Wednesday, May 2, 2012

Goodbye Serrafin


Other cats would've died the minute they fall from the 6th floor, or some time later because of internal bleeding. Urinary tract infection would result in fatality in less than a day.


But Serra managed to go through all that, and he lasted for a month.


He was indeed a strong cat. It's not easy to take care of a cat, whose bladder is not functioning anymore. He would pee and defecate involuntarily, wet his entire paralysed back legs, and I needed to take him to the toilet to wash him then got him hair-dried properly. Then he started to recover physically. Bulu dah tumbuh, dia dah boleh tegakkan badan though he was still paralysed. Until the last few days when he started to urinate blood...





Malam semalam lepas ambil Serrafin dari rumah kawan, he was acting weird. Dia nak keluar and he put his hands on my lap. But he couldnt go far. I waited beside him, sampai dia calm sikit. Pukul 2 pagi macam tu, dia dah landing properly. I took some water, dan lapkan pipi dia.

Somehow I got the instinct that it wont be long. So I put my face beside him. Cuddle sikit and kiss his head like how I used to do (I stopped doing this sebab dah lama tak mandikan, takut infection). And I told him before I went to sleep..

"Sakit lagi? It's okay. U've stayed strong for a long time. Nanti kita jumpak balik. Jangan lupa k je nanti okay. I love u. Thanks sebab jadi kucing yang baik..."

And I woke up this morning with a message on my phone from my bestfriend, Zetty..

"You know, maybe u can try talk to serra. Kadang2, cats need reassurance too, when it's time to go away peacefully. Because they have the feeling of not wanting to leave us too..."

I looked at Serra. He's not breathing. I touched him. Keras. He's dead. Guess he really needed to know I'll be fine, then only he was able to leave.


 * * *


Terima kasih kat housemate yang sayang Serra + tolong jaga dia :) Thanks to those yang concern, tanya Serra macam mana. Ayah-ayah Zohan yang datang on the very first day masa dia jatuh tu, tolong call kan vet.  Yang datang melawat pastu bawakkan bubble tea untuk kitorang. Bawak Whiskas + susu untuk Serra. Thanks kat Akka cleaner yang bila datang je, masuk bilik gosok-gosok Serra dulu. Dan paling terharu sekali, last Friday masa the Muslim BDS girls usrah kat rumah, then ramai-ramai duduk dalam bilik tengok Serra macam mana. I know some of them tak suka kucing pun. But they showed sincere care and concern.

Thanks to Kak Naimah + Kak Rin  sebab bagi k jaga kucing ni. Sorry I couldn't do much. I've tried my best to give him proper love and care. Thanks yang wish takziah. I really do appreciate all these though I might not show it. Kucing pun makhluk Allah. Sehebat-hebat kita jaga maknusia, sehebat tu jugak kita kena jaga kucing kalau kita sayang dia. And I believe the animals are bonus from God, to those yang dianugerahkan perasaan untuk sayang dan suka kucing, this is one of the ways untuk dapat pahala lebih. You just have to give some love.

And thanks to Allah for the opportunity to have him. Walaupun sekejap je, itsokay, I'm satisfied. I'm sad but a part of me feels relieved. He doesnt have to bear the pain anymore.


 
  

Take care, Serra . We'll meet again later :)

Friday, March 30, 2012

Empati


Maknusia diciptakan berbeza-beza. Personaliti. Tahap pemikiran. Cara percakapan. Gaya pemakaian. Taste.

Kau mungkin suka Jang Dong Gun. Tapi aku still nak suka Justin Bieber. Walaupun dia muda dan jambu tapi kita takleh deny dia kaya dan banyak duit.

Ok takde kaitan.

Pernah tak korang encounter situasi macam ni..

Alissa Milanoq : "Alaaaaaaa, ayah aku bagi duit RM400 je? Mana cukupppp!"

Sri Devi : "Erk. Tak cukup?"

Alissa Milanoq : "Ya la, selalu ayah aku bagi RM1000, kali ni 400 je mana aku boleh hidup.."

Sri Devi : fgskjfhskghskfhskjfh



Aku ingat lagi malam masa result IB keluar tu. Ada makcik A dapat 37 tapi dia sedih, bila makcik B tau makcik A tu sedih, dia pun cakap la, "syukurla weyyy aku dapat 35 jeee.."

Mesti banyak jugak kita encounter masalah macam ni. Contohnya hari ni. Kawan kita pass semua exam, tapi tak lepas nak pergi viva for distinction. Dia sedih. Ada kawan kita pergi viva distinction, tapi tak distinct pun. Dia sedih.

Lalu datangla orang lain dan cakap, "Syukurla wey ko at least pass semua. Aku fail satu subjek kot!" or "Okla tu pergi viva distinct, aku tak lepas pun nak p..."


