Monday, February 4, 2013

National Geography and Drinking Water


Assalamualaikum :)

Aku baru je habis mendukdukki exam OSPE untuk subjek Oral Pathology. Block ni takde exam theory, cuma practical je.

Kitorang dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan aku group B. Mula-mula sekali kena kuarantin kat Classroom 5, lepas tu dalam pukul 10pagi, kitorang naik ke Poliklinik A tempat exam berlangsung sebab group A dah habis.

Poliklinik A memang dikenali dengan kesejukkan aircon tahap mencengkam rangka aku yang kecik lagi kyphosis ni. Hueh! Sejuk gedi. Lebih menambahkan nervous dalam diri sebab takpernah exam practical lagi kan.

Ada 16 station termasuk 4 rest station. Malang tak berapa berbau, station first aku ialah rest station. Alaaaa rugi! Sebab selalunya rest station digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang tak boleh jawab sebelum tu. Masa aku disuruh duduk kat meja tu, aku ingatkan tu meja orang letak barang ke apa kan sebab ada beberapa pack air mineral dengan a few magazines.

Rupanya kalau dah namanya rest station tu, memang ko kena rest betul-betul. Sila lah baca magazine tu dan minumlah air. Leks leks sikitttt :D Ada majalah National Geography, MMMC Newsletter dengan MDA punya weekly/monthly newsletter. Rasa macam wowww! Dalam masa 5 minit tu lupa kejap tak reti jawab soalan sebelum tu ke apa ke and tak berapa nervous nak pegi station selepas tu sebab memang rileks je tengok gambar2 ikan orang Bangladesh or tengok apa yang jadi kat kampus Manipal sana hihi.

Kat setiap station, dia sediakan sehelai kertas untuk setiap student dan seketul kotak. Lepas dah habis jawab, letak kertas jawapan dlm kotak tu. So kita tak boleh bawak kertas tu ke station seterusnya macam kat Manipal dulu. Dah jawab, sudah. Habis di situ.

Menarik. Esok OSCE pulak. Dengan Oral Medicine theory exam. Doakan :)

Friday, February 1, 2013

Bedside Exam General Medicine Block 2


Assalamualaikum :)

Hai hello holla yeyeah!

Berdasarkan tajuk, kita tau la Khamis lepas aku ada exam di atas. Maksudnya, kena pergi hospital, cari patient, check signs dan symptoms pastu present kat lecturer.

Malam sebelumnya aku stadi dengan Fina, my favorite medic student to learn general and local examination with :) Dia sangat baik dan tak lokek nak tolong walaupun dia sendiri ada exam theory hari Khamis tu untuk subjek yg sama.

Untuk budak Dentistry, kitorang cuma kena tahu pasal Cardiovascular System (CVS), Respiratory System (RS) dengan Abdomen. Truth is, aku tak study abdomen langsung sebab memang aku takmau amek kes tu. It's quite risky la since lecturer boleh je tanya ko soalan kan but yeah aku tak study hihihihi.

Esoknya aku pergi hospital pukul 7.30 dengan driver feveret aku iaitu Dawarian. Sampai je hospital, aku naik wad lelaki dan terus tengok sensus (list names dan penyakit) dan cari kes RS sebab aku agak excited study dengan Fina semalam. Aku jumpa COAD (Chronic Obstructive Airway Disease). Aku pergi dekat katil patient dan mintak permission pakcik tu untuk tanya soalan dan periksa sikit. Alhamdulillah dia bagi tapi dia nak makan dulu.

Pakcik ni asthmatic. Isap rokok since dajah 5. Bawak lori. Pastu aku pun check la dengan procedure yang aku baru belajar semalam (yes nampak sgt noob malam before exam baru faham betul2 camna nak periksa kann). Paling syiokkk sebab masa kita letak stethoscope kat dada dia dan suruh dia sebut 'ninety-nine' aku dengar hyper resonance! (bunyi terlebih kuat skit dari yg sebelah). Okay, baru aku faham bila Fina cakap rasa seronok kalau jumpa symptoms tu kat patient. Ada a few findings lagi la kat pakcik tu. Overal aku agak happy sebab jumpa mcm2 :)

Then masa tunggu lecturer datang tu, ada doktor kachak India kat katil sebelah tgh check patient. Dia tanya, medic student ke? Aku cakap, no laaa I'm a dental student but I still have to do this. Dia baru jadi doktor setahun but I love to see how he communicates with his patients...

