek*

*sila amek nota yang post ni aku nak tuleh panjangg panjanggg sebab tengah dlm mood seronot. sapa talarat baca buleyla pegi tengok Buletin Utama, ngeehhuehueee~*

Cakap pasal test, phewwwwww. Rasa macam apa je. Sebabnya sepanjang minggu test tu saya masuk tido pada pukul 4 atau 5 pagi. Alasan : termengantok lepas Isyak lalu tido secara maraton sampai light off berlaku pada pukul 12.30pagi. Pastu bangun dan nanges2 sebab tak stadi lagi. Pastu baca buku, hafal jawapan past year punya paper then tido balek. Pukul 6 bangun lalu menjadi seperti zombie. Korang bayang je la zombie jawab exam macam mana kan. Kesimpulan : tahun depan (eh silap! sem depann!) taknak jadi macam ni dah. Rasa macam kalau tak stadi langsung malam tu lagi boley jawab daripada stadi tapi tido lambat.

Apapun, still berharap takde paper yang dapat 4 point. Tapi Fizik macam nazak betul. Memang tobat masuk past year tapi tak buley jawab jugak sebab sebok menghafal dengan sangat drastik sampai blank terus. Ustad pulak asyik berdiri kat sebelah membuatkan aku tak buley tido masa exam. Tapi apa2 pun, Dawa dah janji nak belanja pizza sebab past year tu masuk. Ngeeeee, berbaloi betul~

Sem II ni sangat best. Alhamdulillah, saya dah berjaya mengambel tau nama semua budak IB batch 4. Dan kadang2 masa jaga koop secara tak malu saya suka menanya nama budak2 AL. Mesti dorank pelik apakesss budak ni tiba2 tanya nama orang kan? Tapi takpela, rasa puas hati macam baru lepas makan mee gorenk bila kita tau nama banyak orang, well, at least bagi aku la.

Then sem ni jugak dapat pegi Kemboja. Tuhan ja tau betapa bersyukurnya dan betapa sangat puas hati dan gumbiranya saya berasa sepanjang proses daripada nak pegi, dah pegi dan bila dah balek sini. Sampai mati pun InsyaAllah takkan lupa. Sebab pegi sana dah banyak buat aku nampak benda2 yg sebelum ni aku tak nampak ataupun buat2 tak nampak. Dah rasa takut nak membazer makanan. Dah rasa tak sedap hati bila komplen pasal stadi atau dengar orang komplen, sebab tau kat tempat lain ada orang sangat nakk belaja tapi takde peluang. Dan aku sangat pandang tinggi dekat orang kampung sebab dorang ada hati yang sangat bersih dan sangat menghargai orang lain. Rasa macam satu family.

Macam tu jugak aku rasa masa aku pegi Kampung Bayai untuk buat Mega Projek. Tapi disebabkan saya mengalami sesema separuh nazak hari tu, jadi tak sempat nak beramah mesra dan buat keja banyak2. InsyaAllah lepas ni nak berasa seronot pegi sana dalam keadaan sihat. *wink*

Dan sem II ni jugak aku kenal Kak Rose. Mintak itu ini padahal buley ja nak buat sendiri. Tapi memang dasar codependency kan, semua benda pun nak mintak2. Heeee, dari kecik memang saya tersangat suka memintak tolong dari kakak. Dan Kak Rose pulak sangat suka membuat comel dan ramah sampaikan rasa malu mintak2 tu dah macam tak wujud. To be honest, saya tak berapa reti berbaek-baek dengan sinier feremfuan. Kalau ada pun, yang nakal2 masa zaman MRSM dulu; geng jerit gelak kuat2 macam esok dah takde. So, it's different here and I'm grateful for that.