Merujuk kepada intro aku kat atas tadi. Maknusia berbeza. Kita ada aim masing-masing. Kita tau kemampuan masing-masing. Aim ko mungkin setakat nak pass. Aim aku pulak nak distinct. Aim aku cuma nak habiskan kos ni je lantak p la macam mana pun. Aim ko pulak nak pass dengan cemerlang gemilang terbilang.

Jadi kita kena faham kalau orang tu still tak puas hati bila dia tak capai matlamat dia. Itu gol hidup dia. Dia tau dia mampu buat. Kita mungkin tak setaraf dengan dia, tapi kita boleh tumpang happy dan support dia.

Tapi, janganla yang bawah je nak faham yang atas. Semua orang kena peka dengan keadaan sekeliling. Aku ambik contoh practical dentistry aku sendiri. Ada yang hebat dalam bab bertukang. Tuhan mudahkan je jalan dia. Senang je dia habiskan ikut time. Ada yang kurang mahir, yang kena prektis dengan banyak. Dia slow learner, dan dia lambat berbanding orang lain.

Kalau kita dah buat step 7, jangan pergi cakap dekat orang yang tengah buat step 1,, "O mai, lambat gila aku buat kerja orang lain dah laju dah aku ni slow betul la .."

Empati.

Situasi lain yang jauh sikit. Hmmm, okay contohnya kalau kita pergi shopping. Baju tu harga dia RM60. Kita rasa macam murahnya baju niiii padahal kawan kita tu shopping baju kat pasar malam je. Bagi dia RM60 tu mahal. Tak mampu.

Cikgu A pernah cerita dalam kelas sastera. Pasal satu program tivi ke artikel surat khabar entah. Ada sorang budak miskin ni ditemu ramah. Wartawan tu tanya adik kalau ada duit lebih teringin nak apa? Budak tu jawab teringin nak makan roti canai. Dia tak pernah makan roti canai.

Roti canai singgit je kat tempat aku. Aku boleh beli 10 untuk budak tu. Tapi erti singgit untuk budak tu mungkin sama nilai dengan RM100 bagi aku.

Empati.

Kita kena belajar baca keadaan sekeliling. Cuba letak diri dalam posisi orang lain.Tak semua orang sama macam kita. Kalau dia mengeluh tentang sesuatu yang kita takde, kita cuba fahamkan. Kalau dia mengeluh tentang something yang kita ada, kita cubalah tolong. Yang penting bersyukur :)



Nak share sikitttt : Ada orang pernah pesan, dalam hal dunia tengok orang yang lebih bawah dari kita. Tapi dalam hal akhirat tengoklah orang yang lebih tinggi dari kita.

Salam :)








Friday, March 9, 2012

Zohan dan Serra


ZOHAN SI BOLA BERBULU BERGERAK


Di suatu petang yang hening, anak lelaki pakcik Abu Hurairah bbm sayaaa..

"Miyn, ko nak tolong tengokkan Zohan tak time kitorang cuti nanti?"

...dan 0.3 saat lepas tu terus aku terloncat jatuh katil sambil reply, "NAK NAK NAKKKKKKK!!"

Over.

Seminggu lepas tu tuan Zohan, R datang rumah aku untuk tinggalkan dia. Muka Zohan blur. Zohan jalan-jalan keliling rumah sambil membuat ekspressi muka yang mengatakan, "Eh, dimanakah daku? Sungguh asing sekali tempat ini. Oh apakah ini mimpi? Tapi, perempuan depan aku ni cute jugak eh"

Ok tipu.

5 minit lepas tu Zohan wee wee dalam box dia. Maka R pun terus ketawa dan mengatakan, "Ceyyy, Zohan tak maluuuuuu..."

HA HA HA, muka gengster R terus jadi budiman bila aku tengok betapa risaunya dia nak tinggalkan Zohan. Berbekalkan seketul cage, sekotak pasir berak, 15+ tin Whiskas, 8 susu Nandini, tuala mandi, shampu mandi, sikat rambut, R pun cakap babai dan tinggalkan Zohan untuk dijaga dengan penuh kasih sayang oleh saya dan hauzmet saya.

Ok, ini lah Zohan :)




Zohan ni kucing paling mandom pernah aku jumpak. Pijak ekor dia. Diam. Penyetkan kepala. Diam. Tutup muka dia dengan tapak tangan. Diam. Baling kat siling. Diam. HAIHS. Stresss gila!

Pagi tadi lepas Subuh, aku keluar bilik nak iron baju. Dari jauh aku dah nampak dah ketulan coklat atas lantai...

ZOHANNNNNNNNNN !!!!!! Geramnyaaa. Masuk ni dah 4 kali dah dia berak luar kotak. Sekali tu, atas katil aku. Patutla nyenyak semacam aku tido. Tido bertemankan tahi kucing rupanya. Dahla tahi dia berbulu. Aiya! Maka aku pun basuh tahi tu macam selalu, sambil menangis dalam hati.