"Pakcikkk, mana boleh duduk saja-saja ni. Jalan-jalan la pakcik, baru sembuh cepat sikit? Ok pakcik?" macam suara orang yg betul-betul concern.

Dan aku tengok patient kat section tu semua kenal dia dan suka dia. Secara spontannya tiba-tiba aku tercakap, "Kalau nak dtg clinic kitorang boleh jugak. Tryla datang tengok-tengok and check gigi"..then dia mintak number and he said, I'll see how. Hoah!

Pastu aku sambung sembang dengan patient. Dia cerita macam mana nak beli sayur yang bagus KAHKAHKAH.

Masa nak present kes tu, patient hilang HAHAHA. Aku carik kat luaq dan bagitau pakcikkkkk boleh dak masuk dalam saya nak exam ni :(

Presentation kat lecturer? Boleyla. At least I was smiling throughout the process because I quite like Dr Senthil walaupun dia cakap aku ni syok sgt kot dok ronggeng kat Melaka sampai tak study wuuu wuu wuuu. I admit it's actually my fault. Study last minute. Padahal portion memang sikit compared dengan budak medic punya. Maybe memang takde minat dan tak sukaaaaa sobs sobs. Dahla aku tatau dental complications nak baca tang mana. Suka tanya dose ubat la etc mana cek mau tahu meh :(

Next Friday exam theory pulak. I dont know la apa nak jadi. Just try to read at my very best and do my very best walaupun agak blurr sekarang ni. Doakan :)

Friday, January 25, 2013

RM100 is like RM1000 for some people.


Assalamualaikum :)

Our hostel fee naik lagi. Masa mula-mula masuk September 2012 tu, bayaran sebulan ialah RM350. Dan internet ialah RM300 untuk 6 bulan. So internet around RM50 sebulan la. Total cost : RM400 sebulan.

Semalam, Student Council announced kat Facebook page ; now it is RM450 per month, with free wifi.

If you look carefully, macam kita bayar RM100 untuk 'free wifi' sebulan. Maksudnya semester depan kita kena bayar extra RM50 compared to total amount of RM400 untuk bilik+internet semester ni.

Terkejut. Bak kata someone, tak sempat merasa bayar RM400. Terus dia naik sampai 450. Sobs.

So, what did I do?

I went for house hunting with Dawa petang semalam. Jumpa 3 rumah around here. Satu rumah tu tepi semak. Murah tapi, tak masuk dalam tgk lagi. 2nd rumah tu double-storey. Uncle Cina tu sangat friendly dan baik, but I still dont like the condition of the house. 3rd house is a homestay. LAWA !! Aku cuba tanya owner tu if boleh sewa for RM1000 instead of RM1200. Dia taknak sebab rumah tu dah fully-furnished.

Aku cuba untuk dptkan bilik sendiri, tapi susah. If u wanna cut down the cost, memang kena share bilik. Fikir pasal barang-barang yang banyak, nak kena beli almari baru ke, tilam extra ke etc, rasa berat hati sangat. I asked matpauji, "Do u think I can have a roommate? Dah 2 tahun tinggal sorang, takut tak biasa la nak cope dgn jadual orang lain..."

He said, so takpayahla nanti jadi masalah lain. HAHAH. But I agreed to share room with Ain anyway, sebab she's okay :) Itupun lepas tanya, "Ain, kita ni boleh share bilik ke?" KAH3.

Alas, hati rasa tak sedap nak move out. Because aku ni cerewet sikit. Kalau kat rumah takpe, tapi kat tempat orang takboleh HAHAHAHA. Sebab kat rumah ada family :) kalau kat sini duduk rumah yg sedih nanti lagi homesick. Mengada sungguh. So I texted my father. First thing he said, "Dulu cakap taknak pindah, kenapa skrg nak pindah?" I told him la mahal bla3. Then he said, "I'll pay for your hostel. Safety is a priority. Plus there's always hidden cost despite rumah sewa luar yang murah"

*nanges*

I'm happy since I know he's willing to pay. Harap-harap it will not burden him. I just said, doakanla bagi grad cepat so that I dont have to susahkan u anymore :')

Alhamdulillah aku masih dalam golongan yang mampu. I hope those who are not able to cope with the increase, will manage to find other alternatives, Amin :)

Tuesday, January 22, 2013

My very first scaling!