Sejak balek dari Kemboja dulu jugak, struktur muka dah dihujani dengan limpahan jerawat yang mencurah-curah ke ladang gandum. Penat kot asyik kena perli. Kadang2 tu tengah aku sebok potpetpotpet punyala banyak, tiba2 orang tu balas "apa kena dengan muka ko weh?" Sabar je la. Penat jugak bersabar dengan Si Botak yang suka sebut2 pasal jerawat aku sampai nak nanges kadang2 (bunyik mcm over tapi siries kot sedih). Okla fine kan zaman sekolah dulu takde. Nak buat macam mana sekarang baru dia ngengada nak ada. Terima sudah walaupun aku sendiri macam tak selesa ekceli. Aaaaah, kenangan sem II. Menarek!

Sejak tu takde seketoi gambar pun saya ambek guna fon camera. He he he.

Next sem, aku takde idea nak expect apa. But I cant wait to experience the superbizi punya Sem III utk budak2 IB yang orang cakap sem terpaling bizi dalam sejarah hidup manusia yang amek IB. Jom doa banyak2 bagi aku banyak2 sabar hokey? Tak rasa macam nak tembak orang ke, nak baling tukoi ke, takpun nak tarek rambut. Ngeeee...

3 minggu je lagi sayank oi nak masuk sem III. Ada junior! Omaigod. Macam pelik. Dah tak rasa macam baby dah. (babyy?)

Aahhh, dah mula rasa rindu orang2. It's really fun being here actually regardless how stresssed out you are. Coz there is always a solution to everything. For example : senyum besarr besarr~

Btw, sengkiu a lot dekat orang2 yang da banyak tolong saya masa satu taun nih. The books, the GDC, the text messages, the songs, the recordings, the mumblings, the smiles, semuanya saya apreciate sangat, siries.

Apepun, tak sabarnya nak balek esokkkk!

Saturday, May 23, 2009

You should be studying..

Ok. Ok. Saya tau saya ni patutnya sedar diri sikit yang esok nak exam. Tapi still tak sedar diri. Nak jugak bukak Facebook tengok muka-muka orang. Nak jugak bukak Youtube tengok video Kris Allen (rasa rugiii gila tetinggai American Idol season ni, wuuu!). Nak jugak tido lambat sebab maen tenet. Nak jugak tengok muvee sebab perasan dah merdeka. Padahal baru lepas jawab pre-test je punnnnn.

Omaigod. Berdoala Ticer Ju ataupun mak saya takkan tejumpak blog ni sampai mati. Kalau tak kena la aku penyakit mandul ke, penyakit sawan ke, takpun broadband ditarek balek.

Entah kenapa tatau, bila nak exam aku akan ada masalah nak stadi. Rasa menantok la time tu nak datang pun. Sakit kepala, sesema, sawan, sakit jiwa, rasa nak sepak orang, nak muntah dan segala bagai semua nak ada. Macam tanak kasik aku stadi je.

Penat sangat stadi. Siries penat. Tapi dalam masa yang sama rasa sangat seronok. Kadang2 aku suka ada perasaan melebih-lebih untuk benda yang bagi orang lain takde la apa sangat.

Contoh terdekat:
[x] berasa mempunyai kasih-sayang yang melimpah ruah untuk Foo Foo, Dawa, Isky, Tia dan lain-lain yang tolong saya stadi. Yang layan soalan kanak2 saya sebab saya memang lambat paham. Yang duduk dengan sabar dan terang satu-satu. Siries, saya sangat terharu. Kalau kaya, mesti saya dah belanja dorang pizza seketoi. Tapi sebab misken, saya cuma ada kaseh sayang ja nak bagi pun. Well, itu priceless hokehhh?

[x] berasa sangat suka berjaga malam tapi bukan untuk stadi pun. Tapi termenung teringat benda entah apa-apa pastu nanti dengar bunyik macam2 baru paksa diri untuk tido sebab takut nanti antu datang kacau, ngeeee~

[x] berasa sangat sedih sinier dah takde. ini aku taktau kenapa tapi gagah jugak nak terasa sedey. ada satu perasaan yang aku tatau nak cakap mcm mana. mungkin sebab aku sangat tak suka kena tinggal. tak kesahla sapa-sapa pun. even aku tak kenal dorang sangat pun, aku cuma tak suka perasaan orang tinggal aku. hueh, pelik ya ya ya ai tau ai pelik.