"Zohannn, kenapa buat macam ni? Ya Allah , penatnya la haiii.."

Aku tengok dia. Muka penyet tu maintain je, seolah-olah mengatakan, "kau cakap dengan siapa? eh, kau basuh taik siapa tu? ish ish ish, siapala yang berak rata-rata tuuu, tak senunuh betul kan..."

MUKA TAK BERSALAH KAU TAHUUUU! Nasib baik comey. Nasib baik aku sayang.







SERRA SI KURUS NAKAL


Satu malam lepas Isyak, MatWan talipon aku..

"Miyn, Sharina tak dapat bawak balik kucing dia Serrafin. Awak amek kucing dia ye? Kucing saya tu, saya bagi dekat orang lain lah. Awak jaga la kucing Sharina..nanti saya bagi contact number dia, awak call dia ye?"

"Apasal dok guna saya-awak ni?"

"Err, saja la. Kita kan tengah berurusan ni.."

Hiburan.

3 hari lepas Zohan sampai, Serra pun join family besar kami :)




Serra ialah baka tempatan. Kaki dia panjang. Bulu nipis dan gugur dengan sangat extreme. Kalau pegang sikit je, satu tangan kau jadi putih. Ok aku tipu je janganla percaya. Kak Rin pesan, kurung dia dalam bilik dulu, sebab dia takut dengan tempat baru.

Malam tu aku biar je dia jalan-jalan dalam bilik aku. Masa tidur, aku tutup pintu bilik. Esoknya, bila aku bangun, aku tengok tong sampah dapur dah tertonggang. Makanan berterabur. Lampu meja aku dah selamat jatuh bawah meja. Wuuuu, Serra awat buat macam ni :(

Nak pergi kelas, aku kurung dia dalam bilik. Dan bila balik, aku tengok buku novel aku semua dah jatuh atas lantai. Wuuuu lagi dan lagi. Nakai sangat hang ni. Sejak dari hari tu sampai la harini, memang aku kunci pintu bilik time tido. Dan kalau ke kelas aku kurung dia dalam bilik. Aku suka tengok muka dia bila aku bukak pintu, dia akan ada atas katil, baru bangun tido, mata sepet-sepet. Hihi. Sronok kan balik ada orang sambut ..

Esok nya dia muntah darah. 2 hari lepas tu pun dia muntah lagi. Jadi dia duduk diam je. Dah tak melompat kat ampaian macam monkey dah. Tido je atas katil. Aku pulak risau. Makanan dia (jenama Topcat) Zohan yang habiskan.

Disebabkan dia taknak makan langsung makanan dia, aku try goda dia dengan Whiskas Zohan. Fuhh! Dia makan. Alhamdulillah. Dan everytime lepas makan , aku bagi dia digestion syrup. Lepas tu, dia dah jadi nakal balik. Dah start main aci ligan dengan Zohan. Now dia reject terus Topcat walaupun aku cuba campur-campur sikit. Tapi kalau bagi Whiskas dia makan licin. Dahla dia makan 2 kali ganda apa Zohan makan. Gemok sikit pelis pelis pelis!


Serra ni nakal. Kalau aku duduk atas kerusi, nanti dia naik atas meja dan duduk atas buku kau like a boss. Bila aku dah tutup lampu, tarik selimut, nanti dia lompat dari meja study terus ke katil. Ada sekali tu dia jatuh terhantuk, muahahaha padan muka. Pastu dia akan jalan atas badan, dan tido rapat-rapat, selalunya dia letak muka atas lengan aku. Time malam la dia jadi paling baik dan manja. Aku letak kepala atas dia pun dia layan je. Padahal kalau siang, angkat sikit terus ngamok.

Pukul 5.30 camtu, dia start bangun tido dan berperangai macam orang gila. Dia sondol-sondol badan, suruh sayeee bangun pergi solat Subuh kot? Then bila baca matsurat, dia duduk atas tempat sujud diam-diam. Dah habis nanti, dia jadi gila balik, sampai la aku kasi dia makan. Alahai, comel !





Sekarang si gemok dengan si kurus ni dah kawan dah. Dah share food. Dah share tempat berak (which is very unlikely but hmmmm bagusla). Pintu bilik aku dah boleh bukak but still kena tutup time aku gi kelas so that apa-apa jadi aku tau la siapa culprit dia (ada sekali tu aku balik, ikan bilis berterabur atas lantai. Zohan tiba-tiba jadi nakal grrrrr).

Fave place dorang is my balcony. Or maybe Serra suka duduk situ dan Zohan suka tengok dia. Banyak kali jugak Zohan hilang, bila aku nak tido tengok-tengok dia ada dalam bilik datang dari mana entah. Aiya.