Assalamualaikum :)

Hello! Anda tahu apa itu scaling? Ia ialah sejenis proses mencuci gigi bak kata mak saya dan orang-orang biasa. Sebenarnya, aku pun tak tahu wujud benda ni sebelum aku datang India. Yeah, aku tak pernah pegi dentist selain kat sekolah je , which is secara paksarela.


No, I'm not afraid of the dentist. I love them anyway, just like how I love myself, hihi.


So, last Thursday Allah had given me the opportunity to do my very first scaling! Patient ialah kawan baik aku sendiri (eceh claim kawan baik terus dannn dannnnn. Acila sebab kami geng Hindustan sama no?) yang sangat baik meng-offer untuk di-scaling oleh Miyn. GDP (General Dental Practise) session ialah pada pukul 2, dan pada pukul 12pm aku dah p Poliklinik A untuk berebut scaler.


Ye, kami ada 49 + 19 students tapi cuma ada 8 scalers what to do. Dengan ihsan Yang Maha Esa, aku dapat scaler :)) Happpppy gila!


Tepat pukul 2.17pm, patient datang. Now we will call him Mr A. Before that aku makan nasik dengan tangan so before gerak tu aku make sure I washed my hands with sabun basuh pinggan diikuti dengan sabun basuh tangan dan sabun untuk scrubbing dekat klinik. Mind you aku dah pernah kena periksa dengan dentist tangan berbau kari, hampir muntah so I'm not gonna do the same thing on my patient. Sembur perfume sikit. Imej kena jaga bak kata Prof Norliza.


Mr A was very cooperative. He has big manly teeth as expected. Time ni la aku tau bahawa susahnya nak control kaki bagi sama dengan pergerakan tangan. Scaler tak masuk mulut lagi aku dah tertekan dengan kaki lalu air membuak-buak kena dekat muka Mr A HAHAHAHAH amfuuuun! Ini baru scaling. Taktaula kalau kena buat restoration nanti macam mana. Semoga Allah bantu la ye.


Masa tengah buat tu Ya Allah syioknyaaaaaa tak tipu wey! Perasaan bila kau berjaya buang calculus yang terdapat di celah-celah gigi tu macam yeah nyiah kau dari gigi beliau! Wachaaa! One of the scaler tips was missing so aku ambil masa more than 45 minutes. Dr Sunil cakap, cannot be more than that sebab nanti ada TMJ pain. Sorry Mr A. Siapa suruh surface scaler takde, so aku kena guna tip yg comel kecil tu je.


Walau bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan diri sendiri sebab berjaya meminimakan bilangan air yang mencurahi muka dan leher Mr A. It was okay la. And errr takpe tak kalau nak sronok kejap sebab it was not easyyyyy dealing with oral cavity. Ada some amount of blood which was normal. Then, we did some polishing. In the end, I sent him home with shinier and cleaner teeth :)


Now Miyn dah boleh buat procedure yang berharga RM80. Hihi. Juniors, if you are reading this, nanti buat scaling dengan Kak Miyn! *mode excited*

Saturday, January 12, 2013

Sarang Haena


Assalamualaikum :)

Sihat tak? Harap semua orang sihat lah since esok dah nak sekolah kan. Tak boleh sakit and takde masa nak sakit pun kalau kelas 8pagi-5petang sebanyak 5 hari seminggu and attendance ialah 90% . Oh, Khamis lepas aku sakit. Alhamdulillah Jumaat tu cuti. Syukur.

Jumaat malam lepas aku pergi satu forum Karnival Keluarga Bahagia kat MMU Melaka. Aku tak pegi event lain, cuma pergi forum tu je, tajuk dia 'Sarang Haena' kot? Mula-mula tu macam, apekah nama Koreaaa bagai tapi aku pergi sebab ada Sham Kamikaze, Hilal Asyraf dengan Ustazah Fatimah Syarha. Excited! So, this is my 2nd time meeting HA and USF, 1st time meeting SK.

Dalam Melayu, maksud forum ni ialah Sayang Diri Sendiri. 

Sabda nabi yang bermaksud : "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya."