[x] perasaan nak balek rumah macam tak wujud pulak. ha ha ha. tapi macam bagus sebab nanti tak boley jawab exam asek fikir nak balekkk ja.

[x] oh ya, tak lupa jugak sekarang berasa sangat marah dekat amey. amey ni kawan aku yang perangai mcm budak kecik, tiba2 tanak kwn dengan aku dah sejak setaun lepas. pastu dia pegi add suma kwn2 aku dekat facebook then komen macam2. sakit hati tau takkkk. kenapa dgn org laen buley ja buat mesra alam, dengan aku mcm tak kenal. padahal mcm la dia tu penah betegur sapa pun dgn kawan2 aku tu. tiba2 ja nak ada merata-rata. kan baek kalau dia hilang terus ja. sangat sakit hati tau tak.

ok, sebenarnya aku sangat sedey.

Haishhh, tak sabarnya nak habis IB dan cuti lama2. Takpe2, setaun tu tak lama pun.

Wednesday, May 20, 2009

hello. saya nak mengambek exam ni tlg doakan boley?

Berdasarkan tajuk, saya rasa sudah jelas nyatalah kamu kamu semua dah faham niat yang terperosok dalam hati nurani saya ni kan. eceywahh!

Saya sangat bersyukur sangat sebab baru baek dari demam yang teruk hari tu. Sirieslah dah lama tak demam. Sekali demam rasa macam nazak sangat, tak larat nak pusing badan kona kiri kanan pun. Tapi alhamdulillah setelah Abah call marah marah sebab tak gi klinik, esok tu terus baek. (still tak paham kenapa orang sakit kena marah. bukankah patutnya berlemah lembut?)

Oh ya, next week exam final sem. Ada rasa seronok walaupun risau. Risau sebab saya tak pandai. Seronok sebab nak cuti. Heee, lepas ni junior masuk. Terasa macam tua la weyyy. Aku da nak tua daaaa nak ada junior da weyyyy. Banggeee? Boleyla gagah. Dengar cita junior IB nanti takdak laki HAHAHAHAHAA malangnya naseb hampa wey bosanggggtautakkkduduksatukelasdenganfomfuan saja.

Itu berdasarkan pengalaman 9 taun kat sekolah fomfuan . On the other hand (ciywaahhh ai pun tera bahasa omputeh okayyy?), kadang2 duduk dengan laki pun rasa macam nak PMS ja hari hari. Perlu menahan sabar yang banyak sambil kena fikir rasional.

Well, tu bukan motif sebenar post ni. Saya tak terasa nak bercerita kebaikan bersekolah satu jenis lawan kebaikan bersekolah co-ed. Tu tajuk budak2.

Oh, semalam dah berjaga satu malam. Saya patutnya tido sekarang.

Korang, wish me luck ok. Sengkiu.

Monday, May 11, 2009

Saya Mau Cuti Dengan Gaji!

I don't know what's wrong with me lately. I have been having mood swing even though this is not the ideal time anyway.

I got angry when my roommate woke me up. I would show my anger by continuing sleeping for another few hours. And at last, aku yang jugak yang rugi.

Bengong betul marah sebab orang kejut.

And I got angry for many unreasonable things such as orang nak pinjam barang, nak tanya itu ini, amek barang tak mintak dulu, semakkan katil dan meja dan macam2 lagi.

Silly silly silly things.

And I am even angrier with myself for getting angry since I know that I should'nt be. So I have to 'tahaaaan' marah and ignore everything, hoping that I'll be ok later, which is more painful and hard to do.

* * *

Tadi dapat kertas test Biologi. And I feel like committing suicide looking at my mark. I am the second lowest scorer in my class and what do u expect me to feel?

Hueh, sekarang baru faham perasaan kawan2 dulu yang asek fail. Dulu kan, aku selalu cakap, rilekla. Tak mati pun. Naaaah sekarang dah dapat teruk memang rasa macam nak mati.

Bukanla nak mati tu maksudnya aku nak mati tanak hidup dah. Erkk, how should I put it into words eh...aaaa, haaa! Rasa nak mati tu sebab rasa sangat teruk. Hiperbola ja. Biasala, miynamin kan over over.