2 minggu je tinggal dari hari ni untuk manja-manja dengan Zohan. Memang aku buli habis-habisan la si penyet ni. Dan Serra? Dont remind me what I have to do with her in another 5 months. Lets just cherish this moment together :)

If my juniors are reading this, and u want her later, bagitau sayeee ye? I would love to leave her with someone I can trust and who'll love her as much as I (and Kak Naimah + Kak Rin) do :)

Sunday, February 19, 2012

Maknusia. We forget.


Salam.

Masa usrah terakhir saya sebelum bercuti, kakak usrah saya tanya..

"Kita tahu kan Rasulullah SAW tu rasul terakhir. Jadi selepas Baginda wafat, siapa yang sebarkan agama Islam? Siapa yang pass the words, sampai la kita yang hidup zaman sekarang pun dapat ajaran Islam?"

Maka kami pun jawab..

"Sahabat Nabi. Mak. Ayah. Ustazah. Ustaz."

Dan kakak usrah saya membalas..

"Jadi nanti, siapa yang akan sampaikan ajaran Islam ni kat generasi seterusnya?"

Maka kami pun jawab lagi..

"Errr, kita semua?"



BAGUS! PANDAI! Kata akak usrah saya yang kiyut miyut. Jadi kita semua bertanggungjawab untuk menjadi khalifah kat Bumi ni. Akak nak tanya lagi...

Orang Islam zaman dulu-dulu kan, tiap-tiap malam bangun buat qiamullail, ada yang khatam Quran every week, mulut sentiasa berzikir, pendek kata dorang banyak beribadah dan ingat Allah la. Tapi kita zaman sekarang ni, kita cuma solat 5 waktu je, kalau rajin kita puasa la sunat Isnin Khamis, baca Quran sehari satu muka. Qiamullail tu maybe seminggu sekali..

Persoalannya ...

Adakah 'threshold' nak masuk syurga tu berbeza zaman dulu dengan sekarang?

Diam.

Cuba fikirla kan. Kita hidup kat dunia ni, purata lebih kurang 60-70 tahun la. Tapi hidup kita kat akhirat tu, kekal, selama-lamanya. Tapi dalam masa 24 sehari tu, kalau totalkan balik masa kita beribadah dekat Allah, mungkin tak sampai sejam pun. Kita lebih kejar kehidupan dunia yang sementara ni, daripada kejar kehidupan akhirat yang abadi tu.

Diam. Rasa macam kena tampar sekejap.

Akak bagi analogi. Kalau kita nak balik rumah, mak akan cakap, amek flight dari Bangalore ke KL, lepas tu naik bas, bila dah sampai, naik teksi, sampaila rumah. Sebab apa? Sebab mak nak kita sampai rumah cepat-cepat. Sebab tu dia ajarkan cara. Dia taknak kita pening-pening susah-susah je fikir.

Dalam Al-Quran pun Allah dah ajarkan cara nak ke syurga. Dia bagi kita panduan. Apa yang kita patut buat. Apa yang kita patut tinggal. Tapi kita tak ikut sangat kan?

Diam.

Bayangkan la. Kalau kita fail unis, kolej ni kasi chance untuk repeat lagi 6 bulan. Takpe, repeat la takde masalah. Tapi bayangkan nanti kat padang mahsyar, tiba-tiba kita dapat buku amalan dekat tangan kiri. TANGAN KIRI NI. Ya Allah, masa tu nak buat apa dah? Dah takboleh nak buat apa dahhhh.


* * *



Cuma sesuatu yang Miyn nak kongsi. Mungkin saya ni macam susah sikit nak terima teguran dan mungkin respond saya agak menjengkelkan. Tapi saya mintak, kalau saya salah tegurlah. Kalau tak berani depan-depan sila hantaq email ka surat layang ka he he he (serius). Kami nak masuk syurga jugak dengan awak :)

*wink*


Tuesday, February 14, 2012

My Indian Heaven


Salam.

Hello :)

Jadinya, saya dah duduk di India sebanyak setahun setengah. Ada jugak orang nak tau macam mana tempat tinggal sayeee kat sana kan (ferasannyeeeeww). So kali ni, Ming cuma mahu tunjuk tempat tinggal saya sepanjang kat India ni. Peraturan uni, first year wajib duduk hostel lepas tu baru boleh keluar nak duduk macam single ladies. Nak keluar hostel pun bukan senang. Kena tulis surat la, mintak sign sana sini, dah macam nak keluar penjara pun ada. Eh ke keluar penjara macam lagi senang? Ok abaikan.

Kalau recall balik, masa mula-mula sampai depan blok hostel tu pukul 11 malam (Sharada Hostel), sayeee berasa seperti baru sampai ke motel murahan entah mana-mana la sebab dari luar nampak macam rumah hantu TAK TIPUUU. Semua students MARA yang sampai malam tu pair up, kecuali saya dan lagi sorang. Warden cakap, "your rumet is already in the room". Nervous mak ngahhhh!


