Thursday, December 4, 2014

Assalamualaikum :)

Today I'm so happy because I've done ortho case discussion and presentation. Fuhhhh! Rasa macam hilang 78kg beban di bahu yang aku tanggung sebulan. Reason being is, I kind of dislike ortho (not hate). But harini aku suka sebab Dr Reenu.

She just proved that there's hope left in Orthodontics for me to actually enjoy the posting. She made it fun, santai, tak stressful, and she always smiled :) love love! So whats left is for me to do the appliance and deliver it to my patient, yeahooo!

Petang pulak aku join Pedo practical group C because I'll be missing the class on Monday sebab ambil exam kan. Aku happy jugak sebab dah siap sampai tooth preparation and dapat signature, yeahuuu again! But the lab works never end though. Belum trim cantik2 cast crown patient, cast ortho patient. Pulak tu tadi malapetaka berlaku di mana wire aku patah masa aku tengah polish appliance aku. Dahla due date kena submit esok.

Lepas tu masuk dalam plaster room, rasa geram tengok sampah sarap banyak sangat. Geram dengan maknusia yang boleh tinggalkan mangkuk berisi plaster of paris tanpa basuh lepas guna, biarkan plaster atas meja, biar alginate impression kering dalam impression trays, biarkan chamber semak.

How can these people exist? How can u become a semak person?

So, I left the room and went back to the hostel to find some peace. Only benda ni je tak kasi aku happy.

Wednesday, December 3, 2014

Final Year Hectic Life.

Assalamualaikum :)

I'm supposed to have prostho competency test tomorrow, but the Auntie decided to go to KL so, I wont be having mine, instead I will have it on Monday.

Despressed gila sebenarnya tadi. Tapi fikir balik, aku sebenarnya dah drained out la these few days. A lot of things are happening around me so maybe bagus jugak rehat kejap malam ni. Malam ni je la.

Tadi classmate aku cakap, "you know, I think we are sooo busy during the class hours because most of the things we need to do in the lab. But once we go back, we are very free, right? Nothing to do.."

I was like, seriouslyyyyyyyyyyyyy??

Let me tell you apabenda la yang bagi aku rasa busy sangat macam seorang wakil rakyat nak dekat pilihanraya.

1) Orthodontic appliance aku tak siap lagi. Sikit lagi nak siap la. Kene polish. Tapi due date dia lusa. Kalau tak, nanti cikgu taknak bagi attendance untuk posting. Huahua. Masa yang ada untuk aku buat benda ni cumalah daripada pukul 5-6 petang. Itupun lab akan sentiasa penuh dengan maknusia.

2) Dance practise. Gatai sangat nak join. Alasan kononnya ni final year. Tapi takpe sebab aku enjoy buat tarian 1 Malaysia dengan classmates pelbagai kaum aku. Practice session will be at 7.30-10.30pm untuk malam-malam tertentu.

3) Seminar. Dengan takdir Ilahi, walaupun ada 5 subjek dan sepatutnya rotate every subject and every individual, aku dapat 4 subjek semuanya turn depan-depan. Next week aku akan habis seminar keempat aku. Ada orang geram sebab depa tak start 1 apa lagi seminar huahua. Memang serious penat pastu asyik muka aku ja naik mini stage depan kelas tu but mungkin ni cara Allah nak tolong aku so that nak dekat exam nanti takyah la dok risau pasal seminar dah.

4) Surgery. Aku cuma nak cerita yang aku buat impaction surgery dekat adik aku semalam hihi. Syahdu aku nak hantaq dia balik KL sebab dia tak cukup rest lagi kan tapi aku dah bagi dia makan aiskrim and bungkuskan bubur nasik. Dah belikan painkiller, bagi emcee semua so should be okay. Plus murah ja kot kalau aku buat. I dont like part kena keluarkan gigi tu. Geram bila dia bergolek-golek dalam bone tapi taknak keluar. But I'm proud of myself of whatever that I had achieved yesterday.

5) Competency test. Kitorang ada prostho competency test untuk border moulding, untuk surveying procedure, dan jugak untuk design removable partial denture. Ada competency test untuk surgery jugak. Pedo pun ada tapi sebab aku tak mencapai target kuota lagi so turn aku entah la bila. Test kalau setakat baca je takpa. Ni kena cari patient, kena prepare cast, dalam masa sama ada benda kena buat untuk ongoing patients lagi. So dekat lab tu memang ada macam 2-3 benda kena buat sampai pening dah nak start dengan mana satu.

