Wednesday, December 28, 2011

citer something yg bleh inspire as 2011 has been frustating for me..need something for 2012. thx

Hari tu hujung minggu. Jadi Aimi terasa macam nak pergi tengok movie. Lagi pulak movie Iron Man baru keluar, weeee Robert Downey Jr kachiak tahap taktau nak cakap apa dah. Wajib lah tengok kan?

"Weyyy korang jom tengok movie nanti? Jomlaaaaa jomlaaa jomlaaa", kata Aimi dekat kawan-kawan dia dengan suara merengek macam nak mintak penampar.

Lepas Zuhur mereka pun keluar ke Jusco Seremban II untuk tengok Robert Downey Jr eh Iron Man. Macam biasa, lepas movie mestila berasa lapar jadi dorang pun buat keputusan untuk pergi makan. Lepas gaduh gaduh comel, semua setuju nak pergi Kenny's Rogers. Duit scholar baru masuk kan, wajiblah berlagak kaya sikit HE HE HE.

"Aimi ! Tu bukan Zarul ke? Eh, junior kita pun ada sekaliiiii laaaa. Dorang buat apa kat sini? Ko tak bagitau ke kita kuar nak tengok movie?"

*terdiam*

"Aku bagitau dia aku balik rumah minggu ni. Tapi pagi tadi tiba-tiba tak jadi pulak. Aku tak bagitau pun.."

"Korang dah break ke? Apa dia buat dengan junior tu? Lain macam je aku tengok?"

"Belum. Taktau la Ana...jomlah pergi makan kat tempat lain.."

Kekantoian Zarul yang berdating dengan junior yang cun tapi tak se-cun Aimi tu akhirnya membuatkan dorang break off. Rupanya dah lamaaaaa dah dorang ada skandallll, sampai hati dia buat senyap-senyap ye. Dahla dorang kapel dah lama, sobs.

Lepas habis belajar, Aimi sambung belajar ke Australia dan menjadi salah seorang top scorer kat sana.

Satu hari..


"Aimi, ko tak kawan dengan Zarul dah ke?"

"Tak. Sebab dia la hidup aku musnah. Setahun aku ambil masa nak lupakan dia. Setahun aku down. Setahun aku sakit hati, asyik terfikirkan dia. Susah ko tau tak? Susah! Lagi-lagi bila aku terpaksa tengok dia dengan junior tu depan mata. Ko tak faham perasaan aku..."

"Tapi benda tu dah lama la. Sudah-sudah lah tu"

"Apa pun aku takkan maafkan dia. Aku takkan lupa apa dia buat kat aku..."

* * *

Hello :)

Agak-agak lepas tak kalau nak buat novel dan hantar ke Alaf21? Hi hi hi.

Mungkin benda ni pernah jadi kat kita. Maksud aku, sesuatu malapetaka terjadi, lepas tu kita macam lost sekejap, pastu kita pilih untuk salahkan orang lain atas apa yang kita jadi sekarang ni.

Macam dalam cerita kat atas, boyfriend Aimi main kayu tiga, jadi Aimi patah hati dan salahkan Zarul atas semua perasaan sakit hati, kecewa dan sedih yang dia rasa.

Tapi dia lupa, disebabkan tu jugak, dia dapat kekuatan baru dan less distraction untuk belajar dan finally boleh jadi among one of the top students kat uni dia.

Hidup dia sekarang okay je. Top scorer. Masuk uni. Ada tempat tinggal. Ada tempat belajar. Tapi kenapa nak salahkan benda yang dah jadi? Bukannya dia tengah merempat kat tepi jalan pun kan?

I use this situation sebab yang baca blog ni kebanyakannya belia remaja jugak. So, awak semua pun senang sikit nak faham kalau guna keadaan cintan cintun ni sebagai analogi. Tapi cuba kita luaskan skop sikit. Masa dalam kelas Theory of Knowledge dulu, aku ingat lagi ada satu topik yang kitorang kena bincangkan. Topik tu lebih kurang camni : kalau seseorang anak kepada broken family tu jadi entah apa-apa, siapa yang perlu dipersalahkan? Dia, atau mak bapak dia?

Jawapan aku : dia sendiri.