Jadi macam mana kita nak cakap kita sayang diri sendiri? By looking beautiful? Nope. Sayang diri sendiri ialah dengan tidak membawak diri sendiri ke jalan yang lebih teruk. Allah has provide guidance and He sent Rasulullah SAW to teach us the practicals, so how can we, not love Him and Rasulullah beyond anything else?

I know it's hard. Bukan senang nak sayang seseorang yang kita tak kenal.

"Bahagialah siapa yang melihatku dan beriman padaku."  Kemudian nabi sebut tiga kali: "Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku"

Sham Kamikaze cakap something yang buat aku sentap. He said he used to own more than 30 guitars and more than 200shoes. "Tangan ada satu je. Kaki ada sepasang je. Nak buat apa membazir beli banyak-banyak?"

Hilal Asyraf tambah, "Bagi saya, sayang seseorang tu bukanlah berjumpa ajak dating, beli something special kemudian cakap I love you. Kalau kita sayang dia, kita nak sama-sama masuk syurga sebab tu la tempat kebahagiaan sebenar."

Pegang tangan dan cakap kita sayang dia. Sama macam, "Baby, i love you, jom lah kita masuk neraka sama-sama"

Something to ponder, right?


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim). 

I know dalam circle kita, mesti ada orang-orang tertentu yang kita tak suka/kita nak elak. Tapi kalau tak mampu nak suka, cukupla dengan tak mendoakan yang buruk-buruk untuk dia, and just pray for him to be under the care of Allah. Just like how we want ourselves to be.

Recently I said to matpauji, "don't you wanna come to our clinic?  I think I've forgotten how u look like." And yessss memang lupa dah kot? Jumpa 2 kali mana sempat nak hapai dia tinggi mana pun.

He said, "One meeting will lead to another. I have my own principle and I hope we will not be blinded by love."

Sedih. So I said, okay takpayah datang la camtu. And he replied by saying, "Alhamdulillah".

I didn't quite understand it that time. But the forum made it all clear. I too, should say Alhamdulillah.

Wednesday, January 2, 2013

Twins of Faith 2012


Assalamualaikum :)




Minggu lepas, ada event Twins of Faith kat PICC. Alhamdulillah, I was among the chosen ones untuk pergi program tu dengan kakak aku. Ummi tak dapat datang last minute, so the ticket was sold to my sister's friend whom she met online on Twitter. It was a 2-days programme and we stayed at Abah's house at Putrajaya. So, Abah did the sending and picking us up :D

On the first day, kitorang jumpa dengan Kak Ida (yang beli tiket tu). She just graduated from France and is having 3 weeks holiday before flying back to France to get a job there. Then, I found my long friend from KMS ; Wan Zanariah! Dia nampak sangat lost dan lonely so I amek dia bawak jalan sekali hihi. Sooooo, in the end, there were 4 of us :)

You see, aku tak la eager sangat about this event. Mainly pergi sebab kakak yang beria sangat nak. Tiket dia mahal pulak tu = RM200 but Ummi sponsored everything so ok pergi je la kan.

Upon entering the main hall, dah rasa macam WOW sikit. Heyyy, I AM HERE. wuu!

Ok, lets get serious and do some sharing session shall we?

* * *

"To love is to burn, to be in fire", said Syeikh Daood Butt, quoting Jane Austen. He gave a talk about What is Love? To love is not to let ourselves be burnt in fire of course. Do we actually love Allah as we claim we are? Then he asked, siapa tau 99 nama Allah sekali dengan maksud? Siapa tau setengah dari 99 nama Allah sekali dengan maksud? I felt like a knife was stabbed into my chest. Do I know really know my God well? I dont even remember all His names.

Love.
Ialah untuk berasa malu.
Malu nak buat dosa samada secara public ataupun bersembunyi.
Dengan pengetahuan yang Allah sentiasa memerhati.
Untuk tahu semua pasal Dia yang kita sayang.
Untuk tak pernah berasa terpaksa.
Dan sentiasa buat semua benda yang Dia suka.



* * *

"Loving Alah gives you strength. You bend, but you do not break. Love is yearning. You yearn to see the ones you love. You yearn to see Allah. Look, you wanna know what's better than Jannah? It is to finally be able to stare at Allah's face."- Exemplary Love by Syeikh Omar Suleiman.

