Salam.
HAI!
Nak baca lagi tak pasal pengalaman saya kat Indonesia? Jawabla, nak. Sebab kalau taknak, kena baca jugakla, mana ada pilihan lain, ye dok?
HE HE HE.
Disebabkan kat Jakarta selalu macet, maka masa-masa saya di dalam bas, saya habiskan dengan melihat gelagat warga-warga Indonesia. Dan ini membuatkan saya teringat pengalaman saya di Kemboja dulu. Walaupun tak la 100% sama, tapi perasaan yang saya rasa ; simpati, kesian, sedih, sayu, semuanya sama. Walaupun saya sepatutnya berasa seronok di tempat orang, tapi malangnya saya lebih merasa sedih. Ada banyak sangat budak-budak kat tengah jalan, takde mak ayah. Dorang jadi polis traffic, tolong arahkan kereta-kereta, dengan harapan nanti akan dapat duit, paling kurang 5000 rupiah. Dahla tak pakai slipar, mesti sakit tapak kaki kan? Budak-budak perempuan pulak seringkali dibayar untuk khidmat seks, menurut apa yang saya tengok kat TV. Kata dorang, demi untuk carik makan, dorang takde pilihan lain. Ada sekali tu, saya jumpak sorang budak laki lebih kurang umur 5 tahun, tengah dukung baby mintak sedekah tengah jalan. Driver teksi cakap, mak-mak budak ni sembunyi, dan suruh anak-anak yang cari makan. Astaghfirullah.
Paling saya kesian, kan dorang suka jual barang tengah-tengah jalan. Dan barang-barang tu selalunya tak relevan langsung. Bayangkan dorang jual pelampung, peta Indonesia, pokok bunga gedik-gedik yg orang letak dalam kereta tu, bendera Indonesia, dan kalau ikut logik, sapa yang nak beli semua tu?? Tapi dorang tak kesah asalkan menjual jugak. Saya pasti takde sapa yang beli pun. Tapi dorang berusaha. Dan itu lagi baik dari mengemis ; antara perbuatan yang dikeji Allah. Mak saya cakap, sorang lelaki pernah bagitau dia, beliau lebih rela mati di tengah jalan sambil menjual barang-barang tu, daripada duduk saja dan biarkan ahli keluarga dia mati kelaparan di rumah.
Bersyukurlah.
Pada hari pertama, saya sempat solat di Masjid At-Tien ; masjid bersempena nama isteri Presiden Suharto - Siti Hartinah atau Ibu Tien Suharto. Cantik! Masjidnya cuma sebuah kawasan yang luas, takde la banyak sangat ukiran tapi sangat menenangkan. Saya lupa bawak telekung, pastu pakgad dengan baik hati tolong pergi carikkan untuk saya sebab saya tak nampak pun almari telekung kat situ. Terharu saya sekejap. Lepas tu, kami pergi ke Universitas Indonesia. Kat sini, bahasa yang dorang guna ialah 100% bahasa ibunda. Pakaian karyawan-karyawan macam pakaian kita zaman 60-an dulu - skirt pendek+kemeja dan rambut diikat. Comel! Oh ya, karyawan = staff. Kitorang gelak macam nak terkeluar anak tekak bila ternampak satu notis kat depan kedai yang mengatakan "karyawan dibutuhi segera". Ngeh ngeh ngeh. Kalau awak tak rasa lawak, maksudnya awak masih lagi tak faham :))
Haaaaa, kalau hampa semua nak tau, kat sana sekarang femes dengan Upin Ipin. Staf kat Universitas Indonesia tu tanya saya, banyak budak tertanya-tanya, kenapa Upin Ipin tu takde mak bapak? Saya terdiam taktau nak cakap apa sebab takde orang pernah kisah pun kan? HA HA. Pastu pergi mana-mana mesti akan dengar "betul betul betul", daripada maskot, penjual barang sampaila kat pensyarah universiti tu sendiri. Saya sempat tengok Upin Ipin kat TV haritu, pastu tengok sarikata dia buat saya gelak macam nak pecah perut. Bila Kak Ros cakap "ha jangan nak mengada!", sarikata dia tulis "dasar!" je. KAH KAH KAH apakah? Pastu kalau dorang cakap, "tau takpe", takdok sarikata terus!