6) Crown. Alhamdulillah setelah 2 kali patient yang aku request untuk crown gagal datang (Depa asyik lupa nak mai ja pasaipa tatau pastu lagi sorang tu hilang tanpa kesan), akhirnya tadi a nice cute auntie came to become my very first crown patient. Comel yang amat. Crown ni banyak jugak procedure dia. Masa datang kena buat examination and diagnosis, then present case and discuss dgn lecturer. Lepas tu ambil impression. In between appointments kena buat mock preparation on the cast, dptkan approval cikgu, lepas tu lengkapkan borang E&D tadi, make sure tau semua jenis procedures yang kita akan buat sebab agak banyak barang dan materials yg diperlukan masa procedures tu. Dahla dental punya barang banyak yg kita kena pandai manipulate, kalau tak dia akan set (keras), ataupun messy, dan menggagalkan semua procedures pastu kena buat lain. As a human normal la kalau 1 hari tu students semua panggil patients, lepas tu bila cikgu nak tolong kita, barang pulak tak lengkap, silap buat pulak tu, dia pun jadi emosi la dan serabut pastu nanti tak pepasal kena marah.

7) Ortho. Alhamdulillah walaupun aku cuma ada 1 je patient untuk ortho treatment, aku syukur sebab dia comel dan baik and very cooperative. The downside is dia budak medic and dia cuma boleh datang on khamis or jumaat je. So, lambat sikit la proses aku nak complete kan case dia. We need at least 5 cases, and have to complete 1 case. Aku harap aku boleh complete case dia ni sebab cuma minor teeth movement je yang diperlukan. Sesapa nak cantikkan gigi dengan harga murah bolehla jadi patient aku :D

8) Flap surgery. Alhamdulillah aku ada patient yang perlukan flap surgery for all quadrants in her mouth. Walaupun aku tak minat sangat buat surgery sebab cepat lenguh tangan dan nanti body aku jadi panas semacam bila aku terlalu cuba nak fokus mata aku, but Im thankful for the opportunity to learn from her. So far dah buat 1 quadrant and it was fun. Next, doktor aku cakap nak bagi try buat laser and patient dah agree. We'll see :D

What I could see in this final year is, clinical works sangat banyak. Lepas clinic habis, pergi lab. Lepas tu balik rasa penat sangat sebab penat berjalan berlari seharian. Pastu ngantuk. Pastu tak cukup masa nak study untuk clinical procedures, apatah lagi theory. Kalau ada seminar, masa akan spend buat slides. If ada test, baca untuk viva pulak. Sometimes bila balik bilik dan rasa penat, aku akan fikir, apela aku buat harini sampai nak bukak mata pun tak boleh...huhu.

oh. My dance competition will be next week. Then aku join ranggoli jugak for fun. Basically next week jadual aku penuh dengan test, seminar, competition, surgery. Tapi bagus jugak busy. Barulah belajar nak hargai masa lapang sikit :)

#Abang Zul kahwin Ahad ni! (abg zul tu lab technician kitorang. We're giving him a television!!)





Saturday, November 29, 2014

Human flaws.

I realised that I lied most of the time. Kadang bila ada isu jadi, orang mintak maaf because they knew they were wrong, I simply said, " aku tak kisah pun." When I cared actually. I lied because they said sorry anyway, kenapa perlu kita panjangkan isu kan?

I know I still hold the issue in me when the feeling that was there when the incident happened keeps coming back whenever I remember it. For example, aku marahkan A. Lepas tu aku cakap aku tak kisah dekat A. Tapi 10 tahun kemudian bila aku ingat kan balik kejadian tu, aku still rasa marah.

Maksudnya aku masih belum ikhlas dan redha dengan insiden tu sebenarnya.

I always opt to keep everything inside, selama mungkin untuk tak sakitkan hati sesiapa atau hati sendiri. Aku tau aku explode bila tiba-tiba aku boleh menangis. Macam satu kejadian ni bilamana sorang cikgu aku selalu tangguh-tangguh nak sign folder patients dan logbook aku, dan pada 1 hari, bila aku dah usung folder patient depan dia, dia pegang pen dan sesaat kemudian dia cakap, "Sorry I cannot sign now because I'm having a flu".

Aku punyala marah..on the way nak pergi balik chair aku untuk letak file, aku terjumpak Fana, pastu terus air mata aku mengalir sebab aku seriously marah rasa macam nak robohkan 1 bangunan tu.

Tapi sekarang aku dah boleh gelakkan balik insiden tu, maksudnya aku dah ikhlaskan apa yang terjadi dan aku dah maafkan pun cikgu tu.

Harini aku sedih lagi. Because I'm hungry. Lalu aku recall balik insiden haritu yang bilamana aku cakap aku mengidam nak makan nasik lemak, aku ajak orang teman...diorang cakap awal lagi. Ended up tak makan langsung. Cakap sorry. Aku cakap aku tak kisah. Walhal aku sedih yang amat.

It saddened me a lot bila orang bagi excuse dah makan biskut, dah makan roti, malas nak tukar baju etc, and not thinking about accompanying their friends. Kecuali sesetengah orang. I dont know, it's just my thought. Dan aku sedih sebab Dawa dah kahwin. Kalau tak, dialah yang selalu teman aku makan at random times, dan kalau dia mesej ajak makan pun, I'll always try to make time for her. She might be the ones yang akan buat macam tu untuk semua orang, while me, aku cuma buat mcm tu dengan orang yang aku tau akan buat benda sama, sebab aku masih belajar untuk ikhlaskan perbuatan aku.