I went to a workshop by Syeikh Omar Suleiman downstairs on the 2nd day. Workshops were done in a smaller room which is followed by Q&A session, which you dont have in the mainhall. His topic was 'Happily Married and Blissfully Divorced'. This was the time when I mustered all my strength to try to talk to him by asking questions. It was 2 lame Qs by the way, but the fact that he was looking at me while I talked to him directly, and answered my lame Q..Ya Allah, tak boleh describe feeling tu.

"If you don't want to get married because you're afraid you cannot raise your children to be good Muslims, then you're having bad perception about Allah"


* * *

Syeikh Tawfique Chowdury told a story about Hassan Al-Basri when he was giving a talk on How The Prophet Loved Us.

"If the money is haram, then fear Jannah. If the money is halal, then fear the questions from Allah"

A lot of things to be pondered upon here...it was very emotional listening to him, talking about our beloved Rasulullah SAW, how he loves us dearly, how he tried to make everything easy for us.

"Sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku wajibkan sugi ke atas mereka"

“Jika tidak kerana memberatkan umatku, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”

Despite us being the last ummah, disebabkan doa Rasulullah untuk Allah permudahkan semuanya untuk kita, we are given privileged to be the first ones entering the Heaven.

Kat akhirat nanti, we'll be gathered with the ones whom we love in the Dunia. Jadi, kalau kita tak cuba untuk sayang Rasulullah SAW now, boleh bayangkan dengan siapa kita akan duduk sama-sama nanti?

* * *

The Love Test. This session with Brother Abdurraheem Green was really mind-provoking. Macam mana kita boleh cakap kita beriman selagi kita tak diuji? What are we doing with what Allah has bestowed upon us? Our money? Our time? Our health? All these will be questioned later.

And all these will be questioned later. Just the thought of that makes me scared. An easy life itself is a test. Do we turn to Allah when He puts us in a comfortable life? Do I?

* * *

There are many more I wish I could share here. But I know it's impossible to convey even 1% of the talk and make u feel what I felt during the blissful 2 days. It's hard to describe the feeling of being there. To be with everyone with the same goal ; to know Allah better. Untuk finally rasa, Ya Allah nikmatnya lahir sebagai seorang Muslim, and yet I seldom be thankful for this. To see the Muslim reverts are better than me, still trying and never give up to being the best Muslims they could be, to finally be with Allah.

Twins of Faith is not a typical ceramah agama. A friend asked me. speakers tu ada certificate ke dlm field diorang nak bagi talk tu? I was like, stumbled. We don't need any certificate to give a talk on Islam. It is more like a sharing session. Someone is sharing how he misses Allah and Rasululah SAW, and we, the listeners secretly pray to have the same feeling too.

You guys try la pergi if this event ada lagi in the future. InsyaAllah kalau ada kelapangan, I'd definitely go again. The value of knowledge and amazing feeling Allah instilled on me after going there is priceless. I hope it stays. I hope I can turn everything I learnt into actions. If I slip off along the way, I hope Allah will pick me up and guide me again.


"The greatest tragedy of hell is not the fire, but the fact that you're unable to communicate with Allah anymore. He's no longer listen to you and you won't have any chance to meet him anymore, forever" - Syeikh Tawfique Chowdury







Tuesday, December 25, 2012

Big Bad Wolf



Assalamualaikum :)

Hari Jumaat lepas, aku balik rumah Abah kat Putrajaya sebab nak selebret birthday Saini. Sabtu tu pulak Kekna cakap nak pegi Bad Bad Wolf. So, since tarikh last BBW ni 23 Disember, starting from 21st tu dia dah open for 24 hours. Lepas Maghrib, kitorang 3 beradik dan seorang ayah pun gerak ramai-ramai bertemankan seketoi beg luggage. Abah cakap, nanti menyesal kalau tak bawak. 

Sampai-sampai je kat sana, mak oii ramai gila orang! Semua bawak beg tarik atau beg galas. Mula-mula aku sampai dekat part novel English. Tak rasa teruja sangat sebab kat India pun buku dia memang standard RM7-RM15 untuk seketoi buku.  Then aku berhenti kejap dan tengok sekeliling. Allah, besar rupanya BBW ni. Buku sampai hujung sana! Slowly perasaan teruja tu datang.