Sharada Hotel, waktu malam. Kurang menakutkan bila dah beberapa bulan kat situ :)


Ni pulak entrance dia masa siang. One thing kami tak berapa berkenan sangat pasal hostel ni, lelaki duduk 7 meter pun takboleh, nanti guard dia tiup wisel macam ada orang nak kene rog-rog je. Grrrr, serius tak tipuuuu. Termasukla delivery men.



So, ini kondisi bilik Miyn pada malam tu.






Motif ada sink sebelah meja study? Heuheu.

Pemandangan luar tingkap. Masuk-masuk bilik je terus nampak lelaki Yindia tak berbaju lari-lari kat koridor tu, weerghhh scary!





Rumet saya budak medic. Jadi 2 hari je saya duduk bilik tu, lepas tu Miyn berpindah ke bilik baru, new extension la, hujung ke belakang tu. Saya mahu duduk dengan klasmet saya so that mudah sikit nak diskas homeworks ke apa kan. Bilik ni ok la, tapi time musim panas tu Ya Allah macam oven! Kalau budak-budak tumpang solat kat bilik sayaaa, dorang dah panggil bilik tu 'neraka'. HIK HIK HIK. Tapi sungguh tak tipu. Bilik tu cuma untuk menukar persalinan je. Selebihnya aku lari gi library. Time monsoon pulak sejuk macam nak meninggal dah. Dahla takde air panas. Sayee kena beli coiled heater dan panaskan air dalam baldi macam masak air dalam cerek tu. Ada 2 kali saya berlagak kental main redah je (sebab rumet sendiri tak pernah panaskan air) pastu demam teruih 2 kali tu dan kena marah dengan mentor HI HI HI. Ok la dia tak marah dia sayang jeeee.






Yeah, so this is the best part about my room. Time Subuh, boleh dengar tempe bumping basketball. Time malam, boleh tenung je kat luar dan tengok orang main futsal. Suka!


Masa study leave untuk university exam, saya dan beberapa orang kawan pergi survey semua apartment yang ada around the campus. Dan last sekali, dengan kasih sayang Kayeffa (Kak Effa actually, saya memang suka panggil Ka without letter 'k' sebab bunyik macam comel, nyet!) , dia tolong carikan apartment akak Batch 24.




Swarnagiri Apartment, topmost floor. 3 rooms ; green, purple and pink. 3 bathrooms ; green, blue and orange. 2 balconies. Malay senior boys as the neighbours next door. Safe and sound :)

Hee I so love my house sebab kalerpoool with good privacy too sebab bilik sorang satu. Tapi saya tunjuk bilik saya je la, mana boleh kacau bilik orang lain kan. Hihi.






4 pencil holders, cuma 1 saya punya. Yang lain hadiah birthday last year. Comel pulak tiba-tiba semua orang kasi tempat letak pensil.


Night view from my balcony. Depan apartment ni ada satu lagi apartment. Kalau lucky, ada satu bilik tu akan jamming lagu Hindi berbunyi pop sikit. Rasa nak joget-joget je.




Dapur. My fave place la jugakk. Fridge tu fave sorang rumet saya yang suka semunyik-semunyik makan desert. Hihi.

Tempat ni jugak mini Prostho lab saya. Kalau kerja tak habis akan sambung buat kat sini sebab kena guna apiiiii. Mine you, jangan kasi tau lecturer sebab dorang tak berapa nak bagi. Bahaya katanya.

Jalan yang kami lalu hari-hari untuk gi kelas.




DAN INI HAUZMET SAYEEE YANG TERCHENTAA. Ramai sangat orang tanya siapa hauzmet sayeee kan, inilah depaaa :) Teman masak teman makan teman meroyan dan family kecil saya di sini, with some other people of course :)


Myra, Fana, Miyn.



Ada lagi 6 bulan untuk enjoy duduk rumah sendiri sebelum balik Melaka dan terkurung dalam hostel sekali lagi. Ok bye.




Sunday, February 12, 2012

Imaginasi Perkahwinan Anak Gadis : Dah Sedia?


Masa aku sekolah dulu, aku ingatkan kawan-kawan aku semua akan kahwin paling awal pun 25 tahun. Sebab nenek aku kahwin umur 16 tahun dan mak aku lahir masa beliau umur 17 tahun. Nenek aku sekarang dah 73 tahun jadi kalau ikutkan orang dulu yang free dan orang sekarang yang sibuk kejar cita-cita dan pelajaran, takkan la ada yang nak kahwin awal ye dok?

Tetapi tapi, ternyata sangkaan ku melecet. Bulan lepas, tiba-tiba Facebook wall aku penuh dengan post-post pasal kahwin.

[x] Jemputan event ke majlis walimah.
[x] Orang post gambar suruh pilih baju kahwin mana satu paling lawa.
[x] Kawan yang nak rahsiakan majlis pertunangan tapi sepupu dia tag dia kat gambar sendiri.
[x] Orang buat countdown detik-detik teruna terakhir (shooot)
[x] Dan semua jenis album kahwin yang diupload lepas walimah.

