Wednesday, February 23, 2011

India Tour : Mumbai

Train ke Mumbai makan masa sebanyak 9 jam dan kami sampai Lokmanyatilak (LTT) station pukul 6.30 pagi. Kat Mumbai, aku dah book guide dari travel agent (Mumbai Magic) yang aku jumpak kat tenet. Sorang bayar RS1500 saja. Dan mereka sangat baik nak provide pickup service ke hotel walaupun takdak kena mengena dengan mereka. Takdak charge pulak tu. Woah! Turun-turun je train, datang sorang laki , "are u Amina?" dan dia bawak kitorang keluar dari station tu. Sampai kat kawasan auto, tengok-tengok bas besar gedabak tengah tunggu! Semua kanak-kanak bersorak keriangan sebab peghak tengok bas, heeeee.



Hotel yang Isma book bernama Gulistan hotel, tauke dia Muslim. Tapi orang kat sini kan degil, bila kitorang sampai, bilik tak available pun, dan terpaksa tunggu sampai pukul 8. Pakcik Sally (org yg uruskan transport) tu baik, dia tunggu kat hotel tu sampai kitorang selamat masuk bilik. Sebelum tu, kami pergi hantar dobi dulu kat receptionist. Dah masuk bilik, benda pertama semua org buat ialah charge phone! Lagi-lagi untuk pengguna Blackberry yg suka telan battery mcm ayaq ni la aishhh~

Tips #6 : Make sure bawak extension + adapter bagi mengelakkan perebutan plug.

Pukul 9, guide kitorang sampai. Nama beliau Mehrukh. A nice lady she is. So, destinasi pertama, jalan-jalan keliling kota Mumbai sambil story-story sikit, guna bas yang sama kitorang naik tadi.


Satu info pasal Mumbai - kat sini takdak auto. Cuma ada teksi dengan bas ja. Mumbai ialah ibu negeri Maharashtra dan dulu pernah dipanggil Bombay. Aku baru wiki dan rupanya dia ni negeri kedua kat dunia yg paling sesak - 14million orang! Kitorang sampai sini hari Ahad dan Alhamdulillah, ni la hari terbaik kalau nak datang sini sebab lengang ja jalan2 dia. Bandar dia bersih, aku suka :)






Pagi Ahad, antara suasana yang paling menarik ialah semua orang keluar beriadah. Ada banyak padang luas dan orang datang main apa-apa ja jenis sukan yang dorang nak. Tapi paling popular kriket la kan. So, ada banyak group dalam satu padang yang main game masing-masing. Dancerobik pun ada. Aku macam nak join tapi aku kan dalam bas. Jadi tengok saja lah.





Yang bestnya pasal tempat ni, banyak bangunan-bangunan tinggalan British. Sangat cantik! Okay, now let the pictures do the talking yerp~

India Gate. Berdepan dengan Taj Palace.

Masa kitorang dalam bas, kami lalu satu bangunan yang sangat buruk macam dah nak kena roboh dah. Auntie ckp itu pernah jadi hotel mahal untuk golongan atasan ja. Ada sorang laki ni nak masuk, tapi takleh. Last-last dia buat apa? Dia bina Taj Palace - antara hotel termahal kat India :)



Area ni nama dia The Queen's Necklace. Sebab bila malam, lighting dia lawa sangat,
berkilau kilau mcm rantai :D



Victoria Terminus

Nice kan? Tengah-tengah town tiba-tiba ada pantai..



Presenting, rumah orang terpaling kaya kat Mumbai ! Macam lego. Takdak cukup space jadi rumah semua org ialah jenis bertingkat-tingkat ye. Termasuk la rumah SakRukKhang yang aku tak terpergi sebab dia tinggal kat utara Mumbai bersama artis kaya yg lain. 6 tingkat tuh~


Dalam post lepas-lepas, aku ada cerita pasal Haji Ali Mosque kan? Tempat orang p mintak hajat kat makam tok ali tu. Ni la dia. Tengok betapa panjangnya orang pegi. Padahal berdoa kat Allah mana-mana juga boleh, tak perlu beratur :)


Dobi terbesar di Mumbai. Malas turun bas so ini saja gambar yang saya mampu sajikan. Nampak macam telekung bersidaian tapi takkan lah kan. Aku cuba cari baju yang aku hantar dobi tadi tapi tak jumpa pulak.


Lepas tu kami naik bot ke Elephanta Cave (bot lagi?) Ni muka excited lepas sejam lebih naik bot.

Beza over sangat kan untuk Indian dgn non-indian?



Kat dalam Elephanta Cave ni, takda gajah ye walaupun seketoi. Tapi keliling banyak kera. Dalam gua ni, ada banyak panel yang ada cerita tersendiri. Ni salah satu panel tu. Dan ni muka salah seorang Tuhan Hindu yang aku dah lupa nama.



Cuba teka ni apa? Kalau aku cakap jangan terkejut okay? Ni ialah replika testis lelaki. Yerp, itu salah satu simbol kekuatan (tuhan ke mereka ke aku tak pasti). Siap ada satu bilik khas lagi. Wuow.




Lepas tu, kami pergi shopping kat entrance Elephanta Cave ni. Tukang jual tu lawak. Ada ka dari Rs700 boleh turun sampai Rs150?


Tips #7 : Katakanla dia tawar Rs500, korang mintak terus Rs100. Kalau dia tak bagi, sila beransur pergi secara perlahan-perlahan nanti dia sure panggil balik. Time tu berasalah anda kemanisan shopping yang jitu, ah! ok takda kaitan.

Lepas turun bot, MAKAN!

Menu wajib yang akan datang dengan setiap hidangan di mana-mana saja. Bawang. Pickles. Kawan aku DJ dah pandai makan bawang dengan nasik woh, tepuk sikit. Aku still tak mampu. P



Auntie Mehrukh cakap Mumbai ni selamat, sebab orang dia dah open-minded sikit, jadi itsokay untuk kitorang keluar malam nak tengok-tengok lagi. So, malam tu kitorang g fair apa tah yang tengah berlangsung kat tengah2 town tu. Hajat hati nak naik bas, tapi bila bas tu berenti kt bus stand, dia tak kasi kitorang naik sambil cakap dalam bahasa Hindi yang konfem2 aku tak paham. Sabar je la.

Kat Mumbai kitorang bermalam, dan esok pagi naik train dari Mumbai Central ke next port - Ahmedabad :)


Beberapa saat sebelum aku muntah tengah jalan, HE HE HE.
Train ke Ahmedabad ada aircon, suka!




Ok see u in the next post. Bye.

No comments:

Post a Comment

hai!~