Penat tadi tahan hensem sebab nak bagi nampak cool. Tapi tak hensem hensem jugaaak. Penat!

It's weird anyway. Aku selama ni tak penah kesah sangat pun berapa markah nak dapat. Since aku tak penah rasa nak lawan dengan sapa.

I study when I feel like studying. I sleep when I feel like sleeping. I cry when I feel like crying. If tomorrow is the examination day and I feel like watching a movie, I'll do it.

But since I am not emotionally stable right now plus all the problems I've been hearing from people around me, I guess it's now time to fight with my own self.

Terpaksa buat-buat tak kesah pasal segala benda dan cuma baca buku sampai habis 30 haribulan May ni nanti.

Nampak gaya macam kena jadi Napoleon Dynamite lah. Tidak berperasaan untuk seketika dan menjadi seperti kacang berjalan.

Ooopsss, dan jugak tambah keja keja baru macam outline untuk World Literature, proposal EE yang sampai sekarang asyik nak tukar, dan prepare untuk Theory of Knowledge punya oral.

Dan semua tu mesti buat dalam masa 2 minggu ni. Tambah pulak dah nak dekat exam.

Dan peliknya, aku tak rasa nak complain pasal semua benda ni pulak. While all people around me keep on screaming like hell pasal kenapa kena ada TOK oralentah , kenapa kena ada esei World Literature untuk Malay entah, kenapa kena ada EE entah, kenapa aku dapat IB entah, I; nur aminah mohmad amin have no complaints at all. Well, at least aku boleh pulak berfikir positif kan? Hebat!

Because my biggest problem is myself. Bukannya semua benda ni. Yu komplen marah2 pun yu still kena buat semua benda tu sooner or later kan. So why bother complaining?

Komplen2 tu jugak salah satu sebab aku rasa nak sumbat stokin dalam mulot dorang.

HA HA HA. sori. kidding only. i dont have socks anymore since I wear black shoes to school because wearing socks sangat tak cool.

* * *

Ok, lets become Napoleon Dynamite and struggle for final exam ok?

# akan bercuti bersalin untuk seketika dalam usaha menjadi si baek kembali...

Sunday, May 10, 2009

Hepi Mader's Deh!

Saya sayank mak saya sebab:

[x] dia pandai masak segala jenis benda yang saya nanak makan. namun masakan beliau yang saya terpaling suka ialah nasik ayam. bila makan nasik ayam mesti saya tak pernah rasa kenyang. mak saya hebat. laksa beliau pun sedap. betoila apa org cakap air tangan mak tu yang terpaling best tak kira kat mana mana pun anda duduk.

[x] beliau sangat garang. tapi saya tak melawan sebab saya tau, saya cuma akan dengar beliau marah-marah dalam masa beberapa tahun je lagi pun. tak rugi mendengar suara beliau. sebab satu hari nanti mungkin saya takkan ada peluang nak dengar suara beliau lagi.

[x] dia tak suka makan luar. saya sangat sayanggggg mak saya sebab ni. sebok macam mana pun beliau akan masak. tak pernah biar saya kebulorr pastu kena masak megi. dia tak beli makanan luar pastu bawak balek rumah sebab saya memang tak suka lauk tunjuk-tunjuk bawak balek rumah.

[x] tak pernah banyak tanya. selalu percaya saya. tau saya ni anak yang baek tak buat jahat over over belakang dia. tau saya memang takde boifren. jadi tak pernah risau lebih-lebih. dan sebab tu saya memang tak berani buat apa dia tak kasikk.

[x] beliaulah mak dan bapak saya. ye ye ye saya tau saya ada bapak tapi mak saya lagi kebapakan dari bapak saya sendiri apa buley buat..

[x] melayan saya. walaupun saya perangai burok; baloq liat, pemalas nak mampoihh, ketegaq tapi beliau maseh mengaku saya dari keturunan beliau.

[x] kalau takde dia saya takkan ada kat sini membuat IB diploma.