Lepas tu, bercambah pulak golongan teringin nak kahwin. Dekat Twitter pulak dah penuh dengan tweet kepada bakal suami . Sesetengah tu mungkin boyfriend pun belum ada tapi imaginasi pasal alam perkahwinan sudah lagi advanced. Ah, aku cakap ni dekat diri sendiri jugak. Heu heu.

22 tahun. Miyn baru 22 tahun. Kenapa korang kahwin awal sangat? :(




Teringin nak kahwin

Perempuan, kalau tengok drama sweet-sweet, tengok video kahwin cantik sikit, terus akan terkeluar "Nak kahwin jugak!". Part ni la selalu lelaki salah sangka. Dorang ingat kita memang nak kahwin. Tak. Itu semua cakap je. Macam korang cakap Megan Fox tu cunnnn, tapi kalau suruh kahwin dengan dia, taknak punnn, nak jugak perempuan Melayu kan? Ok lame example.

Tak dinafikan kalau perempuan bersembang, mesti keluar topik kahwin. Kahwin kahwin dan kahwin. Sebab topik ni seronok. Kena usik, pastu muka merah. Ah, ini sesama perempuan, lelaki takkan faham :) Tapi tahulah semua ni cakap-cakap je.



Nak kahwin awal.

Baguslah kalau girlfriend awak cakap dia nak kahwin awal. Kenapa nak cakap dia gatal, tak menyempat nyempat? Itu maksudnya dia nak segerakan proses peng-halal-an. Nanti kalau dia teringat kat suami dia, rindu lebih-lebih ke, tak la jadi zina hati. Cuba pandang dari sudut positif. Jangan la terus rasa takut "O mai dia nak kahwin awal mana aku nak cari duetttt.."

Kalau tak mampu lagi, hold on dulu. Tapi jangan terus kecam orang yang nak kahwin awal. Itu cuma niat ke arah kebaikan. Kalau tak boleh, kahwin la bila dah mampu. Mudah je :)

Jadikan seseorang yang awak dah 'ter' jatuh sayang tu sebagai inspirasi untuk perbaiki diri nak jadi maknusia yang lagi hebat. Bukan untuk dia. Tapi untuk diri sendiri. Bila diri dah hebat, nanti mesti rasa confident nak jadi ayah/mak orang dan jugak pasangan orang.

Orang selalu cakap, "Dah pandai masak bolehla kahwin." Tapi cuba tanya dia rukun solat ada berapa? Diam. Sebut sikit semua rukun tu? Diam. Boleh kahwin dah agak-agak?

Mentaliti masyarakat sekarang. Jarang kita cakap berpaksikan 'realiti'. Kebanyakannya cuma mengikut norma-norma kebiasaan yang balik-balik ulang benda yang sama.

p/s : nak berkahwin dengan dia pun, bukan lesen untuk awak usung dia ke sana ke mari tayangkan ke satu dunia "Ini gadis saya yang punya."



Perempuan dan Perkahwinan

Ok. Saya tau saya tak layak la nak cakap pasal alam rumahtangga sebab saya mana kahwin lagi sekian harap maklong.

Perempuan ni, nature dia ialah, dia bayangkan yang indah-indah je pasal kahwin. Ada suami kejut bangun pagi-pagi. Bagi bunga. Masak sama-sama. Err, apa lagi ya? Bagi coklat? Eheh.

Jarang yang fikir pasal hutang nak beli kereta beli rumah yang kena tanggung sama-sama lepas kahwin tu. Pasal nak fit in dalam family lagi satu. Dan jugak terima hakikat yang lelaki Melayu ni tak banyak yang macam lelaki mat salleh ataupun lelaki dalam drama Korea awak tu. Jadi kahwin tu taklah seindah seromantis yang kita selalu bayangkan ye.

Sesetengah perempuan dah biasa berdiri atas kaki sendiri. Macam aku sendiri contohnya. Environment aku membesar mengajar aku untuk tak berapa nak boleh terima kalau lelaki say No, aku pun akan ikut sama say No. There was a time when I used to think one of my friends ni stupid for following everything that her boyfriend said. Jadi, bila kahwin kau otomatik akan kena patuh dekat seorang maknusia yang bernama suami.

Kalau suami awak tiba-tiba cakap, Miyn berhenti kerja, boleh?
Kalau suami awak suruh pakai tudung menutup dada sedangkan awak selama ni selepang je, boleh?
Kalau suami awak ajak balik jaga mak dia yang sakit every week, boleh?
Kalau suami awak buat kuliah Subuh hari-hari padahal awak ni jenis tido balik lepas solat, boleh?
Kalau suami awak suruh pakai stokin sedangkan awak suka keluar pakai slipar je, boleh?

Boleh tak, sayang?