Which explains kenapa aku prefer to be alone sometimes. It's easier to lie to myself than lying to other people.

Benda yang buat kita marah, sedih ni sebenarnya bukanlah benda tu semata. For example orang tak ajak aku makan tu. Huahua, I actually am so stressed out sebab banyak perkara lain, so benda tu cumalah trigger. Macam dalam newspaper tu, kalau ada berita, "suami pukul isteri kejut sahur"....bukanlah sebab isteri dia kejut sahur pun, tapi sebab dia ada banyak sangat masalah dan time isteri dia kejut sahur tu malangnya ialah trigger untuk dia explode kan semua benda dalam hati dia.

So today I was alone in my room. I had no one to text with except my family. And knowing me; selalu nak appear kuat dan tabah, I dont tell my problems to them much sebab taknak nampak lemah dan lembik. Ended up aku hypoglycemic sebab aku cuma makan biskut dan minum kopi (tapi memang aku tak lapar masalahnya). Hujan tadi so takboleh nak drive sebab kereta aku heater dia rosak. Alhamdulillah abah baru bank in duit so aku mampu nak order Dominos pizza sebelum aku pengsan sebab kekurangan gula.

Banyaknya nikmat Allah bagi. Apelah guna nak sedih sebab maknusia kan.

Nampaknya dah lama aku tak practice apa aku belajar dekat The Amazing Goal Praying workshop tu. Huhu, last ialah masa aku tolong ok kan sakit kepala kawan aku. Then masa aku cuba lawan mengantuk dalam kelas.

Do you know banyak masalah kita boleh selesaikan bila kita berbalik kepada Allah? Bukan dengan ubat. Bukan dengan dengar lagu. Bukan dengan bersendirian. Tapi dengan mengingati bahawa Allah lah yang memungkinkan semua ni jadi dekat kita.

Redhakan. Ikhlaskan. Pasrahkan :)



Saturday, October 18, 2014

Okay.


Petang tadi practical Prostho. So, setiap group ditugaskan untuk buat cast untuk setiap seorang guna typhodont teeth yang dah di'prepared'. Group aku paling last, so harini lah kitorang buat.

Since hari ni hari Sabtu (kelas ganti deepavali), tiba-tiba walaupun dah pukul 2.15pm, lab still sunyi dan pilu. Mentang-mentang harini lab technician je akan supervise kitorang. Semua amek kesempatannnn kannn :S

Haritu kitorang ada competency test untuk crown preparation. So, typhodont set yang ada kat kitorang semua nya tak lengkap. Untuk memudahkan kerja, aku dengan DJ, kitorang sort out sendiri bagi lengkapkan 1 set. Bukak skru, Skru gigi baru.

Tiba-tiba Mr S mai, dia macam kelam kelibut suruh bukak gigi, amek gigi tu, simpan gigi ni. Basically semua orang tetibe jadi confused. Dahlah ada wax pattern kitorang buat yang belum dapat approval lecturer lagi. Dia kata takpe takpe buat je lahhhh apa dia cakap.

Otomatik mood aku berubah. Dalam keadaan takpaham, aku amek tempat aku, dan aku duduk dalam keadaan muka serupa tahi. Bila orang tanya soalan, aku cakap, aku buat je walaupun aku takpaham sebab aku malas nak tanya banyak. Dengan ada lagi seorang ni mai lambat pastu buat blurr blurrr eh kena buat apa eh ape korang buat ni arghhhh I couldnt handle it at that time. Geram.

Until Rachel suddenly asked, "Miyn, are you okay?"

I guess tu first time she saw the other side of me. And usually kan kita rasa geram betul bila kita tengah tak okay tapi orang tanya hang ok ka tak. During that situation, aku macam kena tamparan realiti sekejap.

I felt ashamed that I showed the ugly side of me. In fact Im ashamed to have that in me. Sangat lah senang bertukar mood. Apasal la susah sangat nak bertenang sikit, bersabar sikit (Walaupun aku memang anti situasi kalut kalut yang sebenarnya boleh cool je. aku kan dah cakap aku tak suka orang buat benda bagi complicated).

To cut the story short, Mr S ni pulak jenis nakai. Dalam lab main calit plaster la. Nak suap alginate dalam mulut aku la. Renjis ayaq. Bla bla bla. Dia taktau ke aku geram lagi dengan dia. Annoyed jugak sebenarnya kalau kena kacau banyak kali sangat, but I'm gonna be needing his help anyway, so layan je la kan. Guys mature later than us ladies, so....hehe.

My point is, sometimes we tend to get irritated with some people at some point of life. Benci bila receptionist buat endah tak endah. Benci bila dental assistant lambat buat kerja. Benci itu. Benci ini. But thats not the reason for us to be rude.

