Salam.
HAI HAI dan HAAAAAAIIIIIIIIII~! *mata berkaca-kaca*
Sebenarnya sangat excited menulis di sini. Oh wai saya dah lama tak menulis okayyy. Semenjak telah meng-deactivate Facebook tuh, terasa seperti boleh memerdekakan diri di sini sekejap.
Saya kat rumah. Rasa terharu tak? Nangeslah cepat! (apa kaitan?)
Tadi pergi Pharmacy feveret bersama Ummi. Amoi Cina tu sangat friendly lah in a kampung way. Ye la, orang Alor Star semuanya kampung-kampung and thats why lah ai laikkk being here. Takde sentimen kemodenan. Sila lah mengaku kita ni orang kampung kan senang. Domino pun takdakkkk apatah lagi Nando's wahai Cikgu Ikhwan.
Terasa kot haritu tiba-tiba Cikgu bertanya "Miynnn, Aloq Staq tu ada Nando's takk? Cikgu nak p makan guna kuponnnn ni.."
Untuk memberitahu anda betapa kampungnya saya, silalah tahu yang saya tak pernah menjejakkan kaki di dalam mana-mana Nando's. Sobss sobsss. Kepada sesiapa yang rasa nak menawan hati saya silalah membawak saya ke sana sekian terima kasih. *muntahhhhh!*
Semalam keluar dengan Zetty pergi melihat baju. Tak sangka ai pukul 10 malam ada traffic jam omaigoddddd ni KL ka AloqStaq nihhh? Mai mana manusia ramai-ramai ni?
Tadi membeli ubat. Ubat untuk bersin, untuk gatal tekak, untuk jerawat, untuk kulit, untuk kelemumur, untuk mengempiskan perut hahh percayalah kau. Tiba-tiba Ummi menjadi conscious dengan kesihatan diri sendiri lalu membeli ubat secara perasan kaya. Tau tak perasan kaya tu apa? Itu definasi saya bila Ummi membeli ubat dan vitamin secara tunjuk-tunjuk je pastu bayar secara pukal. Hohhhh hebatlahh Ummi!
By the way, untuk pengetahuan umum, kalau Allah izinkan saya pass IB dengan cemerlang, insyaAllah saya akan ke Manipal. Secara jujurnya saya sumpah sedih kena buat twinning, sebab nanti kalau balik Malaysia perlu memintak duet daripada Abah lagi which ai donggg laik la kan. Pastu malam semalam Ghazi cakap senior dentistry takde orang Melayu maka saya boleylah mendidik diri menjadi pure keling. Fikir-fikir balik, ok jugak, mungkinkah ada rezeki nak mengurat Shah Rukh Khan dan menghasilkan sebuah filem bersama beliau?
HE HE HE.
Kesedihan hari ini : Ummi membeli udang besar putih katanya sebanyak sekilo, namun beliau tertinggal di gerai menjual sayur maka tiadalah rezeki saya mahu merasa udang besar sobss sobsss. Sedih tak makan udang boleh tahan lagi. Saya rasa lagi sedih tengok muka Ummi pagi tadi. Sayu je, lebih kesian daripada ekspresi masa nak menghantar saya balik. Tak sangka tertinggal udang boleh menjadikan beliau sungguh sedih sekali ya...nampaknya lain kali saya perlu mengikut Ummi ke pasar bersama-sama bagi memastikan tiada apa yang tertinggal lagi.
Malam ni dah nak balik. Sedih! First time ni balik malam. Haritu kena marah secara dasat sebab beli tiket balek ke kolej waktu malam. Tapi saya tawakal je InsyaAllah selamat. Bila dah takde usaha boleh buat, kita cuma boleh berpegang kepada konsep tawakal, kan? InsyaAllah..
Final lagi 2 minggu. Kalau korang tak tido lagi pukul 3 atau 4 pagi tu bolehlah berforum dengan saya, menteman saya stadi, okayy?
Takecare!
No comments:
Post a Comment
hai!~