Kalau tak boleh, then maksudnya awak tak ready lagi. Kalau kita biasa cakap tinggi-tinggi suara, tak mudah nak belajar cakap dengan nada lembut dan menenangkan hati. Semua tu kena prektis dan biasakan.

Tapi kalau suami awak tak suruh awak yang free hair ni pakai tudung, tak ajak awak yang suka solat lambat kepada solat di awal waktu, then apa matlamat perkahwinan sebenarnya? Kahwin cuma sekadar nak berkahwin? Berkongsi hidup?

Banyak lagi benda perlu difikirkan. Jadi pesanan Miyn sebenarnya, anak-anak gadis, kawan-kawan saya, kahwin ni tak mudah :) Jangan fikirkan sangat nak berteman berboyfriend semua tu. Sebab diri sendiri perlu kukuh terlebih dulu.

Sebab akhir sekali, destinasi impian kita semua sama, iaitu untuk kembali ke tempat asal : SYURGA.




Nota ibu jari : Jangan risau Miyn takde plan nak kahwin dalam masa kurang dari 3 tahun. Hihi. Post ni dibuat setelah pemerhatian rapi terhadap persekitaran saya sendiri. Tapi saya mahu jadi mami yang comel nanti, insyaAllah :)

Saturday, February 11, 2012

Talk less. Listen more.


Untuk perempuan.

Cuba masa awak tengah hangout dengan kawan-kawan tu, awak duduk diam-diam, dan tengok je kawan-kawan awak tu bersembang.

Gadis A : "Tadi masa aku gi kedai aku nampak Jonathan bukan nama sebenar naik motor dengan Stephanie bukan nama sebenar.."

Gadis B : "HA! Aku tau! Stephanie budak baru masuk tu kan, haritu aku dah nampak dah ..."

Gadis C : "Aku pun nampak jugak. Depa baru kapel eh?"

Gadis A : "Dah lama dah tapi dulu Jonathan bukan dengan Maybelline ka kalau tak salah.."

Gadis E : "Eh dak dak dak bukan laaaaa depa break dari tahun lepas lagi pastu.."

Gadis C : "Kan lepas dia break tu dia mcm lost sattt, tu yang bila budak baru masuk teruih dia masuk line tu.."



Meow meow meow~

Never ending.


Perempuan ni ada satu nature yang kita semua jarang sedar. Bila orang bercakap, kita selalu rasa nak mencelah. Kadang-kadang tu up the point nak berlawan siapa tahu lagi banyak. Nak tahan dari bukak mulut tu bukan main susah tahuuu. Tak tipu. Sayeee sudah cuba prektis. Dalam kepala ni kena set, "tahannn tahannn tahannn jangan cakap lagi jangan cakap lagiii sabaq satt.."

Dan jarang pulak kita mendengar. When actually we can know and understand more by listening.

Duduk diam-diam. Dengar. Dan fahamkan. Bunyik macam senang tapi susah , tapi tak mustahil. Semua orang boleh bercakap, sama ada cakap kosong ataupun cakap ada points. Tapi tak semua mampu bagi kita perasaan selesa dengan cuma menjadi 'pendengar'.

*wink!*







Tuesday, February 7, 2012

From Kochi to Kedah


Salam

HAI !

HOME SHWEEEET HOME :) It sure feels good to get off the hectic schedule for a while. Meowww~



Road to LCCT

Hari kitorang nak balik tu, geng jejaka-jejaka terhangat dari Australia datang, Yippieee! Makanya lunch haritu telah dijimatkan oleh teruna-teruna India yang berbaik hati meng-sponsor semua lauk-pauk mabeles tahap ohsem ; ikang bakaq gergasi, nasik lemak, ayam bakar ughhh nyiammyy! Dengan kehadiran si comel Zohan yang aku kish kish sampai esoknya naik berketul jerawat, priceless lahh. Seronok kejap for few hours dengan budak-budak ex-KMS dekat rumah Suraksha tu sambil gelak kekeh-kekeh tengok Oggy and The Cockcroaches. Zaii zaiii zaii~


Ming Ming dan Zohan

Jhar , Abe dan Afiq

Sufyan Ahmad yang tak pernah senunuhhh

Makanan Miyn yang dibubuh oleh Hazman (saya yang buli beliau)


Sufyan Ahmad, Abe, Ming-ki, Blade, Roni :D


* * *


Malam tu pukul 11, kitorang naik train sebanyak 7 orang, just to find out our berths were occupied. Luckily ada uncle baik hati yg agak tembam comel tolong checkkan tiket kitorang. Everything was right and we were like blurrr la kat mana silapnya. Sampaila dia tanya kitorang nak pergi mana. "Kochinnn". "Hah? NO THIS TRAIN IS GOING TO DELHI, COME DOWN NOW!"