Semua, SEMUA yang jadi kat kita ni sebenarnya secara tak langsung membentuk apa kita jadi sekarang ni. Tak kisahlah benda tu baik ke, buruk ke, kecik ke, besar ke, semuanya memainkan peranan yang penting. Kita takleh kawal, bak kata drama Melayu, "benda dah nak jadi". Tapi macam mana sesuatu tu affect diri kita, itu bergantung kepada pilihan kita sendiri.

Pergi sekolah dengar kawan mencarut. Sikit sikit bangsat. Sikit sikit celaka. Bila bersin, cakap oh excuse meeee. Cool la jugak bunyinya. Nak ikut jugak ke? Boleh. Tapi kita boleh jugak nak pilih apa yang baik lagi berpahala. Cakapla Alhamdulillah, baru la mak mertua dengar pun sedap je hati, eheh. Faham tak?

Okay, atas ni semuanya aku tulis secara general je. Dan now nak cakap directly kepada awak.

Takde siapa boleh janji tahun depan akan lebih baik dari tahun ni. Dan jugak tahun-tahun akan datang. Masalah akan sentiasa ada. Tapi kita pandai-pandailah manipulate masalah tu. Kalau rasa sakit hati, cuba diam kejap pegi jumpa Tuhan. Kalau rasa sedih, pergi jumpa kawan-kawan yang menggembirakan. Kalau rasa kerja banyak sangat, buat slow slow. Kalau rasa dunia ni beratnya la hai macam dah nak kiamat, bolehlah tido sampai hilang ingatan macam yang aku selalu buat. Ok tipu.

You gotta find your own strength from any possible thing u could. Best thing is in yourself.

Ada kawan aku ni suka salahkan family dia atas 'childhood' dia yang tak sempurna dan happy macam orang lain. Tapi sekarang aku rasa hidup dia okay je. Cuma satu je masalah dia : taknak memaafkan. Dia rasa macam kekerasan hati dia untuk memaafkan tu ialah balasan paling hebat untuk orang2 tersebut. Kalau senang je kasi maaf, tak aciiii la.

Yeah, for me kebolehan untuk maafkan orang ialah penyumbang utama kepada ketenangan hati kita. What would happen to me if I'm not willing to forgive you? I'll live with hatred and heartache and that thing wont go away. Bila hati penuh dengan benda-benda teruk ni, macam mana benda-benda baik nak masuk kan? Dah takde ruang. Dah sempit. Learn to let go, dan ambil pengajaran dari situ. Takpe kalau makan masa pun, asalkan kita cuba.

Eh banyak pulak membebel. Sorry ye. But I hope u get my points here. Plus aku tambah-tambah extra points sikit untuk semua orang dan juga kepada golongan khusus yang aku tak sebutkan di sini.

Maaf atas bahasa macam cakar ayam. Ming mmg macam ni, kalau skema itu bukan Ming lah kan? HE HE HE.

Semoga awak baik-baik saja :) Kalau awak yakin dan pandai, insyaAllah tahun depan akan jadi tahun yang ter'mabeles' dan awesommeeeee untuk awak *wink*




p/s : Tahun depan umur aku dah 17. Waaaaah! Rasa macam seperti semalam keluar dari perut Ummi.

kt tempat awak belajar (manipal)..kwn2 awak, siapa yg awak rasa agak sweet..3 nama, jawab dgn ikhlas =)

Alahai~

Tak boleh nak bagi 3 nama je, sebab semua orang ada peranan masing-masing at different times :)

Hidup sayeee kat sini aman bahagia dan happy sebab dorang semua. So yeah, sorry tak dapat jawab *senyum besar besar*

Whats up, peeps?

Tuesday, December 27, 2011

suka lelaki yg bagaimana? kaya? alim? majistret? loyer?

Salam.

HAI !

Hmmm, dah umur-umur camni banyak je kan soalan macam ni. Ok takpe, i'll try to answer u properly :)

Physically, k suka lelaki yang nampak bersih. Kuku tangan kaki sentiasa pendek dan terjaga sebab benda first k tengok mesti kuku. Haha! Rambut manage elok-elok, kalau takde gel macam lagi kachak sebab bila angin tiup oh hengsomnya awak! Kalau ada janggut secotet macam comel juga kan? Tak perlu bergaya, cuma nampak kemas :)

Dari segi peribadi, seseorang lelaki tu mestilah tau apa yang dia nak capai dalam hidup ni. Dan paling penting, dia selalu ke masjid. Bak kata seseorang, lelaki yang pergi masjid/surau tu tak semestinya baik tapi lelaki yang baik akan selalu berjemaah kat situ.