Dan sebab banyak lagi, saya sayank ummi saya sangat sangat sangat sangat kuasa infinity!~


hepi UMMI's day!

Saturday, May 9, 2009

Hari ni..

Satu. Bangun pukul dobelas. (ohh, jangan buat pandangan itu tolong tolonggg) Terus mandi dan makan. Makcik masak nasik ayam hari ni. Oh sedap sampai sengkak perut saya makan. Tima kaseh makcik, sayank makcik esok masak ayam lagi ek makcik?

Dua. Membuat kerja rumah dengan sangat tekun. Kimia seronoklah bukan? Penah belajar Kimia? Ia ialah subjek terpaling seronok di alam semesta. Lagi2 bila dibuat bertemankan Encik R.Chang yang mukanya agak boleh tahan jadi buat pun tak rasa mengantuk. Saya dah mula mencintai Kimia rasanya. Kamu bagila saya semangat. Barulah boleh terus mempertahankan keseronokan belajar Kimia ni..

Tiga. Melayan cerita Zettai Kareshi Special. Dalam bahsa omputeh kita cakap Absolute Boifren. Ya ya ya saya tau dah lama dah kuar kan? Aku ja ketinggalan sikit baru nak tengok dia punya special. Tapi tak kesahlah. Masa tengok tu nanges nanges soksek sana sini sampai hingus melimpah ruah sebanyak satu baldi. HA HA HA. Ey eyy, cerita tu sangat touching kot. Mana tahan pun tengok robot tu sangat rumentik. (sambey berangan nak boifren mcm itu). Haishhh kiut kiut kiut. Paling suka tengok dia tinggi sangat sampai nak cecah dinding. Pastu dia masak sarapan bubuh sos bentuk love. Then dia tahan lori dengan badan sampai nak mati batteri dia. Hebat! Hebat! Tapi dia sedar dia tu robot je tak layak nak hidup mcm manusia jadi dia mintak nak mati. Kesian la sedih sedih. Part tu la paling nanges teruk.

Kesimpulan:jgn layan cerita Jepun leleh leleh kat kolej. Nanti emosi terbawak-bawak sampai ke malam.

Empat. Menjaga koop sebab teman rumet. Best la jugak. Melayan pakcik guard mengumpat orang. Haishh, orang tua2 boley tahan jugak bergosip eyy? Tapi takpe at least belajar bersabar dengan orang tua sebab nanti pun bakal tua. Seronok jugak tapi taktau nak reply apa. Pakcik asek komplen pasai harga air tin mahai. Then asek mengumpat orang yang sama tak habis habis. Sabar je la...

Lima. Naek hangin dengan klasmet sendiri sebab asek paksa aku pay attention padahai aku memang dah tadah telinga pun. Hanginnnnn hanginnnn. Disebabkan mood memang dah sedia tak baek jadi memang pantang tok moyang kalau orang mengarah-arah aku di kala aku memang tau apa nak buat. Sori la ok? Memang sejak petang tadi rasa nak marah tapi taktau sebab apa. Jadi bila ada salah sikit ja memang sensitif lah. Sori sori lagi sekali.

Enam. Ni dah pukul 4 tak reti reti nak tido lagi. Esok bakal bangun pukul dobelas lagi rasanya.

Azam esok hari : menghabiskan segala kerja rumah dan menjadi ceria!

Sebok sikit: tadi terjumpak facebook amey. terpaksa mengaku saya terindu dia.

Menjawab Tag Dari Si Kecik

Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Beliau ialah pakcik izz. Beliau seorang yang comel. KOT. ha ha ha..sekolah sangat dengan saya namun tidak pernah ketemu..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

[1] Sangat suka makan pizza dan kegemaran utama ialah tido tanpa dikacau.

[2] Menggunakan wang dengan sangat over ialah kegemaran jugak. Namun sedang dalam proses menabung untuk masa depan dan anak-anak.

[3] Warning : sapa kutuk jerawat aku, aku sumbat stokin dan cawan DS dalam mulot beliau!