Setengah orang rasa dia sangat bos, dia main arah-arah je orang tu buat kerja (walaupun tu mmg kerja dia) tanpa ambil kira orang tu tua ke, sebaya mak ayah kita ke, sebaya abang kita ke. Thats not our culture. You dont wanna be hated at your work environment. You need help. YOU CANT DO YOUR JOB ALONE. And you need to make sure those people are happy to help you, bukan tolong kau dengan perasaan menyampah.

Berlakon lah. Berlakon untuk berkelakuan baik bukanlah hipokrit. Kalau hari-hari kau berlakon insyaAllah kau takpayah berlakon dah suatu hari nanti.




Wednesday, October 8, 2014

Rindu.

Allah.

Tak sangka aku dah melanggari janji sendiri untuk tulis blog. Ingatkan dah nak kena lelong dah blog ni (mcm laku smacam la pulak), rupanya boleh sambung tulis lagi yeayyy!!!

Was reading through my few latest posts. God I forgot most of events I wrote actually. That shows how important for me to continue writing! KAN?? Agree? Ah whatever.

I dont plan on what to write so lets just with an issue of mine.

I AM A COMPLICATED PERSON.

AND I DONT LIKE COMPLICATED THINGS.

Complicated things ? - they are subjective. Might be complicated to you but not to me.

Slowly, slowly aku makin benci dengan kualiti diri aku yang satu ni. Usually cepat rasa nak marah bila sesuatu complicated berlaku.

Thats why sometimes aku rasa taknak angkat phone bila Fauzie call. Usually perangai complicated aku berlaku di situ jugak dan tak boleh diundur kembali. Kalau mesej at least boleh jugak aku bertenang dan berfikir lalu reply mesej dengan sesopan yang mungkin. Untunglah beliau sangat sabar. Sampai bila aku pun tak tahu. Semoga dia sabar dengan ikhlas dan bukannya sebab terpaksa.

Just now ada someone tanya, di manakah stesen komuter di tbs. Berapa lama nak pergi situ? I answered dengan sgt malasnya ; go and figure or u can google it up.

Gila menyampahkan betul perangai miyn. Lepas tu aku diselubungi perasaan bersalah sepanjang malam. Good girl.

Pernah aku bertanya kpd Allah, Ya Allah kenapa makin lama aku makin teruk ni? Isu dalaman makin parah. And then something just occured to me ; hang ni tak cukup baca Quran ni sebab tu makin menjadi-jadi masalah hati hang. Maybe.

Kunci ketenangan adalah dengan mengingati Allah.

So, thats all. I've made my conclusion.


Tuesday, December 31, 2013

2014. Im gonna start writing again.

Assalamualaikum :)


Hello. So here I am, after a longgggggggg leave from writing. I guess I figured out that I kinda miss blogging. Which explains why I'm writing again. Yeah!

So lets skip everything that happened while I was away shall we? Boringlah bukan orang nak tau pun kan. I just wanna share with you my experience in the dental clinic today.

Today I was in oral surgery posting. Dr K was on leave so Dr V had to be in charge. Allah bless my group as we always have quite a lot of patients, Alhamdulillah.

My patient today is a non-muslim uncle (why Im telling this? I'll explain later). I'm supposed to extract his right upper first molar because the pulp is already exposed and my conservative lecturer said nothing can be done, so extraction is the best way.

We were running short of instruments and the uncle who is always punctual came quite late today. I was worried because the aspirating syringe were all booked by my groupmates who were also waiting for their patients. But kind-hearted as they are, they said I could take it if my patient came earlier than theirs.

So I went to the cupboards where all the instruments are kept and started searching for the right forcep. And then came a senior.

"Hey amira. aminah. right?"
"Yes? Call me min je la.."
"Can u tell me how to do PSA aa? I heard that you are very good in giving PSA. So confident!"
"Heh? PSA is easy right. Just palpate the zygomatic buttress and then give injection behind that. Easier than IAN I think"
"Huyyooo, no wonder they said you are very good. Im always scared to do PSA. Im gonna have to do it later"
"Youuuuu....perli aaaa"

HAHAHAH. Oh in case u dont know, PSA is the name of a nerve, which we are supposed to block so that the patient will be anesthetised. I guess a senior might have told her that I really wasnt scared when I gave my PSA last time when I assissted the senior because they are not allowed to do simple extraction anymore (it's our requirement, they will only be doing surgical cases). Thanks to Dr K because he always put his trust on his students to try to give the injection themselves.

Im scared to do IAN injection though because I only did it once this year. And I begged Dr V to supervise me doing that. Hehe. *blinkblinkcuteeyes*

Oh, and later my patient came. There was a aged-lady with medical problems so Dr V had to be there and do the procedure just to avoid any complication. So, I had to do the extraction alone. But Alhamdulillah I wasnt scared because I had mastered the art of maxillary injection! HAHAHAHA. Nasib apela asyik dapat gigi atas and then root stumps. Ini baru first time dapat gigi seketoi setelah 3-4 minggu asyik korek root stumps.

First, I had to take the uncle's blood pressure, so I had to put the stethoscope inside my tudung la kan. And then he asked.

