Hohhh, yesterday can be considered as one of the worst days in my life. Firstly, masuk tido masa hampir Subuh, around 5 lebih mcm tu. So nak bangun semayang tu Tuhan ja tau betapa seksanya. Dengan badan separa stabil ala2 kain tisu yg melayang-layang :s , pastu time semayang tu sempat lagi terbayang-bayang muka lelaki masa dalam mimpi. *heeeeee!* Ingatkan nak tunggu terus Subuh, tapi siries tak berdaya, mata tak mampu tahan dah. So lepas Subuh terus terjun atas katil, habiskan mimpi yang habehh tu. Sekarang dh completely lupa dh pun, ntah sapala manusia sebok menyemak dalam mimpi dan jugak semayang Subuh tu, har har har!!
:)Kisah bangun pagi.. :)
ala, kalau tido pon time yg dah dikira pagi, nak bangun pagi amendenya kan? Kira bangun tengah hari la, or petang senang crita. Salah satu ciri2 menantu yang tak baek ;) Lepas mandi tu makan sikit, tapi mmg sikit pon sbb x lalu apa dah. Pastu bantai Sudoku brapa helai sat sambil layan cita Hindustan bodo yang aku rasa baru bulan 3 cita tu ada, ni ulang balik watpa tah.
hari tu jugakla aku diserang sesema yang teruk lagi over. Bersin kira mcm dalam 10 saat sekali, seksa woii seksa. Mata dah turun sebab daya tarikan bersin yang mantap. [I was like walking zombie u know~~] Pastu, badan ketaq sebab bila bersin ni cepat lapawww, aku pun telan ja apa ada depan mata. Seksanya Ya Allah, sabaq ja la. Sampai ke malam aku bersin ni, nasib baik hari ni dah ok, gumbira!
Around petang sikit ummi ajak kuaq teman dia setel bil and beli barang dapur. Selalu dia guna excuse suruh aku tunggu dalam keta time dia masuk bank, kalau polis mai soh ckp kt pakcik tu mak ada dalam bank sat. Well, kt AlorStar ni kan jalan kecik, bank pulak suka suki boh tepi jalan. Tapi sejak hari tu, ada polis hensem mana tah still nak saman eventhough mak aku dh kluaq bank, tgh jalan mai keta. Kiranya excuse tu tak buleh pakai dahla, terlepas la aku dari langut dalam keta mcm slalu. Lepas dia kuaq, aku bukak pc, layan cita jepun sat...2 cita aku gilir2 tgk, obses yg teramat.
Sebalikkkknya ummi dari urusan2 beliau [or shud i said 'sekembalinya'], dia pesan suruh aku memproses ayam yang dia beli. [pesiang eh org kita kata? ka perisi?] Ala, buang la extra lemak or apa2 benda yg x patot ada kat ayam tu. Fuhhh, malapetaka gak aaa. Aku anti sikit proses benda2 basah ni. Tapi mana buleh lawan mem besaq, dia mana kira aku geli x geli, kena wat gak aaa..tambah bersin gi, nasib baik time tu proses pem'bersin'an terbehenti seketika, tatau psepa, maybe dia tau aku tgh mengadap makanan kot, hihi..
Naseb baek jugak ummi beli suma drumstick, tu pun kat Giant. Mudah sikit kerja. Tapi Tuhan saja yang tau merananya aku. Dengan kulit dia yg, errr..macam kulit manusia. Isi dia pun sama la. So siries aku rasa mcm tengah potong isi orang. Cuma darah ja yang takdak. Lepas buang lemak sikit2, aku pun basuhla ayam tu. Huhu, buatpa nk buang banyak2, i need the lemak to become 45kg! Lepas basuh2 and rendam sat dengan perahan limau, drumsticks tu telah kelihatan sangat kiut malah kecomelannya sangat menggoda~

salam...
ReplyDeletenice blog
i xmau bermadu, hahaha~
ReplyDelete#sila ambil perhatian, itu adalah ayam~ =D
lemak tu masih banyak~!!
ReplyDeletekalo my mom, mesti lagi takde kulit ayam tu. hahah =P
p/s: lemak tak bagus untuk kesihatan X)
ahahaa~
ReplyDeleteowwww, i LAFFFF kulet ayam, cant help myself lah hihi, ngengggg!