Saturday, January 16, 2010

Panadol Supercepat!

Salah satu kelemahan saya ialah saya selalu bertindak secara tidak tau malu dan hanya sedar beberapa saat kemudian.

Masa Form 5, saya pernah berjalan-jalan secara zombie dan tengok-tengok saya dah keluar melalui blok lelaki!

Gila! Nasib baik dah jadi senior maka junior cuma boley tutup mulut dan tengok saja. Berani nak kutuk-kutuk? Otak tengah tak betul time tu. Silap haribulan akan keluar melalui poket Doraemon tiba-tiba berubah menjadi Alyssa Milano auwwww!

Tapi masa terpaling teruk ialah pengalaman sepanjang menjadi ahli koop. Setiap kali saya dengar orang cakap "ini berapa kupang?" maka mulut akan jadi sangat lancang lalu bertanya..

"Orang Kedah kaaa?"

Disebabkan ketidakmaluan itu, maka saya telah berkenalan dengan beberapa manusia hebat. Saya tau yang Abang Din top of The World rupanya tinggal di Mergong saja. Dekat dengan Kotiaw Iman. Boley mengepau beliau apabila balek dari UK nanti yeyy! Hebat, sapa cakap orang Kedah tak hebat. Orang Kedah yang berlagak dia kononnya super je yang tak hebat sebab dia pi-o-wai-o.

Aku tau kau mesti tak faham sebab orang super je buley faham. Ciywahhh!

Dan tiba-tiba terjumpak seorang Abg Ashraf (abg?) yang dulu penah besekolah dekat Syed Omaq. Masa tau tu saya jadi macam "LA YA KA TAPENAH TAU PUN EH EH ALORSTAR AREA MANA OH DAH LAMA KE SEKOLAH SITU BEST TAK BEST TAK APASAL TAK DENGAR BUNYIK KEDAH PUN BLA BLA BLAAA?"

Macam menyampah betul la dengan perangai diri sendiri. Kalau aku jadi senior tu mesti aku dah bagi kasut. Al kisahnya pulak la saya memang tak reti nak mengawal keterujaan bila finally ada orang tak ejek saya punya "singget pat kupang!"

Banyak lagi la cerita tapi malas nak cerita. Sebenarnya motif nak cerita pasal seseorang.

Ingat lagi tak Mr Panadol?

Haritu dekat Facebook, ada reminder birthday beliau. Saya macam, oo harini ke birthday dia..

Pastu, masa tengah amek air dekat Dewan Selera, kebetulan dia pun tengah amek sekali. Saya pandang dia. Dia pandang saya.

"Harini birthday kau kan?"

Dia diam. pastu sengih. Dalam hati saya dah menyumpah nyumpah. Ya Allah apa aku dah buat niiiii bapak tak malu gilaa macam apai saloii tiba tiba cakap dengan The Superior Mr Panadol!

Kesimpulannya maruah saya dah tercalar walaupun taktau sebab apa. Dahla tiba tiba rasa macam beliau berada di mana-mana. Dangg danggg danggg! Rasa macam nak koyak je mulut ni, suka sangat terlepas cakap macam-macam. Saya dah cuba diam. Tapi sekali perkataan keluar, mesti tak kira tempat pastu keluar benda-benda toek je yang memalukan diri.

Mesti mengkunci mulut lepas ni! Berfikir secara rational. Jangan mencalarkan nama ibu ayah. Biarkan ibu menangis kerasa kejayaan kita jangan biarkan beliau menangis kerana kegagalan kita!

Apa motif?

Hehe, ok nak tidur.

#menyesal cakap macam-macam dekat mr panadol dulu. sekarang aku pun dah jadi pemakan tetap panadol. yo alamak!

No comments:

Post a Comment

hai!~