"Tak pakai tudung tak boleh eh?"
"Tak boleh. Nanti Tuhan marah"
"Tapi susah la you buat kerja. Kena masuk dalam ini semua."

"Takpe uncle, susah kat dunia saja."

Ya Allah. Dugaan betul. After I did my extraction, alone (hoorey!), I asked the uncle to pay downstairs.

"Ala, takpayah bayarla. Kita bayar tax dekat government kenapa kena bayar?"
"Ini private uncle, bukan government."
"Ya la, tp kita bayar tax."
"Saya tak bayar tax pun?" (cubaan buat lawak)
"Kawan I haritu buat takpayah bayar pun."
"Maybe student tu lupa nak bagitau kot. Kena bayar. Dengan I, I make sure semua orang bayar. Takde excuse"

Fikir balik, I was quite .... strict. Maybe I was carried away with his statements before that. Im not angry. Im just quite annoyed. But it's something I have to learn to accept at that moment and not letting it stays in my mind after I stepped out of the clinic. The uncle is very nice and very cooperative, just that I have to learn to counter his words. Hee..

Apetah lagi bila patient paksa-paksa siapkan cepat. To not add to the stress, I will tell them, I'll try my best but I wont promise anything. I wanna do my work out of the feeling that Im responsible to do it, not because a patient force me to do it.

Someone told me, kalau kita tahu tujuan kita hidup, tujuan pekerjaan kita, kita tak akan stress. Sebab kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah. Alhamdulillah, walaupun aku tak rushing-rushing nak siapkan denture, Allah permudahkan semua urusan dan siap je on time, patients pun tak marah-marah :)

For any dental/medical students out there, lepas solat, doala, mintak dengan Allah, bagi kita patients yang cooperative. Doakan untuk kebaikan patients jugak, sebab doa tu last sekali akan di-aminkan oleh malaikat untuk kita jugak :)

Assalamualaikum.

Sunday, March 24, 2013

Kenangan Pertama Miyn di Hospital :)


Dulu aku selalu rasa. bestnya kalau boleh jadi macam dalam filem. Terpengsan kat tempat lain, pastu orang bawak gi tempat lain, then bila sedar je, macam "Eh, aku kat mana ni?"

Secara tak sangka Allah makbulkan impian kanak-kanak aku tu. Sabtu lepas (16 March 2013) aku dimasukkan kat Putra Specialist Hospital, Melaka.

Sebelum tu, aku pergi Klinik Bukit Beruang. Doktor dah bagi antibiotik untuk 4 hari tapi tak berkesan. Jadi dia refer aku kat Orthopaedic iaitu Dr Z. Beliau satu-satunya doktor Muslim dalam bidang tu kat Putra Hospital. Alhamdulillah la doktor kat klinik tu memahami :) kalau kebetulan pun taktaulah tapi aku bersyukur je.

Jumaat, lepas kelas pagi aku ajak Dawa hantar aku ke hospital tu. Lepas register, kitorang pergi ke bilik Dr Z. Fuyyyoh! Lawa gila bilik dia baqheangggg. Dah macam hotel dah dengan lampu oren dan interior design yang memang ohsem la. Doktor tu cakap, antibiotik yang doktor klinik bagi tu tak kuat. Dia nak try masukkan antibiotik lain secara IV (intravenous).

"Masuk ward la eh? Ada insurans?"

Gulp. Ketaq lutut bila dia cakap kena masuk ward. Dah terbayang dah dalam kepala nanti jadi loner kat katil, orang lalu lalang, ditinggalkan sorang-sorang. Ho mai! Aku pun tunjukkan kat dia kad insurans kolej aku. Aku mintak tangguh nak masuk hari esok. Aku janji nak datang pukul 10pagi.

Esoknya, lepas dah siap packing barang, Myra hantar aku gi hospital. Tapi ramai sangat orang, so dalam pukul 10.30am baru habis registration. Lepas akak tu call kan insurans dan confirmkan semua, aku pun jumpa Dr Z.

"Laaa, makin teruk. Tu laa, degil semalam taknak masuk."

*sengih gaya kambin*

Agak lama nak tunggu admission tu. Around 11.45pm kot baru aku dibawak naik tingkat 8, wad perempuan. Aku dapat bilik 3-bedded. Takut gila. Myra pun macam blur taktau macam mana nak tinggai aku. Huuuuu. Aku tengok tv tu dah dipusing tala kat orang katil hujung belah sana. Sebelah tu auntie Cina. Family dia tak putus-putus datang. Stress dah aku. Takleh tanggal tudung la nampaknya gini.

Tak lama kemudian, nurse datang.

"Adik, sorila akak taktau yang awak ni patutnya bilik single. Tapi sekarang semua full. Awak sabar kejap ye.."

Hoyeah? Aku pun taktau. HAHA. Siapa yang tentukan aku bilik mana? Blurr. Sepanjang aku atas katil tu, aku cuma main Word Search dalam buku RM4.90 yang aku beli guna baucer buku. Sobs.

