Sunday, February 12, 2012

Imaginasi Perkahwinan Anak Gadis : Dah Sedia?


Masa aku sekolah dulu, aku ingatkan kawan-kawan aku semua akan kahwin paling awal pun 25 tahun. Sebab nenek aku kahwin umur 16 tahun dan mak aku lahir masa beliau umur 17 tahun. Nenek aku sekarang dah 73 tahun jadi kalau ikutkan orang dulu yang free dan orang sekarang yang sibuk kejar cita-cita dan pelajaran, takkan la ada yang nak kahwin awal ye dok?

Tetapi tapi, ternyata sangkaan ku melecet. Bulan lepas, tiba-tiba Facebook wall aku penuh dengan post-post pasal kahwin.

[x] Jemputan event ke majlis walimah.
[x] Orang post gambar suruh pilih baju kahwin mana satu paling lawa.
[x] Kawan yang nak rahsiakan majlis pertunangan tapi sepupu dia tag dia kat gambar sendiri.
[x] Orang buat countdown detik-detik teruna terakhir (shooot)
[x] Dan semua jenis album kahwin yang diupload lepas walimah.

Lepas tu, bercambah pulak golongan teringin nak kahwin. Dekat Twitter pulak dah penuh dengan tweet kepada bakal suami . Sesetengah tu mungkin boyfriend pun belum ada tapi imaginasi pasal alam perkahwinan sudah lagi advanced. Ah, aku cakap ni dekat diri sendiri jugak. Heu heu.

22 tahun. Miyn baru 22 tahun. Kenapa korang kahwin awal sangat? :(




Teringin nak kahwin

Perempuan, kalau tengok drama sweet-sweet, tengok video kahwin cantik sikit, terus akan terkeluar "Nak kahwin jugak!". Part ni la selalu lelaki salah sangka. Dorang ingat kita memang nak kahwin. Tak. Itu semua cakap je. Macam korang cakap Megan Fox tu cunnnn, tapi kalau suruh kahwin dengan dia, taknak punnn, nak jugak perempuan Melayu kan? Ok lame example.

Tak dinafikan kalau perempuan bersembang, mesti keluar topik kahwin. Kahwin kahwin dan kahwin. Sebab topik ni seronok. Kena usik, pastu muka merah. Ah, ini sesama perempuan, lelaki takkan faham :) Tapi tahulah semua ni cakap-cakap je.



Nak kahwin awal.

Baguslah kalau girlfriend awak cakap dia nak kahwin awal. Kenapa nak cakap dia gatal, tak menyempat nyempat? Itu maksudnya dia nak segerakan proses peng-halal-an. Nanti kalau dia teringat kat suami dia, rindu lebih-lebih ke, tak la jadi zina hati. Cuba pandang dari sudut positif. Jangan la terus rasa takut "O mai dia nak kahwin awal mana aku nak cari duetttt.."

Kalau tak mampu lagi, hold on dulu. Tapi jangan terus kecam orang yang nak kahwin awal. Itu cuma niat ke arah kebaikan. Kalau tak boleh, kahwin la bila dah mampu. Mudah je :)

Jadikan seseorang yang awak dah 'ter' jatuh sayang tu sebagai inspirasi untuk perbaiki diri nak jadi maknusia yang lagi hebat. Bukan untuk dia. Tapi untuk diri sendiri. Bila diri dah hebat, nanti mesti rasa confident nak jadi ayah/mak orang dan jugak pasangan orang.

Orang selalu cakap, "Dah pandai masak bolehla kahwin." Tapi cuba tanya dia rukun solat ada berapa? Diam. Sebut sikit semua rukun tu? Diam. Boleh kahwin dah agak-agak?

Mentaliti masyarakat sekarang. Jarang kita cakap berpaksikan 'realiti'. Kebanyakannya cuma mengikut norma-norma kebiasaan yang balik-balik ulang benda yang sama.

p/s : nak berkahwin dengan dia pun, bukan lesen untuk awak usung dia ke sana ke mari tayangkan ke satu dunia "Ini gadis saya yang punya."



Perempuan dan Perkahwinan

Ok. Saya tau saya tak layak la nak cakap pasal alam rumahtangga sebab saya mana kahwin lagi sekian harap maklong.

Perempuan ni, nature dia ialah, dia bayangkan yang indah-indah je pasal kahwin. Ada suami kejut bangun pagi-pagi. Bagi bunga. Masak sama-sama. Err, apa lagi ya? Bagi coklat? Eheh.

Jarang yang fikir pasal hutang nak beli kereta beli rumah yang kena tanggung sama-sama lepas kahwin tu. Pasal nak fit in dalam family lagi satu. Dan jugak terima hakikat yang lelaki Melayu ni tak banyak yang macam lelaki mat salleh ataupun lelaki dalam drama Korea awak tu. Jadi kahwin tu taklah seindah seromantis yang kita selalu bayangkan ye.

Sesetengah perempuan dah biasa berdiri atas kaki sendiri. Macam aku sendiri contohnya. Environment aku membesar mengajar aku untuk tak berapa nak boleh terima kalau lelaki say No, aku pun akan ikut sama say No. There was a time when I used to think one of my friends ni stupid for following everything that her boyfriend said. Jadi, bila kahwin kau otomatik akan kena patuh dekat seorang maknusia yang bernama suami.

Kalau suami awak tiba-tiba cakap, Miyn berhenti kerja, boleh?
Kalau suami awak suruh pakai tudung menutup dada sedangkan awak selama ni selepang je, boleh?
Kalau suami awak ajak balik jaga mak dia yang sakit every week, boleh?
Kalau suami awak buat kuliah Subuh hari-hari padahal awak ni jenis tido balik lepas solat, boleh?
Kalau suami awak suruh pakai stokin sedangkan awak suka keluar pakai slipar je, boleh?

Boleh tak, sayang?

Kalau tak boleh, then maksudnya awak tak ready lagi. Kalau kita biasa cakap tinggi-tinggi suara, tak mudah nak belajar cakap dengan nada lembut dan menenangkan hati. Semua tu kena prektis dan biasakan.

Tapi kalau suami awak tak suruh awak yang free hair ni pakai tudung, tak ajak awak yang suka solat lambat kepada solat di awal waktu, then apa matlamat perkahwinan sebenarnya? Kahwin cuma sekadar nak berkahwin? Berkongsi hidup?

Banyak lagi benda perlu difikirkan. Jadi pesanan Miyn sebenarnya, anak-anak gadis, kawan-kawan saya, kahwin ni tak mudah :) Jangan fikirkan sangat nak berteman berboyfriend semua tu. Sebab diri sendiri perlu kukuh terlebih dulu.

Sebab akhir sekali, destinasi impian kita semua sama, iaitu untuk kembali ke tempat asal : SYURGA.




Nota ibu jari : Jangan risau Miyn takde plan nak kahwin dalam masa kurang dari 3 tahun. Hihi. Post ni dibuat setelah pemerhatian rapi terhadap persekitaran saya sendiri. Tapi saya mahu jadi mami yang comel nanti, insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

hai!~