Friday, September 4, 2009

Duduk di kolej maken menyedihkan, sikit.

Salam.

Saya sebenarnya berasa sangat sedih. Macam taknak raya je. Sebab lepas raya ni disaster akan bermula.

Haritu ada taklimat oleh Encik Beliau. Siapa Encik Beliau? Encik Beliau ialah seorang orang kuat KMS yang saya taknak femeskan di sini. Encik Beliau membagi taklimat pada malam pertama saya berada di kolej. Beliau menggantikan roll call yang tiap-tiap malam Ahad pun ada lah kan.

Encik Beliau menyebut, lepas raya ni light off akan start pukul 12 secara otomatik (wah hebat!) dan lampu akan bukak secara otomatik jugak(wah hebat lagi!) pada pukul 6 pagi.
Alasan : menjimat elektrik.
Miyn rasa : Students2 perlu mendapatkan tidur yang cukup selama 6 jam. Jadi light off selama 6 jam itu sangat bagus bagi memastikan pelajar akan pergi ke sekolah dengan sangat energetic sekali.

Encik Beliau menyebut, lepas raya ni PSP akan bukak 2 kali je seminggu.
Alasan : tidak diketahui kerana miyn tengah bergelak ketawa dengan myra pada ketika itu.
Miyn rasa : Kesian dkt akak dan jugak pakcik PSP kena dtg keja malam2. Jadi bagila dorang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah. Student study kt bilek pun takpe. Takde ekon pun takpe. Takde wi-fi pun takpe. ^_^

Encik Beliau menyebut, lampu bilek akan dijadikan satu instead of 2. (betul ke miyn dgr yg ni?)
Alasan : menjimat elektrik.
Miyn rasa : Ingin mewujudkan suasana rumentik di dalam bilek agar rumet dapat hidup dengan lebih berharmoni. Juga boley membantu untuk tido awal pada pukul 12 kelak.

Encik Beliau menyebut, bas dan van kolej hanya akan disediakan utk tujuan yg penting2 je. Meaning, nak bukak posa kt luar, pakaila duet ko. Nak pegi rumah cekgu selebret raya, pakaila duet ko. Nak pakai beli barang2, pakaila duet ko. Nak pegi bazar, pakaila duet ko. (4 ayat last ialah bukan ayat Encik Beliau, sila amek perhatian).
Alasan : tidak diketahui kerana miyn tgh buat latihan bio yg tak siap pada masa cuti.
Miyn rasa : nak bagi pemandu bas dan van berehat setelah penat bekerja di siang hari. Membawak bas dan van adalah tugas yang mencabar bukan? Jadi janganla kacau dorang petang2 dan jugak malam2. Biarlah dorang berehat agar dapat membawa student ke klinik pada esok hari pulak, bukannya membawa diri sendiri.

Encik Beliau menyebut, blok akademik takleh guna langsung time malam.
Alasan : menjimat elektrik kot. again, miyn tak tau sebab tgh buat bio.
Miyn rasa : mungkin betul nak menjimat letrik. Dan mungkin jugak nak mengelakkan orang berdeting sakan. Ala, kat wispi ngan depan koop pun banyak kot. Triple dating siap. Time sahur pun ada je. Terasa macam nak bagi cadangan wispi dan DS tak boley guna pada setiap masa. Tapi nanti nak makan apa pulak kan.

Encik Beliau menyebut, dobi malam takde dah.
Alasan : menjimat elektrik dan air.
Miyn rasa : nak suruh kita semua belajar basuh baju sendiri laaaa. Asyik hantar dobi je, nanti kalau kena duduk tepi sungai ke tiba2, dah tak reti nak basuh baju kan. Pastu, mungkin dia nak galakkan student mempraktikkan "a baju a week". Jadi tapayahla salin byk sgt.



Maken hari, maken banyak benda2 tekejut kena dengar. Tapi apa yang aku ada, cuma kesabaran yang tinggi. Dan ketahanan yang kuat dari menyumpah. Sebab hari tu tengok cerita Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam (best kot, tetiba rasa syamsul yusof mcm hensem la kan), dalam tu burok benor bila dengar orang menyumpah. Lagi-lagi perempuan. Macam tak pegi sekolah je. Sikit-sikit bodo. Sikit-sikit bongok. Apa maksud bongok ha? Well, aku taktau tapi masa f3 dulu guna jugak sebab bunyik dia best.

Dan alhamdulillah, aku terima ja semua benda ni walaupun sakit hati tu ada sikit. Nak merungut pun bukan dapat apa-apa. Nak kutuk Encik Beliau pun, bukan salah dia. Bukan dapat apa-apa melainkan dosa.

Jadi, lepas raya, miyn akan tido awal, akan bangun awal, akan basuh baju sendiri, akan stadi di bilek je, akan bejalan kaki ke mana-mana sahaja, dan memaksimumkan penggunaan tenet di bilek walaupun lembab hekkkk.

#Semua benda ni buat aku rasa, mesti stadi kuat-kuat dan pass IB. Kalau tak, kesian kat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

hai!~