Petang sikit, lepas aku makan, nurse datang. Dia ajak pindah bilik. WEEEEEE !!!

So, this is my rooooom :) I'm so very the happy finally got this room baby! Ada tv, ada almari, cermin muka,toilet lawa, pemandangan ohsem bandaraya Melaka dan paling penting PRIVACY all for myself.
 


So, for the first 3 days, aku cuma makan tido, dan tunggu injection antibiotik through branula kat tangan kiri ni. Aku bajet nak tunjuk pandai la, aku tanya nurse tu, 'ni jarum berapa gauge kak?' tapi dia pulak yg blurr. Dia kata jarum ni yang paling kecik. Sekali dia cucuk kat pergelangan tangan :( Maka susahla aku nak gerakkan tangan. Dia dah bagi warning..

"Kalau awak gerak banyak, nanti bengkak. Kita terpaksa cucuk tempat lain pulak"




Makanan kat sini sedap-sedap. Cukup masin dan minyak hihi. Takde ghupe makanan orang sakit pun. Everyday, dia akan bagi kita pilihan menu untuk hari esok. Kat bawah ni tomyam ayam, dengan ayam masak merah.



Sebenarnya, aku malas nak bagitau sebab apa aku masuk hospital. Satu, sebab aku sihat walafiat tak terburai atas katil. Dua, aku sendiri rasa macam takde mende punnn. Selalunya, kawan-kawan yang terchenta mai melawat, usually at night after class. Aku pun ok je kalau tak mai sebab aku faham, penat pergi kelas kan. Tapi rasa sebak jugak bila nurse asyik tanya, takde orang jaga ke? Takde orang teman ke? :(( Nasib baik ada tivi tolong temankan. 

 Setiap pagi, doktor Z akan datang tengok. Hari Isnin tu, dia buat keputusan..

"Kita excise la. Esok pagi, 8.30. Under GA, boleh?"

Takuitnyaa! Dahla aku ditakutkan dengan post-op effect GA yang sangat dahsyat. Muntah, pening, etc. Dia kata, kalau taknak GA, kita buat spinal anesthesia. Ah sudah, tak pepasal aku kena mendedahkan body belakang pulok. Confirmla sakit. Aku kan keding.

Esok pagi, aku dah siap mandi dan pukul 8, nurse datang bawak baju dan topi. Lepas tukar, aku tengok dah ada katil sedia menunggu aku dalam bilik. Baring. Dan ditolak ke dalam lif. WALAWEY mcm dalam Grey's Anatomy pulok. Har3. Sampai kat dalam Operation Theatre, dah ada team surgery sedia menunggu. Aku diangkat ke katil yang lain. Auww! Bilik OT sangat sejuk, menggigil aku dalam tu.

Tak lama lepas tu, datang Dr K, pakar bius. Dia tak tanya apa pun, terus bagitau nak guna GA. Dia tengok branula aku...

"Dah lama ni, kecik sangat. Kita buat baru lah. Cepat2!"

Ngeee. Now kiri kanan tangan aku dah ada jarum. Nice. Aku baru tau rupanya branula ni color coded. Hijau ni cuma untuk anesth. Dan jarum plastik dia besar gaban!


Aku rasa macam ada 8 orang bermain dengan body aku. Sorang sapu solution apa entah kat kepala, belakang telinga. Sorang betulkan tangan. Sorang pelekat sticker (huu?). Semuanya terlalu laju.

"Ok Aminah. Baca Bismillah, selawat 3x, baca Al-Fatihah ye..."

Aku cuma nampak dia inject solution warna putih dan Poooof! The next thing, aku dah ada dalam observation room tingkat 8 :)

Malam berikutnya, semua gadis-gadis melayu BDS II datang melawat. Terharu ;')


Hari Rabu, Dr Z datang tengok wound. Dia cakap, Jumaat ni kita jahit lah. Under GA. AGAIN???

"Kita kena undermine lagi. Sakit. Tak boleh buat under LA"

Haihs. Maka sementara tunggu hari Jumaat tu aku habiskan la dengan makan tido macam biasa. Nurse-nurse kat situ sangat baik. Aku suka cara dorang kerja, cara dorang borak. Nampak macam dorang pun enjoy je buat kerja, nampak semua macam dah expert. Takde yang garang macam kat tempat yang kitorang wajib pegi setiap hari Khamis tu...errr hehe.

Sepanjang stay aku kat situ, blood pressure aku sangat low. Nurse dah risau aku akan pitam. Aku cakapla , aku okay ja. Cuma 1 pagi tu aku memang rasa nak pitam. Lepas tu terus aku muntah. Mungkin sebab aku tak makan apa-apa lepas surgery tu. Perut masuk angin. Tapi effect lepas GA tu biasa ja. Takde demam, takde pening, takde loya, nothing :)

2nd time nak masuk OT, perkara yang sama la kena buat. Salin baju, baring atas troli, masuk bilik sejuk. Cuma kali ni Dr S pulak yang biuskan. Dia cakap dia guna kaedah inhalation. K, sure hudoh gila muka aku ternganga masa surgery tu berlangsung kan. Sobs. Sebab dia memang letakkan something bawah bahu untuk buatkan kepala kita jatuh so that dagu kita terangkat dan airway terbuka.