Buku photography, interior design, pregnancy, semua rasa macam nak beli! Rasa macam, heyyy murah sangat ni!! Paling mahal pun RM30 je, paling murah RM3. Mahu tak rambang mata. So aku amek seketoi kotak dan jalan-jalan sambil amek buku secara tamak. Trust me, takde perasaan nak tengok orang pun sebab buku-buku tu sangat menggodakan. Aaaaaaa~

Then, aku stop dan filter sebab banyak la pulok. Bila pergi dekat Abah, rupanya luggage tadi dah penuh! Abah cakap, jangan filter, amek ja. 2nd thought tak diperlukan. Rugi dia tak cakap awal-awal. Aku dah filter banyak dah :( Huahua.




 So, total buku aku beli = 19 ketoi. Campur dgn adik beradik + abah punya buku, nak dekat 100 buku aku rasa. Sampai orang semua tgk pelik dan ada makcik tu kata "Entah entah depa nak pi jual balik ni"

T_____T"

So, let me introduce you to my most favorite books and why I chose them :)



Hard cover. Biasa-biasa buku ni maybe cecah RM200 tp aku dpt for RM30!



Banyak uncle Cina hebat ambil buku ni. Yeah, tips Miyn untuk mempilih buku ; tgk golongan orang yang baca buku tu. Kak Wardina cakap, You are what u read, remember? Dia ada guide comel2 from how to fix your X-box sampaila how to teach your children how to brush teeth. Totally addictive!



 A book about political figures. Main reason aku beli buku ni ialah sebab ayat, "The author wish to remain anonymous" :S



Omaii. TAK BOLEH STOP SENYUM DAN GELAK BACA BUKU NI. Dia mcm tengah cakap dekat kita betapa annoying nya dia dengan orang yg jenis park kereta tak masuk kotak ataupun tak flush toilet lepas tutttt tutttt hihi! Rasa macam finalllyyyy ada jugak orang rasa apa yang aku rasa selama ni~



This is a book about frequently asked questions by our children and how to answer them :D



 Kalau siapa yang tengok Swedish trilogy The Girl with The Dragon Tattoo, mesti kenal Stieg Larsson. Dia meninggal lepas tulis trilogy tu.



Buku pasal semua jenis hantu kat Malaysia. Lawak sangat. Plus ada Amir Muhammad selaku pengkomen :D 


  

 This is not just a typical book. Dalam ni ada compilation of love letters by great women from all over the world. Dari dalam penjara sampaila dari perang dunia :)




  Buku ni pulak hadiah dari Abah. Antara genre buku yang aku paling tak gemar. Tapi InsyaAllah akan diusahakan baca.




Nanti kalau ada lagi BBW, pergi tau! Rugiiiii sangat sangat sangattt kalau tak pegi :)








Thursday, December 20, 2012

Block II 3rd Year - Hello!


Assalamualaikum :)

This block began with me getting grades A , B and C for my papers. Hehehehe. Macam tak biasa je. But itsokay, ada paper tu I thought I'm gonna fail it badly. But lecturers were being so nice because it's our first time. Format exam pun baru...so takpe.

Block ni, saya posting General Medicine untuk subjek Human Disease. So setiap Khamis kena pergi hospital untuk tengok patient dan berlagak seperti doktor sekejap. Now, perasaan fobia/takut/tak suka hospital dah berkurang sikit, and I seriously pray I'm gonna reach a level where I love it soon. Amin.

Harini belajar pasal Cardiovascular system. Dan pesakit yang aku jumpa pagi ni sangat cooperative. Wife dia pun sangat membantu. Pakcik ni ada masalah pendengaran. Makcik tu comel sangat, "Abanggg, jawab la...diorang tanya tuuu, abang sakit dah berapa lama? 3 hari kan?" Hihi, I dont know why I find that very cute :)

Petang tadi pulak ada General Dental Practice slot, di mana kitorang kena cari patient, call dan set appointment pastu panggil dia datang untuk diperiksa dan slowly sharpen our skills. We are just beginners, so tak banyak pun boleh buat. Tadi I asked one of my relatives to come sebab patient yang diberi tu kerja and takkan boleh datang. Dia umur sama kitaaa, tapi dah kahwin anak sorang. The registration took me quite some time, bila naik atas, dah pukul 3.30 petang. Check gigi sikit, present case kat doktor, then tak sempat pun nak key in data dalam computer. Sedih. Tapi my classmate yang guna computer before me was so slow and she apologized like thousands time, I think my face is that obvious, haha. Takpela, memang sistem tu merumitkan pun. Lagipun sedih tadi mainly sebab tak suka kena kalut-kalut pergi kelas agama which is at 5.30 petang.

