Friday, October 9, 2009

Papadom

Semalam ialah hari Jumaat, hari untuk meronggeng sakan macam dunia ini sepupu nenek kita yang punya lah kan. Penat tawu 5 hari kena bangun pukul 6 untuk ke kelas pastu balek pukul 2.20. Macam budak sekolah je tapi nak buat macam mana, kena sedar diri lah memang masih budak sekolah. Cuma uniform je lawa sikit. Kasut pun lawa. Muka je tak lawa-lawa jugak, makin kritikal ada.

Ok, stop isu sensitif sebelum mula gheyauu.

Haaaaaa, so kitorang pegi melihat Papadom semalam. Macam best lah teringin sangat nak tengok Liyana Jasmay apa tu bagus ke sangat ke boley dapat pelakon female terbaek. Yang pasti, aku jeles dengan dia sebenarnya sebab kaki kecik hekk macam pensel picit je. Aku tertanya-tanya dia tu cukup zat makanan ke tak haaa kaki kecik nak mamposss. Scha Al Yahya yang berjaya mengambek Fahrin Ahmad tu pun kaki kecik jugak. Dorang ni manusia ke alien haaa???! Tapi takpe orang cakap mereka telah terpisah jadi adakah aku ada can mengurat anak pak Ahmad tu? HE HE HE.

Sapa cakap orang Kedah tak lawa haaa? Rozita Che Wan orang kedah kot dan masih hot. Scha pun orang Kedah gak pastu tinggi nak mammmm serta kaki kecik macam wayar henfon. Nur Aminah pun orang kedah tapi kaki besar macam mana tu?

Sapa yang tak tengok lagi Papadom gi la tengok. Saya selaku anak kepada keturunan orang Penang menyeru anda semua pegi tengok sebab Afdlin sangat kiyut macam bola-bola api. Aku macam nak pegi penyet-penyet je perut dia. Heeeee! Kiyut sangattttt. Storyline pun comel.

Macam mana pun, saya maseh berasa Liyana Jasmay biasa-biasa saja dan apakah yang terbaek tentang beliau saya masih tidak tau. Kaki terpaling kecik mungkin?

Oh ya, telinga dah ada lubang baru, yippppieee!!

No comments:

Post a Comment

hai!~