Saya suka orang-orang Indonesia. Oh ya, mak saya cakap, students dia bagitau, orang Indonesia agak kurang suka dipanggil orang Indon. Sebab seolah-olah kita refer kepada golongan bawahan ; buruh, pembantu rumah. Jadi saya harus tulis penuh la di sini ya. Orang Indonesia bagi saya, sopan sopan dan penuh dengan budi bahasa. Rasa sejuk dengar dorang cakap. Lalu je depan kedai, akan dengar "boleh buuu, belanjaaa~"
Kami pergi shopping di 3 tempat iaitu Cempaka Mas, Tanah Abang dan Mangga Dua. Tanah Abang la paling dasyat. Ada blok A sampai blok F, dan setiap blok ada lebih kurang 8 tingkat. Nak khatam satu blok pun macam nak mendidih jus perut tau tak. Orangnya MasyaAllah, ramai yang amat sampai hilang mood saya mau shopping. Last-last saya cuma beli baju batik je. Di tingkat atas blok ada masjid, jadi takda alasan taknak solat. Pak Agus cakap "Solat Jumaat tidak boleh diganti dengan solat Zohor ya. Melainkan bapak-bapak mahu berdosa, maka bolehla ditinggalkan solat Jumaat dan duduk bersama ibu-ibu sekalian". HA HA HA, tak faham tapi tak kesahla. Makanan kegemaran saya hanyalah nasi padang sebab yang lain saya tak lalu. Abang di kedai nasik padang tu buat lawak dengan mengatakan beliau nak kerja di Malaysia tapi takut diseterika.
Hmpppfttt!
Walaupun agak stress sebab asyik macet dan terlalu ramai orang, tapi saya rasa bertuah dapat datang tempat macam ni. Paling tidak, wujud rasa bersyukur amat sangat jadi orang Malaysia kalau nak dibandingkan dengan kehidupan dorang yang serba daif. Kalau sebelum ni kita komplen harga barang mahal, ketahuilah bahawa sekilo cili merah di Indonesia lebih mahal daripada sekilo ayam di sana. Dan harga minyak di India ialah RM4++. Maka janganla suka merungut dengan kenaikan seposen sebab kita ada lebih banyak perkara yang boleh kita syukuri. Sebagai contoh ; kita ada peluang nak kena saman sebab speeding berbanding kena saman sebab penumpang tak cukup 3 orang dalam satu kereta.
Sebelum balik, Ibu Ellen hadiahkan sebijik kek kepada setiap family. Hospitality mereka sangat amazing, kalah kita kat sini. Dan saya sempat melawat Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, boleh memuatkan 100,000 jemaah. Masjid ni dibina bersempena memperingati kemerdekaan Indonesia. Istiqlal itu sendiri bermaksud kemerdekaan dalam bahasa Arab. Dalamnya ada 12 tiang, bersempena tarikh lahir Rasulullah. Saya tak solat kat sini, sebab time tu pagi.
Saya cakap kat mak, taknak pergi Indonesia dah, penat. Tapi fikir-fikir balik, apa salahnya pergi lagi sekali, manusia kan mudah lupa. Sekarang saya rasa bersyukur dan tak sabar nak ke India! Nanti ada duit kita ke Bandung ramai-ramai pulak ek.
Tambahan : sampai-sampai je Malaysia, saya dapat mesej dari lelaki Kemboja tu yang berbunyi "I'm at Saramban, looking for u." MAMPOIH! Naseb dia tatau aku kat Kedah ni ha!
No comments:
Post a Comment
hai!~