Saya sangat suka kelas agama. Tak tipu. Ustaz F ni sangat menghiburkan. Selalunya kelas 1 jam setengah tu, dia tayang 1 slide je. Yang lain dia cerita pengalaman dan pengajaran dia. Topik harini ialah Nusyuz. And towards the end he said something that strucked me ;

"Dalam kelas ni saya nampak ada 3 orang je yang saya rasa boleh jadi isteri dan ibu yang baik"

I was like, errrr muka aku ni nampak muka berjenih dak? (orang kedah punya version of muka boleh pakai). But that's not it. Yang lagi satu dia cakap lepas tu lagi menakutkan which Im not gonna say it here. I kept on wondering, do I have that kind of face? Kalau ya, mohon Nur Aminah pergi taubat sekarang dan senyum berjuta kali depan cermin.

It's December already kan. So, dah setahun saya berkawan dengan Fauzie :)Yeah, I don't actually remember dates like that, cant actually recall if it exists. It's one of achievements that I'm proud of, because I can see I'm slowly evolving becoming more mature and ready to give and take , slowly learning to not being sooooo superior dan garang dan keras hati as some people think I am :p

Apa pun, we always bear this in mind ; selagi tak kahwin, we are friends with no control over each other's acitivites, melainkan we are wiling to do that tanpa sebarang perasaan terpaksa. Sebagai contoh saya baru dapat hadiah set shampoo dan conditioner Swarchzkopf! Nak beli tak mampu. Heheheheh.

Okay, minggu ni balik jumpa siblings, yeay!




Saturday, November 24, 2012

Jab Tak Hai Jaan ; Selagi Aku Bernafas.

Assalamualaikum :)

Hello!

So today is the longggggggg-awaited weekend. Me so happpppy sebab sebab sebab sebab sayeee pergi mentonton seketul movie yang dah lama nak tengok, sebelum Raya Haji lagi tapi tak kesampaian nak tengok dengan kakak sebab movie ni tak tayang kat utara. Dia cuma tayang kat Bukit Jambul je which is near to my tok's house tapi Ming tak biasa nak lari keluar bila duduk dekat kampung. So, jyeah!


I know about this movie about few months ago which will only be released on Deepavali. Thanks to my Twitter friend ; MatRendi yang jugak dok kat AloqSetaq (see told you we kedah peeps have lots in common hihi) . Masa tu tajuk dia cuma sekadar ' A YASH CHOPRA ROMANCE". Then, Shah Rukh Khan posted the poem in English on his Twitter and asked Bollywood fans to translate it into their native languages, which later revealed that it's written by Aditya Chopra.

Teri aankhon ki namkeen mastiyaan
Teri hansi ki beparwaah gustakhiyaan
Teri zulfon ki lehrati angdaiyaan
Nahi bhoolunga main
Jab tak hai jaan, jab tak hai jaan 
 
Your eyes, mischievous and saline,
You laugh, an airy insolence
Your hair undone in waves divine,
I will not forget your memory rife,
Until I breathe this life,
Until I breathe this life, 

Nobody wanted to watch this movie other than myself just like how I just wont watch Twilight and other romantic comedy in cinema HAHA. Yeah, but as soon as the movie started (as soon as Shah Rukh Khan started to recite the poem), I started to feel that it's kinda good that I am alone. The feeling, unexplainable. With me alone in that one row, rasa macam fuyyyooo feeling habis.I just indulged myself in that romance.

So how would I rate this movie? 10 FULL STARS honeyyyy. With the prettty plus baby face Katrina Kaif (in which I just noticed only when she's with SRK), lagu-lagu by A.R Rahman dengan penyanyi yang sangat sesuai utk nyanyi lagu tu, background score, choreography pun mcm WOW sampai lagu Ishq Shava tu buat aku rasa macam tengah tengok Step Up ; The Street tak tipuuuu.

My favorite song would be Heer, a Punjab song yang SRK ajar Katrina Kaif untuk nyanyi dlm tu :) The voice is just mesmerizing and can just put you into another world.