Bila aku sedar, aku dah ada dalam observation room. Sepatutnya tunggu Dr Z datang dulu, tapi sebab ramai sgt orang buat operation, katil tak cukup so aku boleh balik bilik sendiri awal :)

Dari Jumaat tu sampaila Sabtu, aku asyik merayu kat Dr Z, nak balik hari Ahadddd. Dia mesti penat dah layan aku. Doktor kat sini takde yang pakai labcoat so dorang macam extra hensem sikit. Ok taktau apa kaitan.

Pagi Ahad (24 March 2013), aku excited dah tunggu Dr Z datang. Lepas dia datang tengok jahitan, dia pun cakap,

"Ok, dah boleh balik tengah hari ni!" 

Dan aku pun terjerit, YEAYYY! Terus dia buat gaya nak pukul luka aku. Ngeh3.

"Selamat balik, jangan nakal-nakal, Assalamualaikum!" kata beliau masa nak keluar bilik, macam biasa.


Atas ni muka excited tunggu Fana datang ambek. Thanks semua orang yang wish, yang datang, yang concern dan sebagainya. I really appreciate it :) Dan thanks to Matpau yang boleh dikatakan teman aku secara 'virtual' most of the time walaupun jarak kita jauh beribu batu aceywah!

p/s : Gambar atas macam gemok kan? Tapi aku still 41kg. Ehem :p




Tuesday, March 5, 2013

My Very First Cavity :))


Assalamualaikum :)

Ingatkan macam dah taknak menulis dah, but sometimes rasa sunyi jadi saya menulis la ye? So, nak cerita apa Miyn?

Okkay, firstly, untuk Block 3 tahun ketiga ni (homaigod dah block 3!!), kitorang kena start practise our skills on actual patients, bukannya gigi tipu dan gigi yg dah dicabut. Posting pertama sayee ialah Conservative Dentistry. Last week ialah minggu pertama. Dan sayee sangat depressed sebab dah 5-6 kali call patient tapi sorang pun tak available :(

But, this week my sweet partner sungguh baik. She actually went to the receptionist, and luckily was given a patient, whom she referred to me *nanges* sebab last week dia dah ada patient and treatment masih ongoing for him.

Masa mula-mula jumpa patient tu dekat klinik, sayee tanya dia, "Errr, Cik ke Puan?" .. Dia dengan selambanya, "Cik je cukupla" .. "Oh, okay, akak kerja apa?" .. "Akak batch 22, baru habis kan.."

T___T

Dalam appointment yang sama, sayee buat scaling dan 2 buccal pit restorations, untuk gigi molar paling belakang belah kanan. Terngiang dalam kepala kata-kata Dr V, "your foot control should be in your mind, transferred to your hand." Maksudnya, bila micromotor/airotor tu dlm mulut, barula kita tekan foot pedal. Dan kalau patient tu gerakkan lidah ke, kita cepat2 angkat kaki, mesin dah stop, baru kita keluarkan handpiece tu supaya tak cederakan lidah/bibir.

It was not as easy as I imagined, but not as hard either. Untuk sesi kali ni, sayee belajar untuk guna mouth mirror, tarik pipi tembam tu habis-habisan, position handpiece tu elok-elok, baru tekan dengan kaki. Lepas dah habis, alamak! Baru perasan sakitnyee belakang sayee :( Chair position kena practise lagi. Bak kata Dr S, "what's important is access and visibility, but you must make sure you sit properly"

Lepas dah habis, rasa macam "haaaaaaaaa syoknya bila boleh buat for real." Selama ni belajar atas gigi tipu la atas patung la, tak best sangat. To finally put your hands into work, fuhhh!

Semoga practical session lepas ni smooth je. Amin.




Monday, February 4, 2013

National Geography and Drinking Water


Assalamualaikum :)

Aku baru je habis mendukdukki exam OSPE untuk subjek Oral Pathology. Block ni takde exam theory, cuma practical je.

Kitorang dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan aku group B. Mula-mula sekali kena kuarantin kat Classroom 5, lepas tu dalam pukul 10pagi, kitorang naik ke Poliklinik A tempat exam berlangsung sebab group A dah habis.

Poliklinik A memang dikenali dengan kesejukkan aircon tahap mencengkam rangka aku yang kecik lagi kyphosis ni. Hueh! Sejuk gedi. Lebih menambahkan nervous dalam diri sebab takpernah exam practical lagi kan.

Ada 16 station termasuk 4 rest station. Malang tak berapa berbau, station first aku ialah rest station. Alaaaa rugi! Sebab selalunya rest station digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang tak boleh jawab sebelum tu. Masa aku disuruh duduk kat meja tu, aku ingatkan tu meja orang letak barang ke apa kan sebab ada beberapa pack air mineral dengan a few magazines.