[4] Berkeinginan bercinta dengan David Archuleta sebab beliau hensem, cute, charming, menawan, rumentik, kaya, chubby, pandai menyanyi dan men piano serta berambut hitam dan berkuku pendek.

[5] Hobi utama ialah makan dan tido.

[6] Sangat mudah cair ketika melihat aiskrim (omaigod, lamanya x makan konetto!)

[7] Kegemaran seterusnya ialah beramah mesra secara kurang malu.

[8] Sekarang dan setaun setengah yang akan datang akan menjadik tersangat bizi dalam proses mencapai cita2 dan menjadik kaya sebagai doktor gigi. (mari bersama menuju kejayaan!)

[9] Impian utama ialah mencapai berat 45kg pada akhir 2009.

[10] 9 perkara di atas ialah fakta dan hobi saya.

Sekian. terima kasih.


Friday, May 8, 2009

14jam punya tido..

Hari ni hari yang terpaling tragis sekali sepanjang 1 tahun setengah saya menduduki bangunan Kolej Mara Seremban ini.

Semalam saya demam. Ok la ok, sesema. Tapi sesema tahap teruk. Yang bersin juta juta kali pastu kena ada juta juta tisu tu. Aaaah, korang mana faham sebab semua org cakap dorang tak penah jumpak manusia bersin teruk teruk macam ai ni.

Takpe, saya dah memang macam ni sejak kecik. Dah biasa dah. Sebab tu sejak dajah dajah lagi, orang kalau nak mintak tisu mesti datang kat saya. Sebab saya akan ada tisu setiap masa.

Kadang2 menyampah jugak. Apa ko ingat mak aku juai tisu ke haa haaaa??? (membuat garang tiba-tiba la poyo betul)

Balek cerita asal. ni apa kehey la crita pasai tisu ni?

Tadi pagi aku bangun pukul 7 lebey dan terasa sangat tak larat nak g skolah. Siries, sakit kepala berat sangat. Aku tau dah. Tu nama dia PES; pre-examination syndrome.

Bila nak exam la nak sakit pun. Bila nak exam la nak ngantok over over pun. Bila nak exam la nak sakit perut, sakit lutut, sakit saraf, sakit jiwa dan sakit sakit lain seperti sakit kulet kepala dan sakit nak beranak.

So, tadi saya tak p sekolah. Dawa cakap Tamam risau. Tanya itu ini. Sebab semalam pun dah g amek pink slip dengan Tamam. Asek paksa saya pergi ke klinik dan hospital sebab terbersin depan dia kot, he he he. Saya cakap taknak, maknanya taknak laaa.

Pastu pukul 12.40 baru saya bangun. Ngeeeee, rumet saya pun mati sekali laaa. Dua-dua kojoii. Gila ka pa woii pukul 12 baru nak bangun? Apa ko ingat orang nak amek ko buat menantu?

Well, tolonglah faham. Mana sengaja punn. wUuuuu~ (sambil lap hingus dengan gaya comel)

Lepas mandi, g DS untuk makan. Lepas makan, semayang pastu tido balek.

Petang kena kejut untuk juai paper. Itu pun dah pukul 5. Sakit kepalanya Tuhan saja yang tau. Tapi bangun jugak sebab takut dengan Bos.

Pastu petang tibai ais kacang 2 cawan. Haaaaaa, entah bila pulak nak baik tatau. Tu la hampa, sapa suruh membuat godaan ais kacang dan eskrim bandung yang menarek? Kan dah tak buley tahannn..

Tapi mcm bes pulak tak g sekolah. He he he..

Monday, May 4, 2009

miyn tak mintak puji pun..

kalau ada anda anda yang senyum tapi saya tak balas..

kalau ada anda anda yang membuat lawak tapi saya tak gelak..

kalau ada anda anda yang bercakap tapi saya tak layan..

SHAYE MEMINTAK MAHAPPP.

emosi saya akan menjadikan muka saya seperti napolean : popcorn basi yang hampir berkulat dan blurr dalam segala hal pastu tak hensem pulakk tu.

saya tak berdaya nak mempraktikkan "i act in spite of my mood."

tolonglah faham.