That is quite an over-reaction right? Maybe a part of me is in love, so, it becomes more significant.

Go watch it if you havent and only if you're a Bollywood fan. Or else you wont appreciate this last masterpiece of the Late Yash Chopra.

Ishq Shava ; love is wonderful :)





Saturday, November 3, 2012

Life and Surprises

Assalamualaikum..

HELLO :)

It's Sunday and I had my 2nd session of driving class. Sepatutnya semalam tapi cikgu ada hal. So, pukul 8 pagi, Ming dah wangi dan comel untuk belajar driving. Kat luar, terdengar suara lelaki. Rupanya ada akak nak pindah bilik dan boyfriend dia tolong angkat barang.

Harini still driving dalam kawasan perumahan. Nak belajar kawal clutch dan tukar-tukar gear tu. Haaaiiii, susah jugak la. Especially bila nak tettt teetttt matrik kad dekat pakguard tu kan kena berenti kejap. Bila nak jalan balik tu, dengan jalannya berbukit bagai, terpecut la kejap sampai jatuh habis semua benda dalam kereta hehehe.

Lepas setengah jam tu, aku try bawak kat jalan raya. Masa nak masuk traffic pun, bukit jugak. So masa nak keluar simpang tu, kereta terundur ke belakang dan ada orang hon :( Sedih kejap. Dahla dia BMW. Mesti aku dah kena sumpahan Kun kun dah dengan dia kan. Cikgu cakap, "Relaxxxx, relaxxxx". Oh, did I say my cikgu tarikkan handbreak?? HAHAHAHAH.

Lepas tu, aku request nak practise parking. So, kitorang masuk balik dalam kolej dan main-main kat area parking tu. Parking depan, parking belakang. SUSAH LA MAK. Kalau tak reti parking macam mana nak bawak kereta kan, takkan nak simpan kereta dalam poket pulak. Lepas tu cikgu cakap, jom pergi practise parking kat hospital. I begged her for mercy but she insisted pergi jugak. So, okay cikgu...

Kat hospital pun macam orang tak betul jugak sebab dok pergi parking dari one spot to another. HAHA. Nasib baik sangat lengang. Makes me wonder, orang sakit waktu weekdays ke camna ni? :P

Then after kitorang pergi breakfast dekat kedai Abang Lan. Tiba-tiba sorang pakcik tegur...

"Adik, adik ni student MMMC kan??"

"Ha'ah, kenapa pakcik?"

"Pakcik ingat anak pakcik tadiii mai dari UM. Tu yang pakcik terkejut tu apa dia nak buat kat sini, takkan tak bagitau nak datang. Muka adik ni sama dengan dia. Senyum, mata semua sama la!"

"Err, heee ye ke.."

Dan pakcik tu pergi sambung angkat pinggan mangkuk.

"Adik ni memang muka sebijik macam anak pakcik la.."

"He he he" *senyum manis sopan santun*

"Pakcik dulu kerja kat kolej kamu la. Lepas tu pakcik pindah ke _____" *ampun aku dah lupa tapi dia pakai baju kerja dia*

"Ooooo..."

"Pakcik memang selalu tolong kat kedai ni.."

Lepas tu pakcik tu sambung lagi angkat pinggan. Tiap kali dia lalu meja aku dia akan cakap something walaupun sebaris ayat sambil muka excited campur terkejut.

Masa kitorang nak bayar...

"Adik, datangla sini selalu. Terubat jugak ni rindu kat anak pakcik. Haiiiii, sebijik sungguh!"

"InsyaAllah, pakcik taknak tanya nama saya ke?" *ok takmalu sangat ni*

"Ha, nama apa?"

....

Dan aku pun balik. HAHA. Boleh pulak cikgu cakap muka pakcik tu macam aku. Kesian pakcik Amin kalau dia dengar sebab semua orang cakap muka sayeee ikut abah. Dan muka abah tak macam pakcik tu pun...tapi that uncle is very nice. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh singgah lagi. Cikgu cakap, "bestla, dah ada ayah angkat!" HUAAAA?? hahahaha. macam - macam je kan.

Setuju tak, selalu benda-benda kecik yang kita jumpa atau jadi ni la, akan jadi something that's worth remembering? Walaupun mungkin pada sesetengah orang takde apa-apa pun, but it's enough to make me smile everytime i think about it.

Esok sekolah :)