Rupanya kalau dah namanya rest station tu, memang ko kena rest betul-betul. Sila lah baca magazine tu dan minumlah air. Leks leks sikitttt :D Ada majalah National Geography, MMMC Newsletter dengan MDA punya weekly/monthly newsletter. Rasa macam wowww! Dalam masa 5 minit tu lupa kejap tak reti jawab soalan sebelum tu ke apa ke and tak berapa nervous nak pegi station selepas tu sebab memang rileks je tengok gambar2 ikan orang Bangladesh or tengok apa yang jadi kat kampus Manipal sana hihi.

Kat setiap station, dia sediakan sehelai kertas untuk setiap student dan seketul kotak. Lepas dah habis jawab, letak kertas jawapan dlm kotak tu. So kita tak boleh bawak kertas tu ke station seterusnya macam kat Manipal dulu. Dah jawab, sudah. Habis di situ.

Menarik. Esok OSCE pulak. Dengan Oral Medicine theory exam. Doakan :)

Friday, February 1, 2013

Bedside Exam General Medicine Block 2


Assalamualaikum :)

Hai hello holla yeyeah!

Berdasarkan tajuk, kita tau la Khamis lepas aku ada exam di atas. Maksudnya, kena pergi hospital, cari patient, check signs dan symptoms pastu present kat lecturer.

Malam sebelumnya aku stadi dengan Fina, my favorite medic student to learn general and local examination with :) Dia sangat baik dan tak lokek nak tolong walaupun dia sendiri ada exam theory hari Khamis tu untuk subjek yg sama.

Untuk budak Dentistry, kitorang cuma kena tahu pasal Cardiovascular System (CVS), Respiratory System (RS) dengan Abdomen. Truth is, aku tak study abdomen langsung sebab memang aku takmau amek kes tu. It's quite risky la since lecturer boleh je tanya ko soalan kan but yeah aku tak study hihihihi.

Esoknya aku pergi hospital pukul 7.30 dengan driver feveret aku iaitu Dawarian. Sampai je hospital, aku naik wad lelaki dan terus tengok sensus (list names dan penyakit) dan cari kes RS sebab aku agak excited study dengan Fina semalam. Aku jumpa COAD (Chronic Obstructive Airway Disease). Aku pergi dekat katil patient dan mintak permission pakcik tu untuk tanya soalan dan periksa sikit. Alhamdulillah dia bagi tapi dia nak makan dulu.

Pakcik ni asthmatic. Isap rokok since dajah 5. Bawak lori. Pastu aku pun check la dengan procedure yang aku baru belajar semalam (yes nampak sgt noob malam before exam baru faham betul2 camna nak periksa kann). Paling syiokkk sebab masa kita letak stethoscope kat dada dia dan suruh dia sebut 'ninety-nine' aku dengar hyper resonance! (bunyi terlebih kuat skit dari yg sebelah). Okay, baru aku faham bila Fina cakap rasa seronok kalau jumpa symptoms tu kat patient. Ada a few findings lagi la kat pakcik tu. Overal aku agak happy sebab jumpa mcm2 :)

Then masa tunggu lecturer datang tu, ada doktor kachak India kat katil sebelah tgh check patient. Dia tanya, medic student ke? Aku cakap, no laaa I'm a dental student but I still have to do this. Dia baru jadi doktor setahun but I love to see how he communicates with his patients...

"Pakcikkk, mana boleh duduk saja-saja ni. Jalan-jalan la pakcik, baru sembuh cepat sikit? Ok pakcik?" macam suara orang yg betul-betul concern.

Dan aku tengok patient kat section tu semua kenal dia dan suka dia. Secara spontannya tiba-tiba aku tercakap, "Kalau nak dtg clinic kitorang boleh jugak. Tryla datang tengok-tengok and check gigi"..then dia mintak number and he said, I'll see how. Hoah!

Pastu aku sambung sembang dengan patient. Dia cerita macam mana nak beli sayur yang bagus KAHKAHKAH.

Masa nak present kes tu, patient hilang HAHAHA. Aku carik kat luaq dan bagitau pakcikkkkk boleh dak masuk dalam saya nak exam ni :(

Presentation kat lecturer? Boleyla. At least I was smiling throughout the process because I quite like Dr Senthil walaupun dia cakap aku ni syok sgt kot dok ronggeng kat Melaka sampai tak study wuuu wuu wuuu. I admit it's actually my fault. Study last minute. Padahal portion memang sikit compared dengan budak medic punya. Maybe memang takde minat dan tak sukaaaaa sobs sobs. Dahla aku tatau dental complications nak baca tang mana. Suka tanya dose ubat la etc mana cek mau tahu meh :(

Next Friday exam theory pulak. I dont know la apa nak jadi. Just try to read at my very best and do my very best walaupun agak blurr sekarang ni. Doakan :)