Friday, July 11, 2008

Aku budak kolej

Finally!

Dah dekat 2 minggu aku jadi student balik, rasa mcm dah sebulan. Best ka tak eh? Secara jujurnya, best la. Ala-ala kembali ke sekolah, cuma bezanya anda boleh melaram dengan baju kurung pelbagai warna dan boleh membuat pilihan untuk menayangkan rambut anda yang lemah gemalai ataupun tidak. Jeans? t-shirt seksi? hahahaa, buat kain buruk boleyy. Ala, nak seksi2 watpa, kan manis pakai baju kurung tu, kan?

Rasanya tak payahla cerita pasal orientasi. Semua orang dah cerita pasal orientasi masing-masing, jadi kat mana-mana pun tak banyak beza. Ceramah, menari chicken dance, pocho2, ice breaking, abes sudah. Cuma bezanya, ini pertama kali orientasi yang menggunakan 80% bahasa Inggeris. "IB students must practise speaking English starting from now," bak kata semua manusia di Kolej Mara Seremban itu.

Seksa, ooyeah seksa. Baru ingat nak tunjuk skill orang utara kat sana, hahahaa. Tapi sekali lagi seksa la. Baru ja cakap "kita kena p mana?", orang dah gelak2. Apa yang lawak aku snirik pun taktaulah. Yala, mereka2 kan cakap "Kite kene pegi mane?" ngeh3..alih2, aku kontrol sket aa cakap dengan perempuan. Yang laki cakap aku-hang ja, takdak masa sopan2 dah. Motif?? Jadi diri sendiri ja la..

Kawan aku dulu penah bagi sorang feremfuan ni nanges, sebab dia cakap 'hang' kat feremfuan tu. Kah3, aku siries tak penah tau dalam dunia ni ada lagi feremfuan sensitif mcm tu. Lawak pun ada la jugak. Patutla setengah orang cakap bahasa kedah ni kasar. Tapi bila laki yang cakap utara, orang kata cumel pulak. Aduyaiii, sabar ja la. Diskriminasi betul.

Setakat ni hidup ok, dengan syarat tak keluar shoping. Susah la dehhh, mana buleh tahan godaan baju2 yang cantik, kasut2 yang jelita, seluar yang menarik, fuhhhhh! Aku perempuan ok, normal aa tu kan. Dengan syarat jangan bagi mak ayah tau la, nanti habiss takdak duit poket masuk terus. Cobaaaaannn~

Hidup sini sangatttttt lah best, sebab tak terasa tensen lagi. Cuma menakotkan tengok kaum lelaki yang sangat ramai. Dulu kat sekolah lama, perempuan 3 blok, laki 2 blok. Tu pun laki 1/4 ja. Sekarang dah terbalik. Susah sikitla nak terkinja-kinja. Kiranya sapa2 yang tengok aku kat sini, sure tak pecaya punyalahhh. Tetiba ja sopan sikit, dengan harapan akan terus jadi sopan. Yala, sampai bila ko nak terkinja-kinja? Besar dah oii, dah 17. (Yaaah, aku masih 17 tahun ok?)

Kelas macam biasa, macam sekolah. Bangun pukul 6, habis kelas pukul 2. Kadang2 ada kelas petang. Okla tu, sekurang-kurangnya tak payah susah2 kejar bas macam orang lain. Tapi jeles tu ada jugakla kan. Ya la, kawan2 aku yang lain suka suki ja cerita dalam bilik dorang ada tv, ada almari cantik, ada dapur, ada itu ada ini. Dalam bilik aku, ada aku, best jugak la kan? Hahahaha, nama pun kolej swasta, nak cakap apa lagi, mestila dorang punya kemudahan lagi banyak. Tapi, alhamdulillah. Dekat sini, InsyaAllah aku takkan terbabas. =P

Dah aa sikit2, mana best pun dengar crita budak2 kolej ni. Bosan sehhh, lain kali aku crita kisah pakcik salleh belakang blok aku, yang buah duriannnya asek jatuh ja tiap2 malam. Anjing pulak selalu kena sawan. Macam2 betul lahhh. Apa pun, tak buleh tido banyak dah la.

Alaaaa, menciiinyaaa~

5 comments:

  1. amoiiihh..
    sopan nya.
    hahaha..
    kelas mcm besa ka/?
    aku stat pkoi 8 klas..
    p klas 7.45
    hahaha..
    bgn pkoi 7!!
    style x?
    buleh tidoq byk..
    jgn jeleshhh n yg pnting aku xyah tgk buku fizik da..
    nway, gud luck laa kt sana!!!
    have fun!!

    ReplyDelete
  2. x pa la...suasana mesia lagi...

    aku neh suasana afrika...nak jalan2 pon takut...huhu

    ReplyDelete
  3. IRFAN : samala kita, cuma aku bgn awai nk brebut toilet, hihi..

    sopan itu perlu, hee..dgn ank ja tak..

    WAWA : private kolej cmtula wawa, aku ni alhamdulillah la..

    ReplyDelete
  4. laki ramai ka? naseb la...
    kat tempat aku pon laki cam ramai jaaa

    ReplyDelete
  5. seronok nampak!!!
    enjoy campus life!!!

    ReplyDelete

hai!~