Assalamualaikum :)
Hai hello holla yeyeah!
Berdasarkan tajuk, kita tau la Khamis lepas aku ada exam di atas. Maksudnya, kena pergi hospital, cari patient, check signs dan symptoms pastu present kat lecturer.
Malam sebelumnya aku stadi dengan Fina, my favorite medic student to learn general and local examination with :) Dia sangat baik dan tak lokek nak tolong walaupun dia sendiri ada exam theory hari Khamis tu untuk subjek yg sama.
Untuk budak Dentistry, kitorang cuma kena tahu pasal Cardiovascular System (CVS), Respiratory System (RS) dengan Abdomen. Truth is, aku tak study abdomen langsung sebab memang aku takmau amek kes tu. It's quite risky la since lecturer boleh je tanya ko soalan kan but yeah aku tak study hihihihi.
Esoknya aku pergi hospital pukul 7.30 dengan driver feveret aku iaitu Dawarian. Sampai je hospital, aku naik wad lelaki dan terus tengok sensus (list names dan penyakit) dan cari kes RS sebab aku agak excited study dengan Fina semalam. Aku jumpa COAD (Chronic Obstructive Airway Disease). Aku pergi dekat katil patient dan mintak permission pakcik tu untuk tanya soalan dan periksa sikit. Alhamdulillah dia bagi tapi dia nak makan dulu.
Pakcik ni asthmatic. Isap rokok since dajah 5. Bawak lori. Pastu aku pun check la dengan procedure yang aku baru belajar semalam (yes nampak sgt noob malam before exam baru faham betul2 camna nak periksa kann). Paling syiokkk sebab masa kita letak stethoscope kat dada dia dan suruh dia sebut 'ninety-nine' aku dengar hyper resonance! (bunyi terlebih kuat skit dari yg sebelah). Okay, baru aku faham bila Fina cakap rasa seronok kalau jumpa symptoms tu kat patient. Ada a few findings lagi la kat pakcik tu. Overal aku agak happy sebab jumpa mcm2 :)
Then masa tunggu lecturer datang tu, ada doktor kachak India kat katil sebelah tgh check patient. Dia tanya, medic student ke? Aku cakap, no laaa I'm a dental student but I still have to do this. Dia baru jadi doktor setahun but I love to see how he communicates with his patients...
"Pakcikkk, mana boleh duduk saja-saja ni. Jalan-jalan la pakcik, baru sembuh cepat sikit? Ok pakcik?" macam suara orang yg betul-betul concern.
Dan aku tengok patient kat section tu semua kenal dia dan suka dia. Secara spontannya tiba-tiba aku tercakap, "Kalau nak dtg clinic kitorang boleh jugak. Tryla datang tengok-tengok and check gigi"..then dia mintak number and he said, I'll see how. Hoah!
Pastu aku sambung sembang dengan patient. Dia cerita macam mana nak beli sayur yang bagus KAHKAHKAH.
Masa nak present kes tu, patient hilang HAHAHA. Aku carik kat luaq dan bagitau pakcikkkkk boleh dak masuk dalam saya nak exam ni :(
Presentation kat lecturer? Boleyla. At least I was smiling throughout the process because I quite like Dr Senthil walaupun dia cakap aku ni syok sgt kot dok ronggeng kat Melaka sampai tak study wuuu wuu wuuu. I admit it's actually my fault. Study last minute. Padahal portion memang sikit compared dengan budak medic punya. Maybe memang takde minat dan tak sukaaaaa sobs sobs. Dahla aku tatau dental complications nak baca tang mana. Suka tanya dose ubat la etc mana cek mau tahu meh :(
Next Friday exam theory pulak. I dont know la apa nak jadi. Just try to read at my very best and do my very best walaupun agak blurr sekarang ni. Doakan :)
No comments:
Post a Comment
hai!~