Kaya? Tak kisah tapi kalau boleh taknak yang terlalu kaya. Keluarga dia miskin pun takpe tapi dia tu mestilah sentiasa nak majukan diri sendiri. Pekerjaan? Tak kisah. Tapi mak selalu suruh cari doktor sebab katanya nanti doktor je faham macam mana kerja awak. Betul jugak kot? Barula ada common topics nak dibincangkan tapi again, benda ni tak jadi isu.

Paling kedua terpaling penting sekali, dia mestila seorang lelaki yang sangat matang , sabar dan mampu membuat saya rasa seperti berada di dalam dunia fantasi heuheu apakah? Sebab saya ni kepala hangin. Perempuan ni, tinggi mana pun dia, tak eloklah kalau dia nak menang je kan? Jadi dia kena cari seseorang yang bila dia cakap, awak terasa seperti mahu mematuhi seperti ular kena palu, eh? I dont want a guy who wants to please me by giving me things, sweet talking bla3 sebab so far semua tu takde effect pun. Plus, Allah kurniakan perempuan dengan naluri yang hebat. Kita boleh tahu lelaki tu buat semua tu sebagai kawan yang baik ataupun dia mahu sesuatu.

Tak perlu berusaha teruk-teruk. Cuma perlu jadi diri sendiri. Kalau peribadi awak cantik, mesti semua orang pun suka kan?

Lagi satu, semua kawan-kawan baik saya mestilah suka beliau dan boleh berkawan dengan ramah mesra sekali sebab kawan saya jugak keluarga saya. Kalau dorang cakap tak, I wont go for it. Nanti kang tak best la kawan-kawan datang rumah, pastu lelaki tu duduk dalam bilik takpun pergi keluar minum kopi apa kessssss, pukul nak? eheh.. *berangan nak jadi mcm perempuan2 dalam Sex and The City tu takpun One Tree Hill hihi*

Keluarga approve? Itu mesti. Tak perlu explanation kan :) Saya taknak la nanti jadi salah seorang penulis dalam Mingguan Wanita dok sedih-sedih sebab kakak ipar tak suka la, mak mertua benci la. Haishhh kenot kenot.

Dan saya taknak orang yang nak Miyn selaku girlfriend. Sekian terima kasih :)

Whats up, peeps?

Monday, December 26, 2011

Siann *hulur tisu. nk tanye. tak tau ader org penah tnye ke tak miyn mende ni. "ape miyn nak buat lepas dapat degree dentistry tu nnti?" I mean, bukan keje. Something u wish to do.

Salam.

HAI awak!

Hmmm, okay, ada banyak definisi plan lepas degree tapi sayee consider awak tengah tanya pasal semua plan LEPAS saya dah sempurnakan tanggungjawab sekarang iaitu belajar, boleh tak camtu?

There are so many things that I wanna do actually.

[x] Nak sambung belajar lagi untuk jadi specialist. What I can think of right now, Endodontist maybe? Tapi ada lagi 3 tahun untuk di'expose' dengan macam-macam lagi cabang Dentistry so yang mana jalan Allah permudahkan, itulah saya akan kejar. Tapi yang pasti k takkan berhenti sampai degree je la.

[x] Nak pergi Venice :) Semuanya sebab McDee (kawan sayee kat UK) cakap Venice sangat romentikkk dan langit dia sangat cantik.

[x] Membina masjid saya sendiri secepat mungkin? InsyaAllah.
Dulu kan, I always have the thought of "ok kahwin lambat pun takpe, make sure duit banyak dulu beli rumah beli kereta dulu nanti kahwin lah" Tapiiii, after reading this one blog (seorang lelaki yang dah berkahwin), persepsi k berubah 170 degree.
Kalau nak completekan list tu, agak-agak umur berapa saya akan kahwin ye ? Bayangkan kalau kahwin umur 30, umur 31 baru mengada-ngada nak mengandung. Umur 38 baru merasa "Hari Pertama Ke Sekolah bersama anak".
Nope. I believe anak-anak saya (iAllah) ada hak dorang. I wont go chasing my own dreams while they have to grow up with an old-not-so-hot-mother-nymore. HA HA HA. Ignore part last, yang lain tu semua k serius. I (dan 'dia' )shall be the ones teaching them how to live life and become good Muslims, while im still healthy and waras :)

Eh panjang pulak aku elaborate part ni kan. Tolong jangan letakkan hukum aku ni dah wajib kahwin. Awak dah 21 nak main kapel-kapel lagi ke.