Lalu dia punn tolong angkut beg sebesar hippopotamus tu turun dan cakap babai. Phewwww, bila pergi kaunter, baru tau yang train kitorang delay. Aiyooo awat tak cakap sayangggg oi, maka sambil tunggu tu kitorang main truth or dare, tapi truth je la. Hi hi hi.

Btw, AIRPORT KOCHI TAK BEST dan hampir buat aku menangis sebab kena tunggu lama. Dia taknak kasi masuk awal-awal dan serius saya sungguh benci menungggu ditambah dengan takdak restoran terdekat pulak tu (yg dah bukak). InsyaAllah, kalau diizinkan, aku dah takkan naik train dah, yeahuuu!



Road to Kedah

My awesome superhero, Muhammad Husaini picked me up at the airport because Dad couldnt make it. Masa dia muncul tu, I was like, "HOI FESYEN APA HANG BUAT NIIIII ADIKKUUUU?!" (tapi dalam hati je la) rambut sudah serupa meet uncle huseng dah (kebetulan pulak sebab kawan dia memang panggil dia hussein hihi).

But no biggie because I misss him very muchachos anyway. On our way back, I was amazed on how more comfortable it is to talk to him now. Malam tu, we slept at dad's house tapi kami dua je laaaa. Saya tak dak baju rumah jadi gua bantai kain pelikat + tshirt budak ni. Rasa kachak sekejap.

Esoknya, plan ialah untuk amek bas dari Putrajaya Sentral ke Kedah. Yeah dont ask me why i didn't say yes to Abah's question "tiket flight ke alorstar nak book ke tak?" nyiaww jadi kali ni guna konsep redah je la. Unfortunately kitorang sampai 2 minit lambat dan bas pagi tu (9.30 pagi) sudah pun jalan. Jadi adik saya cakap, "Jom, Saini ikut g Pudu sekali."

Penat sebenarnya, dalam hati time tu rasa macam nak balikkk terbang sekarang boleh takk but he was so calm i didn't have the heart to say that. Dia tolong saya angkut beg dan ajar sayeee naik LRT baru guna sistem token tu heuheu (KL y u developed so fast hah!) and paid for every tickets.

Sementara tunggu my bus at 12pm, kitorang makan kat foodcourt Pudu tu. Order satu pinggan share berdua, auww shweet tak? Nyeheheys!

Saini yang tolong lapkan sudu garpu



Before Miyn menaik bas, Miyn membagi baliklah sedikit duit. Dari awal, aku saja je tengok dia berkira ke tak tapi tengok-tengok dia bayarkan je semua. Bagusnyeee :)) Tapi still , dia pun student jugak kan plus ke mana lagi tumpah duit Miyn kalau tidak ke adik sendiri.

Ada hikmah la jugak Abah tak boleh jemput kat LCCT and aku balik dengan bas siap kena tinggal pulak tu. At least I got to spend some time with this boy, yang dah besarrrrrr! Before sayee naik bas, he kishhh both my cheeks :)

*nanges*



"Thanks sebab teman akak sampai sini. Jaga diri baik-baik!"

"Ok. Welcome. Never mind. Tugas saini. Siapa lagi nak teman kan? Nanti sampai sana bagitau."

*nanges lagi*

Besar dah adik aku ni.




Kedah here I come !

Ummi picked me up at Shahab around 6.15pm . Saya tak berapa sihat sikit jadi masuk kereta je terus terbaring lepas sampaikan salam dari Myra + Husaini. Lepas Maghrib, aku tertidur atas katil Ummi. Pukul 11, aku bangun pergi mandi , solat Isyak dan barula pergi salam peluk Ummi properly yang tengah khusyuk buat kerja depan komputer.

Ada satu lagi amanah terakhir aku kena buat. Ehem.

"Ummi, ada kawan kirim salam kat Madam."

"Kenapa Madam?"

"Taktau, sebab students Ummi panggil Ummi madam kot..", she giggled upon hearing that.

"Kawan mana satu ni?"

"Errr, ka .. wan Arina.."

Terus dia gelak macam hantu. Tak tipu memang aku terkejut dengan reaksi tu.

"Oooo, budak tuuu. Arina cakap dia budak baik. Mana gambar? Ummi nak tengok."

"Ha? Tengok gambar nak buat apa?"

"Ish! Guna facebook bukak gambar dia sekarang." Dia bagi keyboard.

Lepas tengok... "So, suka dia ni la?"

"Kawan je, kawan baik-baik, at least dia dah mintak izin Arina semua kan.."

"Hmm, okla macam tu.."



It was quite surprising Ummi didnt say anything like habiskan belajar dulu jangan bercinta bla bla bla. Guess she was in a good mood yesterday. Relieved. Dah bagitau semua yang patut dibagitau. Dah tak risau berahsia dengan mak sendiri :) Mission accomplished!

At 12am, kitorang masak asam pedas tumis dan makan dinner pukul 1 pagi. Rock sungguh kami bertiga beranak kann, hihihihihih..

Sekian. bye!