[x] Nak try join volunteering work yang indie indie. Yang tak masuk TV. Walaupun sekadar pergi ke kampung-kampung dan buat rawatan pergigian percuma. Ataupun misi menyelamatkan kucing-kucing jalanan. Takpun menolong sesiapa menanam padi dan membajak tanah atau mengembala kambing.

[x] Belajar menjahit baju :) Nak jahitkan baju kurung sayaaa dan keluarga dan langsir dan sarung bantal macam mak saya pernah buat dulu.

[x] Nak regularly attached dengan mana-mana rumah anak yatim. Jadi mak tumpangan dorang. Pastu bagi dorang excited every week or every month "Mama Miyn nak datangggg!" Okay, I know it sounds a bit weird, but this has always been my dream :)

I didnt mention things that everyone wanna do such as pergi haji sebab itu kemestian, semua orang pun tahu. Tapi kalau tak tulis nanti awak ingat saya tak masukkan dalam list pulak. Hihi. Semoga dipermudahkan semua kat atas ni :))

Eh lagi satu. Nak pergi tengok dunia sebanyak mana yang boleh. Weee!

Whats up, peeps?

bila blek malaysia?hahaha

Bila ank dah cukup duit nak belanja aku Secret Recipe :P

*ini utk Yonn*

Whats up, peeps?

suka sos cili or sos tomato??ahah

Salam.

Okay, taktau la apa signifikan soalan ni. Tapi pilihan utama Supermiyn semestinya sos ciliaq (!)

Sebab apa? Sebab cili itu pedas. Dalam bahasa omputeh kita panggl hot. Dan bila makan pedas Miyn terasa hot. Ok takde kaitan. Hihi.

Whats up, peeps?

camne ming nih so adorable sgt ha?? hiihi

Erk. Malu kejap. *lari nyorok belakang langsir*

Ok gedik pulak. Hahahaha. Nyet!

Whats up, peeps?

hai miyn

Hello :)

Whats up, peeps?

daha abes blaja t stay keje kat India ka balik malaysia?

Salam.

HAI awak!

Hmmm, kerja kat India ye? Tak pernah terfikir langsung sebab takde yang buat rasanya. Hihihih, haritu ada jugak terfikir taknak balik cuti bulan Februari ni, nak keje jadi tukang masak kat mana-mana restoran kat sini tapi macam lawak sangat je tuuuuu...hihi. Lawak ke? Ok abaikan.

K kat sini 2 tahun je. Ogos 2012 ni insyaAllah akan balik dan sambung kat Melaka pulak lagi 3 tahun :)

Doakan sayeeee :D

Whats up, peeps?

Friday, December 23, 2011

Pensoalan.

Salam.

HAI !

Saya sudah mencuba untuk menulis sebanyak beberapa hari lepas tapi tak lepas-lepas. Takda idea. Nampak sangat hidup saya sungguh bosan dan suram okay boleh nangis sekarang.

Jadi saya mahu memberi peluang kepada anda semua untuk membantu saya menulis. Ok kejap. Baca lagi sekali mcm bajet artis la pulak.

Okay, sebenarnya nak cakap, boleh dak awak tulis apa-apa soalan kat kotak formspring tepi ni sebab saya rindu nak menjawab soalan. *muka kesian* Dulu lepas IB selalu main tapi sekarang semua orang busy tinggalkan Miyn sorang-sorang.

Awak boleh tanya soalan seperti "Miyn kenapa muka tembam macam burger" atapun "Miyn nak saya belanja Domino's pizza tak?" heu heu. Tapi apapun soalan tu, insyaAllah sayeee jawab dengan seikhlas hati selepas ditapis. Takpayah tanya soalan "Hai, asl please" sebab saya tak melayan pengurat.

Bajetnyaaa Ming mcm banyak peminat. HA HA HA. Ok sawan sikit sebab sekarang tengah pukul pagi buta. Timing yang bagus untuk menjadi tak betul.

Kalau takde soalan saya isytiharkan blog ni akan ditutup sebab saya sebenarnya tulis syok sendiri. HA HA HA. lawak ke? Ok bye. Semoga awak happy happy selalu :)